Wednesday 10 April 2013

HEH.. PATUTLAH MAZLAN ALIMAN GILAKAN FELDA !!!



SEMUA pasti maklum bahawa suatu ketika dahulu PAS pernah bersama-sama berjuang didalam Barisan Nasional selepas insiden berdarah ‘Tragedi 13 Mei 1969′.



Ketika itu berlaku perpecahan kaum yang mana melihat ‘perang’ antara kaum Melayu dan kaum Cina selepas pembangkang mendapat kuasa baru di Kuala Lumpur.

Ketika itu, GERAKAN, DAP dan PAS adalah antara pembangkang di Malaysia.

Kesan langsung atau suka untuk penulis nyatakan adalah ‘hikmah’ disebalik kejadian itu, perpaduan antara kaum dibentuk semula, anasir subversif dan komunisme ditentang habis-habisan.

Dari tragedi itu juga, maka dibentuk gabungan Barisan Nasional menggantikan Perikatan yang turut memperlihatkan 2 daripada pembangkang menyertai Barisan Nasional iaitu PAS dan GERAKAN.

Dengan mengetahui sifat khianat dan munafiq PAS itu, satu perjanjian dibuat antara 2 komponen BN ketika itu iaitu UMNO dan PAS.

Menurut perjanjian yang dibuat bersama, PAS telah bersetuju untuk tidak membuka ranting atau cawangan dimana-mana kawasan kerusi UMNO termasuk FELDA.

Begitu juga sebaliknya, UMNO tidak boleh menubuhkan cawangan dimana-mana kawasan yang telah ada cawangan PAS.

Kedua-dua pihak telah pun mencapai kata sepakat.

Jadi, bila masa pula PAS menembusi FELDA ?

Ketika PAS berada didalam pemerintahan bersama Barisan Nasional, PAS telah diberikan jawatan Menteri yang bertanggungjawab menjaga FELDA di bawah Kementerian Tanah dan Galian.

Ketika mendapat kuasa yang kecil ini, PAS tidak patuh pada janji, PAS merancang untuk mengkhianati BN dan memungkiri janji.

Secara senyap-senyap mereka menggunakan kuasa dan jawatan mereka itu untuk mengembangkan PAS di kawasan-kawasan FELDA termasuk membuka cawangan di beberapa kawasan FELDA baru, antaranya di Kemahang, Kelantan dan di Johor.

Selepas tindakan PAS dikesan dan terbukti mengkhianati perjanjian, melalui undi kesemua parti komponen, 11 undi mahu PAS disingkirkan dari Barisan Nasional manakala PPP berkecuali dan PAS membantah, maka PAS ‘ditendang’ keluar secara demokrasi.

Disitulah sejarah bagaimana PAS disingkirkan dari Barisan Nasional dan bagaimana PAS ‘mengepak’ di FELDA hasil dari sebuah pengkhianatan dan salah guna kuasa.

Selepas disingkirkan dari BN, semakin kuat ‘iltizam’ PAS untuk mengusai FELDA yang penduduknya adalah Melayu-Islam kerana PAS yakin akan ‘merketing’nya menggunakan Islam sebagai ‘produk’ politik mereka.

Keyakinan PAS memuncak bilamana berjaya memperdaya penduduk di beberapa kawasan FELDA.

Sehingga kini, FELDA terus diserang oleh pembangkang yang kini dalam gabungan 3 parti politik iaitu PAS, DAP dan PKR.

Kenapa FELDA jadi rebutan politk ?

Mungkin anda perasan satu fenomena beberapa tahun kebelakangan ini, pihak pembangkang telah bertungkus lumus cuba memburukkan FELDA.

Walaupun usaha-usaha yang dibuat untuk memperbaiki pengurusan FELDA agar lebih cekap dan efisyen, namun segala usaha-usaha tersebut masih tidak mencukupi, malah ia terus di serang.

Mereka tidak akan berpuas hati atau mengakui segala pencapaian yang telah di perolehi oleh FELDA di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.

Gerakan-gerakan telah dilakukan oleh ANAK yang di pimpin oleh Mazlan Aliman untuk menghancurkan perpaduan di kalangan peneroka dan generasi muda Felda.

Malah, ada yang terhasut sehingga menyaman FELDA dan akhirnya kalah dan kes 8 peneroka ini pula yang diarahkan membayar ganti rugi kepada Dato’ Sri Najib Razak.

Dalam keadaan apa sekalipun, pembangkang mesti menyerang FELDA dan mesti menghasut peneroka dan generasi muda warga FELDA agar membenci FELDA dan Kerajaan.

Apa pentingnya untuk pembangkang menawan FELDA ?

Mungkin ada yang tidak tahu atau mungkin tidak perasan jumlah kerusi-kerusi yang terdapat didalam tanah rancangan FELDA.

Didalam FELDA sahaja terdapat 54 kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN.

Sekiranya pembangkang dapat menghasut warga FELDA disemua kawasan, maka pembangkang berpendapat dengan 54 kerusi Perlimen maka mudah bagi pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pusat sekaligus menawan Putrajaya.

Dengan perkiraan menang mudah sebanyak 112 kerusi, pembangkang hanya perlu mencari baki 58 kerusi Parlimen sahaja.

Itulah pemikiran pembangkang terutamanya PAS.

Dengan populasi penduduk kawasan FELDA yang rata-ratanya Melayu Islam, PAS berpendapat mudah bagi mereka untuk menawan FELDA membawa ‘produk’ politik mereka bersandarkan kepada Islam.

Dengan mengenakan ‘marketing strategy’ Islam di kawasan FELDA, PAS yang diwakili Mazlan Aliman dan NGO ANAKnya berhempas pulas menyeleweng dan menjaja Islam bagi mengaut kepercayaan warga FELDA.

Namun, sayang seribu kali sayang…

Kebanyakan warga FELDA bukanlah 'cetek agama' seperti yang disangka oleh PAS.

Penolakan warga FELDA terhadap PAS dan sekutu pembangkangnya benar-benar telah menyebabkan harapan PAS dan pembangkang musnah dan hancur untuk menakluk kerusi-kerusi Parlimen dalam kawasan FELDA ini.

Sementelah pula, kebelakangan ini, niat Mazlan dan ANAK sering dipertikaikan warga FELDA bilamana mereka sepi dan bisu dalam membela nasib warga FELDA Sahabat.

Insiden pencerobohan pengganas bersenjata di Lahad Datu, yang mana melibatkan Gugusan FELDA Sahabat, benar-benar telah membuka mata dan hati warga FELDA.

‘Isi perut’ Mazlan, ANAK dan pembangkang sudah ditelek warga FELDA dan mengukuhkan lagi perpaduan warga FELDA seluruh Malaysia untuk bersatu menolak pembangkang.

Biarpun Mazlan dengan angkuhnya menyatakan bahawa dia yakin akan dapat 16 daripada kerusi Parlimen FELDA, nampaknya kenyataan yang dibuat oleh Mazlan didalam FMT, disambut sinis oleh warga FELDA.

Nampaknya, pembangkang hanya mampu bermimpikan 54 kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN ini sahaja…

Lagi... BACA SINI...


1 comment:

  1. webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan.......... Freemalaysiakini2.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??