Saturday 2 February 2013

TERNYATA NUAR BERAHI TAK ADA "EGG" !!!



Walaupun puak pembangkang berterusan menghentam mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad (Tun M) namun, mereka tidak dapat menafikan yang ‘aura’ beliau begitu kuat dan masih menghantui mereka, dan juga musuh-musuhnya.  

Biarpun beliau sudah bersara dan hanya menjadi pemerhati kepada perjalanan politik negara sambil sekali sekala memberi pandangan dan pendapat, namun pandangan beliau tetap dianggap sebagai pemantauan dan pendapat beliau dituduh sebagai arahan.  

Tun Mahathir adalah seorang yang berterus-terang dan rasanya tiada seorang pun yang mengenalinya secara langsung atau sekadar melalui media, yang dapat menafikannya.  

Apabila beliau merasakan masa sudah tiba bagi Tun Abdullah berundur, beliau menyatakannya tanpa selindung-selindung.   

Ini kerana beliau yang kita kenali, tidak terikat kepada budaya Melayu iaitu ‘pukul anak sindir menantu’ kerana beliau percaya kepada pentingnya berkata benar biarpun pahit.  

Menyedari ‘aura’ Tun M mampu mempengaruhi perjalanan politik Malaysia, maka pembangkang cuba menukar ‘aura’ itu agar memberi keuntungan kepada mereka.   

Oleh itu, dalam pada mereka meneruskan kutukan dan cacian terhadap Tun M, mereka cuba membayangkan yang Tun M turut bersetuju dengan mereka berkenaan ‘kelemahan’ kerajaan BN dan Perdana Menteri.  

Harapan mereka agar aura Tun M akan dapat mempengaruhi rakyat untuk turut melihat kelemahan kerajaan BN.  

Maka, dari situlah timbulnya kisah kononnya Tun M bersekongkol dengan Tan Sri Muhyiddin untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib yang digebangkan di Malaysia Chronicle.  

Dan semalam, timbul pula kisah kononnya Tun M ‘menyuruh’ Dato’ Seri Najib meletak jawatan jika BN gagal menang besar dalam PRU kali ini.   

Penjelasan Tun M bahawa perletakan jawatan apabila gagal mencapai sasaran merupakan amalan biasa sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman iaitu bergantung kepada kehendak ahli, telah ‘diperkecilkan’ di dalam laporan media pembangkang.   

Dalam kenyataan yang sama juga, Tun M ada mengakui bahawa Dato’ Seri Najib mewarisi BN dalam keadaan lemah, tetapi pihak pembangkang telah membayangkan seolah-olah beliau berkata yang kerajaan Najib lemah.  

Bayangan-bayangan dan kisah-kisah seperti ini dimainkan dengan giat di portal-portal pembangkang terutama yang berbahasa Inggeris di mana sasaran pembacanya ialah mereka-mereka yang lebih rasional.  

Ianya kelihatan semakin rancak apabila PRU semakin dekat.  

Apa yang sebenarnya berlaku ialah Tun M memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib.  

Beliau juga telah menyatakan bahawa beliau akan turun membantu secara sukarela sekiranya didapati ada keperluan untuk berbuat demikian.  

Dan seperti yang kita tahu, jika Tun M merasakan yang Dato’ Seri Najib tidak layak maka beliau pasti tidak akan teragak-agak untuk menyatakannya secara terus-terang dan tidak akan sekali-kali berselindung di sebalik bahasa-bahasa manis sekadar untuk menyedapkan hati sesiapa kerana itulah sifat beliau, dan rakyat semua sudah memakluminya. 

Dan inilah yang amat ditakuti oleh PR iaitu Tun M memberi sepenuh sokongan kepada Dato’ Seri Najib dan BN.   

Sedangkan, apa yang dapat dilihat kini ialah aura Dato’ Seri Najib seorang sahaja sudah cukup untuk menenggelamkan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.   

Sekiranya Tun M pula menambah lagi sinaran aura di belakang Dato’ Seri Najib, apalah daya pembangkang untuk melawan BN nanti.   

Justeru, percubaan melaga-lagakan kedua-dua tokoh ini terus dilakukan walaupun setakat ini kelihatannya langsung tidak berjaya.   

Ini bukan sahaja kerana rakyat sudah mengenali sikap Tun M yang akan berterus terang tetapi lebih-lebih lagi ialah kerana rakyat juga sudah mula mengenali dan menyayangi Dato’ Seri Najib.  

Oleh itu, pembangkang tidak perlulah bersusah payah menjatuhkan maruah sendiri dengan cuba meraih sokongan melalui aura Tun M.  

Nampak sangat, para pemimpin pembangkang tidak punya ketokohan sendiri untuk menambat hati rakyat agar meyakini dan menyayangi mereka, sehinggakan terpaksa menumpang ketokohan musuh ketat mereka pula. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??