Thursday 10 January 2013

DEEPAK TAK NAK BAWA ANWAR NAIK KARPET TERBANG !!!



Penulis tidak pasti sama ada Deepak Jaikishan ini seorang penjual karpet, ataupun ahli perniagaan yang menggunakan karpet terbang.

Pada dasarnya, Deepak hanyalah seorang saudagar karpet, mengimport dan memperdagangkan karpet dari Timur Tengah, sesuatu yang jarang kita lihat di negara ini.

Namun, Deepak mempunyai pengalaman yang jarang dimiliki oleh orang lain hinggakan dia mampu menjadi saudagar karpet yang terkenal dalam perniagaannya.

Deepak mengakui bahawa dia terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dan telah menyebabkan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam mengeluarkan akuan bersumpah kedua dan mengabaikan akuan bersumpah yang pertama. 

Namun selepas itu, tiada siapa yang tahu di mana Bala berada sekarang.

Deepak juga mengakui bahawa dia suka akan hubungannya dengan pemimpin-pemimpin negara.  

Dia kemudiannya menyatakan hasratnya untuk menerbitkan sebuah buku untuk mendedahkan beberapa rahsia yang serius. 

Deepak kemudiannya menerbitkan buku digital yang dikenali sebagai “Black Rose”.

E-book tersebut bagaimanapun tidak menceritakan sebarang perkara yang menarik seperti yang dijangkakan, mungkin kerana Deepak bukanlah seorang penulis yang hebat. 

Sebaliknya, Deepak hanya menceritakan perkara yang hanya menutup isu-isu yang mungkin akan menjadi perhatian rakyat tidak lama lagi.

Usaha Deepak bagaimanapun, tidaklah sia-sia. 

Selain daripada mampu menjadi seorang selebriti dalam masa yang singkat, Deepak juga mula mendapat perhatian media pada penghujung tahun 2012.

Setiap langkah yang diambil oleh Deepak kelihatan seperti telah dirancang. 

Setelah mengupas isu yang pertama, Deepak mula menyembunyikan diri, menunggu untuk isu tersebut mula tersebar, setelah beberapa lama, Deepak kemudiannya keluar dari tapak persembunyian untuk mengupas satu lagi isu, untuk mendapatkan lebih perhatian.

Itulah kaedah yang digunakan oleh saudagar karpet ini untuk mendapatkan perhatian media, termasuk media online yang sanggup memberikan kerjasama penuh kepada Deepak.

Tidak cukup dengan semua itu, Deepak berjaya mengumpan perhatian daripada pihak pembangkang, yang kemudiannya mula menjejaki Deepak untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. 

Dan seperti yang dijangkakan, Deepak juga berjaya menggunakan pihak pembangkang.

Persoalannya di sini, mengapa Deepak tiba-tiba muncul ??? 

Deepak sememangnya tidak menjual sebarang karpet dalam isu ini.

Deepak adalah rakan perniagaan kepada Ketua Wanita UMNO Selangor, Raja Ropiaah, dimana Awan Megah telah mendapat perjanjian penswastaan bersama Kementerian Pertahanan untuk membina sebuah pusat penyelidikan di Putrajaya dalam pertukaran untuk plot tanah seluas 200 ekar Mindef di Klang.

Untuk itu, Deepak telah mendapat perjanjian bersama Ropiaah untuk membangunkan pusat penyelidikan tersebut dibawah syarikatnya, Astacanggih.

Setelah perjanjian tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang, Awan Megah tidak memberikan projek pembangunan tersebut kepada Astacanggih, sebaliknya, menjual tanah tersebut kepada Boustead Berhad, pemegang saham terbesar Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Deepak mengancam untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah dengan menyaman Ropiaah dan syarikatnya kerana melanggar kontrak, dan membuat beberapa pendedahan politik pada masa yang sama.

Kini penulis tahu bahawa kuasa karpet terbang tersebut datangnya dari gabungan perniagaan dan politik. 

Boustead telah ditawarkan untuk menawarkan penyelesaian dengan membayar RM130 juta kepada Awan Megah dan RM30 juta untuk mendapatkan 80% saham dari syarikat Deepak, Astacanggih.

Jika ketiga-tiga pihak bersetuju dengan perkara tersebut, Deepak tidak mungkin akan membuat sebarang pendedahan. 

Penulis tidak pasti samada Deepak berjaya mencapai matlamatnya  atau tidak dengan bantuan dari pihak media dan pembangkang.

Rakyat pasti tertanya-tanya tentang di manakah pusat penyelidikan Mindef yang dikatakan dalam perjanjian tersebut ??? 

Siapa yang akan membangunkan projek tersebut ??? 

Siapa yang akan mengeluarkan dana untuk projek itu ???

Sejak bilakah program penswastaan yang diperkenalkan oleh kerajaan telah dimanipulasikan oleh ahli perniagaan yang menggunakan karpet terbang untuk menjalankan perniagaan, sering menyorok disebalik kegelapan malam ???

Ini adalah masa untuk mendapatkan kebenaran dari isu ini.

Oleh : Tay Tian Yan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??