Friday 17 February 2012

ANWAR BAPAK SEGALA RASUAH !!! APA CER 16 SEPT ?!!

Anwar Bapak Perasuah,Gagal 16 September

Anwar sejak dari dulu dikenali sebagai pencetus politik wang, sejak beliau menyertai Umno kedudukan beliau didalam parti naik secara mendadak dan terlalu cepat. Beliau menggunakan kelebihan mendapatkan sokongan dengan menggunakan wang untuk meraih undi.

Selama ini Anwar yang paling banyak membuat tuduhan musuh politiknya kuat rasuah dan politik wang, sedangkan beliaulah bapak segala perasuah. Buktinya Anwar mengambil jalan singkat untuk menjadi perdana menteri apabila didedahkan cuba merasuah ahli parlimen agar lompat parti.

Dakwaan RPK harus diambil perhatian serius, bayangkan Anwar mahu membeli kuasa dengan menggunakan wang, apa akan terjadi jika satu hari nanti beliau menjadi perdana menteri, sudah pasti negara pun boleh dijual atas kepentingan peribadi beliau.

Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008.

Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.

"John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan?

"Terdapat 30 Ahli Parlimen BN pada waktu itu. Jika mereka boleh menjual diri kepada satu pihak, maksudnya mereka boleh berbuat demikian ke pihak lain juga.

"John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan ia mengakhiri impian (Anwar) memasuki Putrajaya. Itu juga bermakna Anwar perlu menghadapi perbicaraan liwat kedua. Hanya satu cara beliau boleh mengelakkan (perbicaraan) liwat itu iaitu dengan menjadi Perdana Menteri, yang tidak akan terjadi sekarang," katanya.

Raja Petra dipetik berkata demikian dalam Malaysia Today melalui entri bertajuk EPISOD 8: Lelaki di Sebalik PKR (Siri 2) hari ini.

Tambahnya, hubungan Anwar dengan John Soh mulai renggang selepas keengganan ahli perniagaan itu membiayai wang tersebut walaupun kedua-dua pemimpin sebelum itu pernah bertelagah mengenai keperluan menyingkirkan Exco Selangor, Elizabeth Wong ekoran kontroversi gambar bogelnya.

"Apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk berbaik-baik, John Soh dan Anwar 'berpisah.' Kemuncaknya ialah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dimiliki oleh John Soh.

Dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, katanya, hutang sewa bangunan terkumpul parti itu dianggarkan bernilai RM1 juta.

Selain itu, menurutnya, John Soh telah membelanjakan sekitar RM30 juta untuk menaja Anwar dan PKR sejak 1998.

"Apa yang ramai orang tidak tahu, kecuali individu dalam lingkaran Anwar ialah John Soh bukan hanya pembiaya PKR. Dia adalah seorang strategis utama yang menumpukan kepada cara-cara memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.-Utusan


Sumber : KGC



1 comment:

  1. yg heran ni..raja petra K banyak tau laa.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??