Saturday 2 February 2013

LAGI !!! PENYOKONG TEGAR TINGGALKAN PAS KERANA KESESATAN PAS !!!



Kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang sering berdolak dalih berhubung isu agama Islam seorang penyokong tegar membuat keputusaan meninggalkan parti dan memilih UMNO sebagai wadah perjuangan baru dalam politik.

Dasuki Abdullah,59, dari Kampung Darau, Hulu Besut, bersama isterinya, Rogayah Yakob,42, dan tiga anak yang sudah lama dan sebati dengan PAS terpaksa meninggalkan parti kerana merasakan dirinya dan keluarga tertipu dengan pelbagai janji dan muslihat pemimpin.

Katanya, selepas 25 tahun berada di dalam PAS beliau banyak dipengaruhi pemimpin PAS sehingga sanggup menunaikan solat Jumaat di masjid berasingan dan tidak bertegur jiran kerana menganggap penyokong UMNO kafir.



“Sekarang baru saya sedar dan insaf dengan amanat dan tipu helah pemimpin PAS yang mertarbiahkan ahlinya sehingga berlaku perpecahan sesama Islam dalam satu kampung,” katanya ketika ditemui selepas mengistiharkan diri menyertai UMNO dalam satu program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) di Kampung Darau, malam tadi.

Dasuki menyerahkan borang keahlian kepada ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan disaksikan Exco Pemuda UMNO Malaysia,Lokman Noor Adam. 

“Saya sudah hilang kepercayaan dengan perjuangan PAS kerana sudah melencong daripada perjuangan asal yang diasaskan oleh pemimpin terdahulu,” katanya.

Beliau berkata, penyertaannya dalam UMNO bukan dipaksa pihak tertentu sebaliknya atas dasar kesedaran dan rasa menyesal kerana menyokong sebuah parti yang tidak mempunyai asas perjuangan kukuh terutama menegakkan Islam.

Sementara itu, Nawi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Besut berkata, selain Dasuki ramai lagi penyokong tegar parti itu akan bersama-sama menyokong UMNO selepas mereka kini tidak yakin dengan dasar perjuangan PAS.

Nawi berkata, kemuncak program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) ialah pegistiharan kira-kira 1,000 ahli Pas yang bertindak keluar parti yang akan diadakan di Kampung Pengkalan Nyireh pada 4 Februari jam 9 malam.

Menurutnya, bekas ahli parti pembangkang terbabit akan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih.

Sumber : TEGANUKITA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??