Tuesday 5 February 2013

DEMI JAWATAN PERDANA MENTERI HADI KONA KIRI KANAN !!!



Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berdolak dalik dalam isu kalimah ALLAH dalam beberapa perkara.

Pertama, untuk menyelamatkan dirinya beliau menuduh UMNO pihak yang bertanggungjawab mewujudkan kekeliruan di kalangan penganut agama di Malaysia.

Beliau membuat komen tersebut ketika menjawab dakwaan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas
mengeksploitasi agama dan kalimah ALLAH untuk memancing undi.

Abdul Hadi perlu ingat bahawa beliau berdiri di atas pentas Pakatan Rakyat bersama-sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang pada 8 Januari untuk membaca kenyataan rasmi pembangkang yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH di dalam kitab Injil.

Lima hari kemudian Majlis Syura Ulama Pas menukar nada pula apabila memutuskan untuk menolak penganut Kristian menterjemahkan istilah 'God' kepada ALLAH di dalam kitab suci mereka.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang tegas menyatakan beliau tidak bersetuju dengan perubahan pendirian Pas dan tetap berpegang kepada kenyataan asal.

Perubahan pendirian ini merupakan pusingan 180 darjah oleh parti itu yang pada awalnya bersetuju dengan PKR dan Dap tetapi akhirnya merenggangkan pendirian tersebut daripada dua sekutu politiknya itu.

Tindakan parti itu membolehkan ia dilabel sebagai parti sesumpah malah lebih hina daripada itu kerana sanggup memperkotak katikkan Islam demi agenda politik sempitnya.

Bagaimana pula UMNO boleh dituduh mempergunakan Islam untuk kepentingan politik sedangkan selama ini Pas lah yang terbukti menyongsang daripada landasan perjuangannya.

UMNO konsisten sejak ditubuhkan pada 1946 hinggalah menjadi kerajaan persekutuan lebih 50 tahun untuk mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan dan selaras dengan itu memajukan umat serta meningkatkan syiar Islam di negara ini tanpa henti.

Kalau UMNO mempolitikkan agama ia adalah kerana demi mempertahankan kesucian, maruah serta martabat agama dan melindungi kepentingan umat Islam.

Pas pula dilihat menjadi duri dalam daging yang bertindak sebagai kuman merbahaya di dalam tubuh badan umat Islam.

'Amanat Haji Hadi' yang mengkafirkan tiga juta ahli UMNO dan tidak ditarik balik oleh Presiden Pas itu menjadi bukti terbesar bahawa parti itulah yang memecahkan belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Kesatuan umat Islam dan Melayu menjadi lemah adalah angkara Pas bukannya UMNO.

Kedua, Abdul Hadi dilihat bermain silap mata sekali lagi dalam isu pengguguran Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa daripada keanggotaan Majlis Syura Ulama parti itu.

Abdul Hadi sekali lagi nampaknya ingin menyelamatkan kulitnya apabila meminta Nasharuddin berdoa kepada ALLAH untuk melembutkan hati Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkannya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Umum tahu, Abdul Hadi dan Nasharuddin adalah dua tokoh kuat dalam kumpulan kerajaan perpaduan (UG) yang bertegang leher dengan golongan Anwarinas dalam Pas berhubung isu kerjasama dengan UMNO.

Apabila Nasharuddin sudah tersepit, Abdul Hadi melepaskan diri daripada membantu kawannya.

Sebaliknya tanpa rasa bersalah beliau menyeret ALLAH pula untuk tujuan politik peribadinya.

Apakah beliau sebagai Presiden Pas amat lemah sekali dan tidak berkuasa langsung untuk menentukan siapa yang akan menjadi calon parti itu dalam pilihan raya ???

Apakah Abdul Hadi amat takut kepada sikap kuku besi Nik Aziz yang boleh mengatur setiap keputusan dan tiada siapa yang boleh membantah termasuk presiden sendiri ???

Di manakah maruah Abdul Hadi yang boleh berpelukan dengan pemimpin Dap tetapi menyisihkan sekutunya sendiri apabila politik peribadinya tergugat ??? 

Ketiga, dalam isu kafir mengkafir yang mana beliau terlibat secara langsung 32 tahun lalu, Abdul Hadi juga berdalih dengan menafikan beliau mengeluarkan amanat tersebut.

Beliau sanggup menggunakan ALLAH dan Islam untuk menyuntik unsur perpecahan di dalam masyarakat Islam sehingga berlaku porak peranda yang dasyat sehingga kini.

Malangnya seperti sikap hipokrit pemimpin-pemimpin Pas yang lain, Abdul Hadi memilih untuk meletak kesalahan amanat tersebut ke atas ahli parti itu dan tidak sanggup mengaku kesalahan sendiri.

Abdul Hadi rela mempolitikkan ALLAH tetapi tidak sanggup menanggung dosa yang telah beliau lakukan terhadap umat Islam di negara ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??