Sunday 17 March 2013

LAHAD DATU - PENDUDUK DI PENEMPATAN SEMENTARA DIANIAYA KERAJAAN BN ?!!


Tragedi Lahad Datu bukan saja menimpa penduduk Tanduo atau penduduk Semporna atau penduduk warga Malaysia yang sekitarnya.. malah ianya terkena juga pada siapa saja yang menghuni bumi bertuah itu selama ini.


Samada warga Malaysia atau warga haram yang datang mencari rezeki selama ini.. semuanya terkena musibah angkara manusia yang gilakan kuasa yang tak pernah wujud dalam sejarah bahawa beliau adalah Raja Sulu.. 

Alhamdulillah Aakj berkesempatan melawat semua dewan yang menempatkan penduduk yang di pindahkan samada dari Kampung Tanduo atau yang bersempadan dengannya.

Dewan Embara budi dan Dewan Fajar Harapan antara penempatan yang di sediakan untuk mangsa kegilaan Kiram III.

Kawalan keselamatan yang ketat bila kita nak melawat mangsa perpindahan akibat kekacauan pengganas Kiram III. 

Ada dewan terpaksa menampung sehingga 1000 orang dan ianya termasuk rakyat filipina yang bekerja secara haramm di ladang sawit terutama di Felda Sahabat.

Felda sebesar 2 negeri, Melaka dan Negeri Sembilan.. itulah saiznya.. patutlah Kiram III gila sangat nakkan tanah bertuah ini. 

Apalagi Felda ini mempunyai segala infrastruktur yang lengkap dengan segalanya. 

Tanah subur dan Felda Sahabat antara penyumbang terbesar kepada Felda itu sendiri.

Ketika aakj sampai, aakj di bawa melawat ke dewan yang tersebut di atas semata-mata untuk melihat sendiri keadaan mangsa manusia iblis itu. 

Walaupun tak selesa namun Kerajaan BN sediakan segalanya demi mengurangkan tekanan perasaan penduduk yang menjadi mangsa. 

Trauma ini bukan boleh hilang dalam sehari dua.

Sebak melihat kanak-kanak yang belum mengerti apa itu kacau bilau.. malah mereka juga tidak mengerti sepenuhnya kenapa mereka di bawa ke situ.

Tilam yang di sediakan bukan yang jenis tebalnya 1 inci.. ianya lebih dari itu.. selimut, pakaian dan makanan juga di sediakan untuk siapa saja yang berada di situ termasuk dari warga asing.

Aakj cukup terharu, Kerajaan kita amat perihatin bukan saja terkenal dengan murah hati di luar negara malah bila rakyat menderita, PM kita arahkan semua agensi supaya 'menjaga' rakyat kita yang terkena musibah yang tidak pernah kita minta ini.

Puok kera memang tak senang duduk bila mereka cuba cari di mana silap Kerajaan BN dalam menangani situasi getir sebegini.

Ada wakil diplomat indon datang jenguk rakyatnya.. ada dengar Filipina kononnya tak puas hati sebab khabar angin sentimen kononnya Kerajaan BN menganiaya warga mereka...

Aakj terkejut kerana pada hari aakj tiba di dewan tersebut, lori yang datang bawa bekalan air mentah untuk kegunaan mangsa pengganas Kiram III bukan sekadar air biasa.. malah ianya di periksa terlebih dahulu oleh pegawai kesihatan tahap kebersihannya. 

Lagi gambar dan berita penuh... BACA SINI lah yer...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??