Friday, 11 January 2013

HIMPUNAN KEBANGKITAN MONYET - PDRM BAGI WARNING !!!



Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi peringatan kepada pengajur Himpunan Kebangkitan Rakyat supaya memastikan tiada sebarang bantahan jalanan diadakan berikutan perhimpunan berkenaan yang dijadual berlangsung pada 12 Januari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengingatkan pihak pengajur supaya memastikan tiada kanak-kanak terbabit dalam perhimpunan itu dan perhimpunan hanya diadakan di stadium yang ditetapkan.

“Pihak penganjur bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan perhimpunan itu berlangsung dengan aman."

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa perhimpunan di Dataran Merdeka tidak dibenarkan sama sekali."

“PDRM memegang kepada jaminan pihak penganjur bahawa perhimpunan kali ini akan dijadikan perhimpunan paling aman dalam sejarah selari dengan semangat Akta Perhimpunan Aman." 

"Saya berharap pihak penganjur akan lebih bertanggungjawab dan mengotakan apa yang telah dijanjikan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohmad berkata, pihak polis akan bertindak profesional tanpa menyebelahi mana-mana pihak dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku sebelum, ketika dan selepas perhimpunan tersebut.

Kata beliau, tanggungjawab utama PDRM untuk memastikan keamanan dan keselamatan sentiasa terpelihara ke atas peserta perhimpunan dan orang awam yang tidak terlibat dengan perhimpunan tersebut.

Jelas beliau, adalah penting untuk memastikan perhimpunan ini tidak mengancam keselamatan awam dan menjejaskan urusan perniagaan serta urusan seharian rakyat.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??