Thursday 3 January 2013

TONY TONGONG SALAK SALAH BUKIT !!! KORUPSI DAP TAK DAPAT DILINDUNGI LAGI !!!



Tony  Pua, (DAP – Petaling Jaya Utara) dengan bangga dan konsisten sekali terus memainkan peranannya sebagai ‘pejuang tender terbuka’ atau ketelusan dalam pentadbiran kerajaan BN.   

Nampaknya, Tony Pua ini telah terlepas pandang akan laporan-laporan akhbar mengenai transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato’ Seri Najib.  

Jika ini tidak benar, tentu Tony Pua sedia maklum bahawa tender terbuka merupakan antara tunjang program transformasi kerajaan dalam memperkatakan tentang ketelusan.   

Oleh itu, sistem tender terbuka telah sememangnya diamalkan oleh kerajaan BN dan sudah pun menunjukkan keberkesanan atau kejayaan di mana Malaysia telah diiktiraf oleh firma antarabangsa iaitu A.T Kearney sebagai 10 negara terbaik dalam indeks keyakinan pelabur asing 2012.  

Kalau ada pun projek yang diberikan secara rundingan terus, ia adalah projek yang melibatkan rahsia pertahanan dan rahsia sulit negara, atau memerlukan tindakan cepat dan ‘khas’ seperti yang melibatkan bantuan ataupun projek-projek berskala besar dan signifikan untuk kesejahteraan rakyat atau pembangunan negara.  

Ini adalah amalan biasa oleh mana-mana kerajaan yang bijak dan mementingkan keselamatan rakyat serta negaranya.   

Justeru, tiada sebab untuk Tony Pua terus menyalak memperjuangkan sesuatu yang telah pun ada di depan mata.   

Lebih-lebih lagi apabila kerajaan PR sendiri masih bergelumang dengan masalah ketidaktelusan yang amat serius sehingga mampu membawa bencana besar kepada rakyat.  

Tahukah Tony bahawa rakyat tidak pernah lupa akan ‘ketelusan’ DAP dalam menangani kes rasuah pemimpin mereka sehingga membawa kepada kematian saksi penting SPRM, iaitu Teoh Beng Hock ???  

Tidak cukup dengan itu, DAP bertindak mengalihkan isu rasuah mereka dengan mempolitikkan pula kematian Teoh Beng Hock dengan menyalahkan SPRM.   

Itu belum lagi dikira aduan rakyat mengenai ahli majlis yang menyonglap peruntukan untuk Pusat Khidmat DAP atau kes salah guna kuasa memberi sokongan kepada syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga sendiri.  

Beberapa kemusykilan juga pernah dibangkitkan mengenai pemberian projek di Pulau Pinang antaranya tender bagi projek di Taman Perindustrian Batu Kawan dan Bukit Jambul Country Club.  

Antara yang dipersoalkan ialah tindakan Ketua Menteri hanya memanggil satu syarikat sahaja untuk rundingan khas walaupun terdapat beberapa syarikat lain yang mengambil bahagian serta penganugerahan projek kepada syarikat yang mempunyai masalah kewangan sedangkan syarikat-syarikat yang digagalkan adalah lebih berupaya dan berkredibiliti.  

Selain itu, DAP juga turut dipersoal mengenai syarat yang dikenakan bagi tender melebihi RM10 juta di mana kontraktor yang berjaya perlu membuat sumbangan.  

Persoalan ini kemudiannya membawa kepada skandal rumah Lim Guan Eng yang dikatakan berkait dengan projek Taman Manggis dan syarikat Winbond Sdn Bhd yang mana laman webnya dipadamkan sejurus selepas skandal ini meletup ?!!  

Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang melantik HDB Singapura bagi projek di Batu Kawan juga menimbulkan tandatanya, kerana ia seolah-olah menunjukkan tiada kontraktor Malaysia yang mampu untuk membina rumah yang berkualiti.  

Semua persoalan ini masih lagi tinggal persoalan yang tenggelam dalam ‘ketelusan’ DAP.  

Bukan sahaja DAP, tetapi kerajaan PKR Selangor juga pernah ‘kantoi’ memberi projek membekalkan hamper Hari Raya bernilai RM2 juta tanpa melalui tender terbuka sejak 2009 hingga 2011.  

Mungkin projek hamper dan pembinaan rumah dianggap perkara kecil oleh Tony Pua, tetapi bagaimana pula dengan projek balak di Kedah dan paling hangat kini, di Kelantan.  

Walaupun kerajaan Negeri Kedah pernah membuat kenyataan penuh bangga bahawa projek balak negeri itu diberikan melalui tender terbuka tetapi sehingga kini tiada siapa yang mengetahui secara terperinci  syarikat-syarikat yang terlibat iaitu yang gagal mahupun yang berjaya mendapat projek tersebut.  

Bagaimana dikatakan terbuka jika tiada siapa yang dapat melihatnya ???  

Tony Pua juga perlu bertanya kepada rakannya Ngeh Koo Ham yang pada mulanya beria-ia menafikan menerima tanah dari kerajaan PAS Kelantan tetapi terpaksa mengaku apabila menyedari yang maklumat pemilikan syarikat bukanlah sesuatu yang sukar dicari dan didedahkan oleh sesiapa saja.    

Apakah semua yang disenaraikan di sini merupakan tindakan telus di pihak DAP, mahupun PR ???  

Atau apakah Tony ingin mengiakan tuduhan BN bahawa DAP atau PR sememangnya gemar bercakap tak serupa bikin ??? 

Mengamalkan dwi-standard, dia buat tak apa orang lain tak boleh ???  

Dengan terus membangkitkan soal ketelusan dan tender terbuka, Tony seolah-olah menyamakan dirinya dengan puak-puak bengap yang menentang Lynas akibat tak faham fakta sains dan kemudian  mogok lapar tapi tak tahan lapar.   

Oleh itu, sebelum bercakap, tengoklah diri sendiri terlebih dahulu.  

Sebaiknya, mandi dan cucikanlah diri dahulu sebersih-bersihnya, sebelum keluar rumah dan menuduh orang lain berbau busuk.  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??