Thursday 2 February 2012

PASRASHIT !!!

Parasit Mengaku Dirinya Khalid

Khalid sahkan dirinya bukan saja parasit didalam PAS malah dia turut mengaku bahawa beliau adalah agen pemuas nafsu DAP dan PKR didalam PAS. Masakan tidak, apa saja isu yang tidak menyebelahi PKR atau pun DAP, pihak yang menentang akan dituduh sebagai agen Umno.

Dr Hasan Ali dituduh sebagai agen Umno apabila menamakan Khalid Samad sebagai parasit didalam PAS. Taktik carpet bombing yang digunakan oleh Khalid tak ubah seperti DAP, siapa saja yang mengkritik dan tidak sehaluan akan dianggap sebagai seteru.

PAS berantakan antara yang liberal dan mahukan Islam ditegakkan, inilah jadinya jika sudah tidak ada prinsip dan tidak mempunyai maruah. Krisis identiti PAS sudah sampai ke kemuncak apabila PAS sudah tidak diketahui dimana haluan mereka, samaada tegakkan Islam atau pun berjuang untuk DAP dan Anwar.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menganggap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hasan Ali tidak memahami maksud parasit sebenar apabila secara terang-terangan menamakan beliau sebagai pemimpin Pas yang dianggap 'parasit' dalam parti itu.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor yang pernah digugurkan daripada jawatan itu ketika Pas negeri diterajui oleh Hasan berkata, tuduhan tersebut tidak tepat kerana beliau adalah ahli dan pemimpin Pas yang berada dalam 'batang tubuh' parti sejak sekian lama sedangkan parasit adalah suatu benda asing yang hidup dengan cara menumpang pihak lain.

Sebaliknya kata beliau, pihak yang berada di luar Pas dan hanya boleh hidup dengan menumpang isu membabitkan parti itu sebenarnya adalah parasit.

"Parasit adalah jenis yang tinggal atas induk macam pokok asing tinggal atas pokok besar tetapi saya tidak boleh menjadi parasit kerana saya merupakan sebahagian daripada batang tubuh parti.

"Tidak seperti orang yang hidup dengan isu Pas tetapi dia adalah orang asing yang mana jika tidak ada isu Pas, dia tidak boleh hidup, dia menjadi popular atas isu Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Hasan yang menamakannya sebagai parasit dalam Pas ketika berceramah dalam program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 di sini malam semalam.

Hasan dipetik sebagai berkata, Ahli Parlimen Shah Alam itu sering kali dilihat menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi Islam selain merupakan individu paling lantang menentang usahanya untuk melarang penjualan minum keras di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan majoriti orang Melayu.


Sumber : KGC


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??