Sunday 3 March 2013

LAHAD DATU : ANGGOTA KESELAMATAN MALAYSIA DIPENGGAL KEPALA ?!!


Adoyaiiii... Ingatkan dah tak ada...

Rupanya lagi macam-macam maklumat palsu dan yang mengarut-ngarut ni keluar dalam facebook.


Antaranya adalah posting diatas yang I4TT jumpa di FB dan kemudiannya dishare sahabat I4TT.

Gambar tersebut diambil dari sebuah blog berkaitan askar Thailand yang dipenggal kepala dan disiarkan oleh pemilik blog pada 11 Ogos 2010. [ KLIK SINI ]

Gambar tu tak ada kaitan langsung dengan mana-mana kejadian di Sabah baik di Lahad Datu mahupun Semporna.

Tambahan... Anggota keselamatan kita tak pakai uniform celoreng dalam misi OPS SULU !!!

Please lah weiii... Jangan sebar mende-mende mengarut !!!

Ni nasihat dari PDRM untuk semua pengamal media sosial.. BACA SINI... dan juga BACA SINI sekali...


3 comments:

  1. Mohon kemaafan pada semua pihak atas kesilapan menghantar pos berkenaan unit perisik Malaysia dipenggal diSabah lantaran tersilap baca. Post asalnya (dan gambar tersebut hanyalah gambar hiasan) adalah:
    http://budaksrikinta.blogspot.ch/2013/03/terkiniseorang-unit-perisik-kita-di.html
    http://www.kakisembang.com/2013/03/terkini-seorang-unit-keamanan-malaysia.html

    - Mohon maaf sekali lagi, fb tersebut sebenarnya hanyalah untuk kalangan ahli keluarga dan selama ini pun hanyalah ahli keluarga yang singgah disitu dan berbincang sesamanya. Tiada niat langsung untuk menyebarkan pada umum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok.. kita manusia tak pernah lari buat silap... Harap selepas ni, hati2 bila nk sebar sesuatu berita supaya tidak disalah tafsir spt begini. Sebab itu sy tutup nama tersebut utk tidak mengaibkan tuan. Jika ada salah dipihak kami membuat teguran.. kami juga mohon maaf andai terkasar..

      Delete
  2. ....saya suka rakyat malaysia y berbudi bahasa...bila salah,memohon maaf...n teguran pun snang dietrima..sejuk hati bembaca komen diatas.....tp bile sy masuk youtube,komen x beradap antara 2 negara malaysia indonesia x putus2....huhuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??