Wednesday 10 April 2013

SELAMAT TINGGAL BR1M SELEPAS PEMBANGKANG TAKLUK PUTRAJAYA - RAFIZI LEMBU !!!


Puak haram pembangkang ni, apa sahaja yang baik untuk rakyat pasti dia nak hapuskan.

Bukan setakat PTPTN yang membantu ramai anak-anak Malaysia berbilang kaum untuk meneruskan pengajian di peringkat tertinggi sahaja yang ingin dimansuhkan pembangkang.

Bukan setakat separuh dari kakitangan awam yang hendak dimansuhkan.

Yang terbaru, BR1M pun pembangkang nak mansuhkan.

Owh iyelah, penerima BR1M ni kan ke binatang mengikut fatwa PAS !!!

Itulah cerdiknya Rafizi Lembu !!!

Pilihan di tangan korang, pandai-pandailah korang nak memilih ye...



Ketika Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mendapat maklum balas positif rakyat kerana berupaya mengurangkan beban hidup mereka, pembangkang sebaliknya mahu menghapuskan inisiatif itu jika memerintah negara.

Perkara itu dinyatakan sendiri Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang menjelaskan, berdasarkan anggaran peribadi beliau, pemberian BR1M melibatkan peruntukan antara RM7.2 bilion hingga RM11 bilion dalam tempoh 2014 hingga 2023 itu memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

Katanya, peruntukan itu sepatutnya digunakan untuk menurunkan harga barang, minyak dan kereta serta menghapuskan tol.

Walau bagaimanapun, Rafizi dalam masa sama dilihat meyakini keberkesanan insentif BRIM itu selepas mengakui pembangkang akan meneruskan pemberian bantuan kewangan secara terus kepada rakyat namun dilakukan dalam bentuk jenama dan pendekatan berbeza.

Menurut beliau, pembangkang tidak akan memberikan bantuan itu kepada semua keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 kerana kononnya perlu menyelesaikan masalah ekonomi mereka, bukannya dengan memberi sejumlah wang tertentu.

"Soalan kita yang mana lebih baik ? Ambil RM7 bilion untuk turunkan harga minyak sebanyak 40 sen seliter daripada RM1.90 kepada RM1.50 seliter, kosnya hanyalah RM6.8 bilion," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Rafizi mengulas janji BN menaikkan nilai insentif BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk golongan bujang dalam masa lima tahun akan datang seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu.

Sebanyak 6.1 juta isi rumah dan golongan bujang menerima manfaat daripada BR1M 2.0 yang diagihkan tahun ini manakala BR1M 1.0 telah diagihkan kepada kira-kira 4.35 juta isi rumah tahun lalu.

Dalam pada itu, Rafizi dilihat seolah-olah keliru kerana mendakwa BN tidak menyatakan secara spesifik tempoh masa bagi menurunkan harga kereta dan tol.

Sedangkan Najib ketika membentangkan manifesto BN itu secara jelas mengumumkan, segala janji yang terkandung dalam manifesto BN akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.

Lagi... BACA SINI...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??