Saturday 16 March 2013

WARGA KL - PENUTUPAN JALAN SEMPENA 2013 FORMULA ONE !!!



PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX SHOWCASE (DEMO RUN).

Formula One – Petronas Malaysia Grand Prix 2013 Showcase (Demo Run) akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur pada 17 Mac 2013 bermula jam 1000 hrs sehingga jam 1900 hrs. 


Bagi tujuan tersebut beberapa jalan utama di sekitar Kuala Lumpur berhampiran Kuala Lumpur City Center (KLCC) akan ditutup 

1) Penutupan jalan akan dilaksana pada 17 Mac 2013.

a) Mulai jam 0001 hrs hingga 1900 hrs.

Penutupan Persimpangan Jalan P.Ramlee / Jalan Pinang – tutup ke arah Jalan Ampang.

b) Mulai jam 0930 hrs hingga 1900 hrs.

Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan Ampang (Hotel Renaisance) - tutup ke arah KLCC.

Persimpangan Jalan Yap Kwan Seng / Jalan P.Ramlee – tutup ke arah Jalan Pinang.

Persimpangan Jalan Ampang / Jalan Binjai – tutup ke arah KLCC.

Persimpangan Jalan Binjai / Jalan Persiaran KLCC.

Persimpangan Jalan Lumba Kuda / Jalan Binjai – tutup ke 
Jalan Ampang.

c) Jalan–jalan yang akan ditutup mengikut keadaan lalulintas semasa.

Persimpangan Jalan Tun Razak / Jalan Ampang 

Persimpangan Yap Kwan Seng / Jalan Tun Razak 

2) Nasihat kepada pengguna jalan raya:

a) Rancang perjalanan, gunakan jalan-jalan alternatif dan seboleh -bolehnya elakkan melalui jalan-jalan yang berdekatan dengan jalan terlibat dengan penutupan/pelencongan.

b) Gunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

c) Sentiasa mematuhi peraturan lalulintas serta arahan anggota polis yang bertugas.

Sumber : Polis KL


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??