Thursday 3 January 2013

SEKELUARGA BUNUH DIRI - PUAK BANGANG POLITIKKAN KEMATIAN MEREKA !!!

389574_553387998022052_1576394784_n

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Dr. Hashim Haron mengesahkan lelaki Cina yang membunuh diri bersama isteri dan anaknya di Pengerang, Johor kelmarin adalah disebabkan tekanan dan bukannya kemiskinan seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Katanya motif Jing Rong membunuh diri ialah kerana tertekan oleh beban kehidupan untuk mengurus isteri yang telah uzur serta anak yang cacat dengan ‘down sindrom’.

Beliau juga berkata bahawa Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Che Mahazan Che Aik telah menafikan kenyataan sesetengah pihak yang menyatakan “mangsa membunuh diri” bersama keluarga kerana hidup dalam kemiskinan seperti yang dilaporkan.

“Pihak polis meminta orang ramai supaya tidak memutar belitkan fakta dalam kejadian ini,” kata Hashim.

Sementara itu adik Jing Rong menafikan bahawa ia disebabkan oleh pengambilan tanah untuk projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (Rapid).

Pang Mao Fong, 55, mengadakan sidang akhbar bersama dengan Naib Pengerusi MCA Johor, Jason Teoh semalam selepas memberi penghormatan terakhir kepada abangnya, Jing Rong, 64, kakak iparnya, Wang Ya Yee, 58, dan anak lelaki mereka, Qi Hao, 20, yang mengalami down sindrom.

Menurut laporan China Press, Mao Fong percaya kematian tersebut tidak ada sebarang kaitan dengan pengambilan tanah kerana kerajaan masih belum memulakan proses pengambilalihan tersebut. - mynewshub

Psssttt... teringat kes bunuh diri Teoh Beng Hock yang sepatutnya menjadi saksi utama SPRM terhadap tuduhan rasuah DAP tetapi kemudiannya dipolitikkan oleh puak pembangkang.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??