Tuesday 12 March 2013

TERKINI PENCEROBOHAN LAHAD DATU: SEORANG WIRA GUGUR SYAHID 3 PENGGANAS TUMBANG !!!

IMG-20130312-WA0012

Al Fatihah.. seorang lagi anggota keselamatan kita syahid semasa pertempuran di Pasasil.. bersempadan dengan Tanduo..



Seorang anggota tentera terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di sini pagi tadi.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohamad Zin berkata, dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, pasukan keselamatan turut menembak mati tiga pengganas Sulu.

Anggota tentera yang terbunuh merupakan korban yang pertama bagi Angkatan Tentera Malaysia sejak operasi dijalankan untuk mengusir keluar pengganas-pengganas Sulu yang telah mendarat di Kampung Tanduo pada 12 Februari (2013).

Menurut PAT, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, pasukan bersama tentera dan polis sedang melakukan operasi 'pembersihan' dan penggeledahan pada jam 7:45 pagi tadi.

Anggota-anggota keselamatan kemudiannya bertempur dengan pihak musuh sebelum pihak musuh berundur. 

Pihak keselamatan kemudiannya berjaya menjejak dan menemui semula pihak musuh sebelum satu lagi pertempuran bersenjata baru berlaku pada jam 10:45 pagi.

Semasa berbalas tembakan, seorang anggota tentera terkorban manakala tiga anggota pengganas Suluk berjaya dibunuh oleh pihak keselamatan.

[ AAKJ ]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??