Saturday 2 February 2013

RAJA ARIF SABOTAJ @NajibRazak !!!



TINGGAL tidak berapa lama lagi dan mungkin untuk beberapa hari sahaja akan berlangsungnya PRU13 dan semua pimpinan termasuklah PM Najib sendiri mengandaikan PRU13 adalah PRU yang paling getir serta kritikal untuk UMNO dan Barisan Nasional lantas digerakkan usaha serta diperkasakan segala gerak kerja parti serta kerajaan bagi menarik sokongan untuk meraih undi dari rakyat namun situasi amat sekali berbeza kepada agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bernama Biro Tata Negara (BTN).

Sebelum itu TAHNIAH kepada Raja Arif, Ketua Pengarah BTN yang kerana tidak sampai sehari selepas artikel ini yang mendedahkan akan berlaku perubahan berasaskan Grand Design ABIM, hari ini telah dilaksanakan pertukaran dan perpindahan pegawai-pegawai Biro Tata Negara ke merata tempat dan negeri tanpa mengambil kira kesan-kesan terhadap keluarga yang mereka terpaksa tinggalkan serta faktor-faktor lain demi untuk menjayakan rancangan membawa masuk kumpulan-kumpulan ABIM, akhirnya ramai kakitangan dan pegawai BTN menjadi mangsa kerakusan menunjuk kuasa oleh Raja Arif.

Adakah Raja Arif tidak terfikir bahawa kesan daripada kerakusan mahu menunjukkan kuasa sebagai Ketua Pengarah akan menterbalikkan momentum sokongan ahli keluarga dan sanak saudara mangsa-mangsa pertukaran yang terlibat ataupun ini sebenarnya yang beliau mahukan iaitu mencucuk jarum halus supaya wujud sabotaj daripada kalangan kakitangan dan pegawai-pegawai BTN sendiri terhadap BN.

Paling jelas, kesan daripada kerakusan menunjukkan kuasa ini akan memandulkan gerak kerja Ahmad Maslan yang sebelum ini banyak menggunakan pegawai dan kakitangan yang berkemahiran dalam menguruskan program berkaitan dengan sokongan rakyat. 

Apakah pertukaran secara beramai-ramai yang bermula saat PRU13 sudah hampir ini tidak bertujuan utk melemahkan Mat Maslan dan akhirnya beliau akan dilihat gagal ? 

Agaknya otak Raja Arif ini mungkin terletak dikepala lutut kerana tidak boleh memikirkan kesan berganda apa yang telah dimulakan ini ? 

Apakah signifikan pertukaran pegawai dan kakitangan saat pilihan raya ini tidak diratapi oleh kaum keluarga mangsa kerakusan dan kebebalan beliau ?

Apakah bila marah dan terkesan dengan apa yg berlaku, seluruh ahli keluarga tidak akan menyalahkan PM dan akhirnya undi akan diberikan kepada pihak lain ? 

Apakah matlamat mengABIMkan BTN lebih besar dari matlamat memenangkan BN dlm PRU13 ? 

Jelaslah bahawa sikap Raja Arif ini sebenarnya menjadi api dalam sekam dan seolah-olah mengesahkan bahawa beliau adalah antara instrument yang aktif menggerakkan jentera Anwar Ibrahim dalam kerajaan malah sejak beliau diangkat menjadi Ketua Pengarah BTN, semua pegawai dan kakitangan ditukar sewenang-wenangnya ataupun sesuka hatinya dengan notis tidak lebih daripada 24 jam bermula dengan Pak Long Wahab, Dr Idris jadi dan terbaru pertukaran beramai-ramai dalam tempoh 48 jam tanpa mengambil kira kedudukan keluarga pegawai-pegawai yang terbabit. 

Apakah terjemahan kaum keluarga pegawai yg terlibat termasuk saudara mara mereka dalam PRU nanti ?

Raja Arif laksanakan program Amanat KSN dan sedang berpakat pula dengan Presiden Ceupacs untuk laksanakan program penjawat Awam, kononnya ucapan Tahun Baru dengan alasan untuk mendekatkan penjawat awam dengan kerajaan tetapi kakitangan beliau sendiri makin jauh, serta dijauhkan dan keliru dengan  kerajaan.

Kepada yang bukan ABIM nasib mereka tidak dibela oleh Raja Arif tetapi dari kalangan bekas ahli ABIM dinaikan pangkat walaupun baru setahun berkhidmat dan sebagai contoh, Dr Roslan dari ABIM yang telah telah disahkan oleh UMNO Perak sebagai pengkhianat UMNO telah dinaikkan gred 52 dalam tempoh 1 tahun.


Di sebalik tindakan Raja Arif ini, apakah istilah yangg paling baik untuk kita gunakan kalau bukan sabotaj PM apabila beliau tidak lagi memfokuskan kepada program induk BTN iaitu Latihan kerana kini Raja Arif hanya memberi perhatian kepada program-program yang ada nilai glamour  semata-mata untuk mempopularkan dirinya seperti seminar dan akhirnya memaklumkan jumlah rakyat yang telah hadir program BTN jumlahnya ratusan ribu bagi 'segar angin' PM tetapi kenapa tidak dilaporkan jumlah kehadiran penjawat awam di Selangor sewaktu Amanat KSN cuma sekitar 100 orang ?

Kita terima kasih jugalah  kepada PM kerana mendengar juga akhirnya pandangan rakyat apabila dikhabarkan (harap betul khabar ini) nama Raja Arif sudah tiada dalam senarai bakal calon sama ada di Parlimen Kuala Nerus dan DUN Bukit Tunggal tetapi malang juga sekiranya dengan mengekalkan beliau dalam perkidmatan awam, beliau seakan menjadi barah yang boleh menyebabkan rasa marah penjawat awam makin meluap-luap, tanyalah apa respon ataupun pandangan penjawat awam terhadap program Amanat KSN tersebut.

Kini langkah seterusnya seperti yang disebutkan awal, beliau mula menyusun program dengan CUEPAC dan telah pun mengadakan pertemuan dengan Omar Osman, ini semuanya memungkinkan akan menjadikan penjawat awam yang lain marah dengan kerajaan dan paling dibimbangi kemarahan mereka ini akan diterjemahkan dalam bentuk undi kepada pihak pembangkang.

Kepada Pengarah Negeri, pegawai dan kakitangan BTN, saya sarankan, jika anda ingin kekal dlm BTN dengn selesa dan cepat naik pangkat ataupun Gred gaji, cepat-cepatlah cari borang ABIM dan sertai usrah-usrah yang dikendalikan oleh Hanafi di Jalan Bellamy dan anda akan menjadi lebih selesa lagi bila anda terus memuji Anwar Ibrahim dan tanamkan kepercayaan bahawa Anwar akan jadi PM selepas PRU13 nanti.

Jika tidak, anda juga harus padamkan harapan untuk kenaikan pangkat serta  bersiap-siaplah dan maklumkan awal-awal kepada keluarga masing-masing bahawa anda akan bertukar bila-bila masa kerana anda tidak sanggup menjadi penjilat kepada pemuka-pemuka Anwar dalam BTN dalam tempoh 48  jam.

Tahniah Raja Arif.. good job !

Sumber : sanggahtokjanggut




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??