Sunday, 7 April 2013

JANJI DITEPATI BN VS JANJI DICAPATI PR !!!



Pelancaran Manifesto BN, “Menepati Janji Membawa Harapan” di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 April 2013 sesungguhnya amat meriah apabila ia tidak hanya dihadiri ahlinya tetapi turut berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga hadirin melimpah ke luar stadium.


Suasana sekitar perkarangan dan di luar stadium agak sesak di mana jumlah hadirin lebih besar berbanding mereka yang berpeluang masuk ke dalam stadium.

Mujurlah ada beberapa skrin besar yang disediakan penganjur membolehkan khalayak di luar mengikuti perkembangannya, jika tidak tentu ramai yang merungut dan kecewa dibuatnya.

Manifesto BN yang dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak itu antaranya menggariskan 150 komitmen termasuk 17 perkara utama meliputi pelbagai bidang ekonomi, agama, pendidikan, kemasyarakatan, keselamatan dan pelbagai lagi keutamaan demi rakyat dan negara.

Ia boleh disifatkan sebagai yang terbaik di antara yang terbaik, satu komitmen yang realistik dan berpijak di bumi nyata.

Bagaimana pun, sambutan luar biasa dan cukup hangat ini agak di luar jangkaan pihak penganjur, tapi di masa yang sama agak menguja dan menyemarakkan semangat kerana ia adalah satu petanda yang menggambarkan keyakinan umum kepada BN.

Senario ini berlaku tentu sekali berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan kuat rakyat kepada prestasi BN yang sudah terbukti sedari dulu lagi sentiasa berusaha menepati janji dan sudah terserlah jasa bakti serta kerja buat bermanfaat untuk rakyat dan negara.

Ini jauh berbeza dengan pelancaran manifesto PR di Shah Alam Convention Center (SACC) pada 25 Februari 2013 yang lalu di mana anggaran kehadiran hanya sekitar 1,000 orang sahaja, menunjukkan kurangnya kepercayaan penyokong PR dan orang ramai terhadap manifesto PR.

Mana nak ada sambutan hangat dari rakyat bila mana pada pandangan PR, manifesto bukannya satu perjanjian sebaliknya sekadar janji kosong dan umpan politik yang ditaburi kemudian dimungkiri.

Sebab itu bila sebut saja istilah “Janji Dicapati” ramai yang akan terbayang wajah-wajah munafik pemimpin PR.

Sebaliknya Manifesto BN jelas sekali menarik perhatian rakyat kerana bak kata PM, ia adalah satu dokumen akujanji BN kepada rakyat, maknanya ia satu perkara yang serius yang mesti ditunaikan.

Ia manifestasi kesungguhan pemimpin BN yang pasti akan dilaksanakan dan bukannya janji palsu atau dilakukan secara semberono tanpa kajian teliti.

Setiap yang diungkapkan oleh PM dan dinukilkan dalam Manifesto BN ia adalah akujanji yang realistik yang akan ditepati.

Justeru itu, memanglah wajar pada PRU13 yang dijangkakan berlangsung tidak berapa lama lagi, rakyat Malaysia membulatkan tekad untuk memastikan BN terus kekal menguasai Kerajaan Pusat dan kembali mengurus tadbir beberapa Kerajaan Negeri yang sebelum ini jatuh ke tangan munafik PR.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??