Monday 4 March 2013

LAHAD DATU - PERINTAH EKSEKUTIF ATM TAKE OVER !!! KASI BERSIH HABIS !!!



Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.


Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh. [AAKJ]

I4TT difahamkan bahawa ATM telah mengambil alih operasi di Lahad Datu bermula jam 1.45 pagi tadi (01:45hrs) dan perintah eksekutif telah dikeluarkan.

Semoga semua pejuang-pejuang negara kita sentiasa dilindungi Ilahi...


4 comments:

  1. aku setuju 100%..buatlah apa2 yg patut kasi gempur sama dia...org bagi peluang supaya boleh balik hidup dengan aman di filipina x mahu...sekurang2nya
    lahun2 kat luar sana tau malaysia tau jaga airmukanya daripada mengaku kalah....

    ReplyDelete
  2. Pastikan bapak lanun a.k.a mat liwat turut terhapus bersama2 dgn lanun2 itu.

    ReplyDelete
  3. Bajet 2014 ni kita beli drones, satelite, heli canggih, awac, etc sempadan Malaysia ni panjang sgt tak terlarat nk monitor 25/365. System AES to bagus kita modify pasang di sempadan laut.
    Aku bagi idea je....sbb sygkan Malaysia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??