Tuesday 19 March 2013

LAHAD DATU SELAMAT !!! KAPAL NEGARA LUAR PUN BERLABUH ANGKUT HASIL SAWIT YANG DIGILAKAN SYAITAN KIRAM !!!


kapal dagang felda

Gugusan FELDA Sahabat, Lahad Datu, Sabah adalah yang terbesar dengan saiz seluas 101,929.86 hektar yang hampir sama dengan saiz 2 buah negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan.


Industri sawit daripada FELDA Sahabat ini menyumbang dalam menjana 10% pendapatan negeri dan menyumbang 1 per 3 daripada pendapatan keseluruhan FELDA pada masakini.

Dahulu, Malaysia mengeksport minyak mentah sawit ke luar negara dan pemprosesan produk industri hiliran bagi nilai tambah di lakukan di negara pengimport.

Kini, dasar kerajaan telah membolehkan syarikat multinasional membeli dan mengambil alih syarikat luar negara berkenaan.

Ini adalah strategi yang dilaksanakan bagi membawa pulang teknologi memproses produk hiliran ke dalam negara supaya dapat melindungi kepentingan produk berkenaan sebagai cara memperkukuhkan lagi industri sawit negara tersebut.

Kini, Malaysia antara pengeksport minyak kelapa sawit terbesar dunia.

Lahad Datu dari segi geografi, terletak di kawasan pantai timur Sabah di dalam bahagian Tawau.

Ia terletak pada kedudukan latitud 5° 1′  Utara dan longitud 118° 19′  Timur pada jarak lebih kurang 500 km dari Bandar Utama Sabah iaitu Kota Kinabalu dan berhampiran dengan beberapa tempat seperti Sandakan, Tawau, Kinabatangan, Kunak dan Felda Sahabat.

Manakala, keluasan daerah Lahad Datu ialah 6,635.2 km2.

Lahad Datu mudah dikunjungi melalui jalan darat, air mahupun udara.

Jumlah penduduk Lahad Datu setiap tahun meningkat dengan kadar pertumbuhan purata tahunan (%) iaitu 10.01 bagi tahun 1980-1991 dan 3.10 bagi tahun 1991 – 2000.

Manakala bagi jumlah penduduk ialah pada tahun 39,262 (1980), 118,096 (1991), 156,059 (2000), 195,865 (2010).

Populasi kaum bagi Daerah Lahad Datu kebanyakan terdiri daripada suku kaum Bajau, Idahan, Iranun, Dusun Begahak, Bugis, Suluk, Tidung, Melayu Cocos, dan Imigran dari Indonesia dan Filipina.

Sebahagian besar penduduk di Lahad Datu adalah keluarga peneroka di Tanah Rancangan FELDA Gugusan Sahabat.

Lahad Datu juga merupakan kawasan pelabuhan yang terpenting di Sabah dengan bentuk geografi semulajadi Teluk Darvel banyak membantu usaha kerajaan dari segi ekonomi di Sabah.

Keistimewaannya sebagai pelabuhan yang selamat dari sebarang ancaman bencana alam kerana terlindung oleh Pulau Sakar banyak melancarkan urusan pengeksportan minyak sawit dari FELDA Sahabat.

Namun, ianya tidak mampu menjamin keselamatan dari ancaman pencerobohan pengganas semenjak 12 Februari lalu.

Dasar kerajaan selama ini membangunkan Sabah dengan struktur ekonomi yang mampan, kini cuba diambil kesempatan oleh kumpulan pengganas yang mendakwa mereka dari pihak “Sultan” Sulu.

Kepesatan ekonomi dan sumber sawit terbesar di Sabah membuatkan Jamalul Kiram III “gila” untuk menjadi kaya setelah berzaman hidup penuh kemiskinan umpama merempat.

Malah, untuk mendapatkan rawatan Jamalul Kiram III terpaksa “mengemis” untuk mendapatkan dana.

“Sultan” palsu ini telah menghantar pengikutnya untuk menceroboh dan cuba merampas tanah Sabah dengan penuh keganasan.

Kehidupan seharian penduduk di Lahad Datu khususnya FELDA Sahabat terjejas, rumah dan harta benda penduduk rosak, peneroka dan pekerja ladang terpaksa meninggalkan “periuk nasi” mereka, pekerja kilang sawit dan peniaga turut meninggalkan “periuk nasi” mereka dan pengkalan kapal untuk urusan eksport minyak sawit juga terpaksa dihentikan.

Jeti 16 di Felda Sahabat, Lahad Datu merupakan satu pengkalan kapal yang penting di Lahad Datu, Sabah.

Ini kerana di sanalah kapal-kapal tangki minyak kelapa sawit akan berlabuh dan menjalankan urusan pengeksportan minyak sawit.

Semenjak kemelut pencerobohan di Lahad Datu, yang mana membabitkan Gugusan FELDA Sahabat, operasi di Ladang dan juga di pelabuhan terpaksa dihentikan sementara.

Faktor utama operasi perkapalan dihentikan adalah kerana pihak pengurusan kapal merasakan keadaan di situ terlalu berisiko, baik pada anak kapal mahupun pada muatan yang dibawa sepanjang kemelut pencerobohan di Lahad Datu.

Diatas tindakan pantas kerajaan melancarkan “Ops Daulat” dengan kerjasama PDRM dan 3 sayap ATM, keadaan di Lahad Datu semkin pulih dari segi keamanannya dan juga ekonomi.

Kecekapan dan ketangkasan pasukan keselamatan tidak dapat dinafikan.

Menurut Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, pengkalan kapal di FELDA Sahabat telah mula beroperasi dari minggu lepas dan kapal-kapal juga telah mula mengangkut bekalan minyak kelapa sawit dari FELDA Sahabat.

Operasi di pengkalan kapal FELDA Sahabat dikawal rapi dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), salah satu sayap ATM demi melancarkan operasi.

Bagaimanapun ketika ditanya nilai kerugian FGV berikutan insiden pencerobohan ini, Mohd Isa menyatakan ianya belum dapat dipastikan dan nilaian kerugian akan dijalankan selepas “Ops Daulat” berakhir.

FELDA turut membantu peneroka yang terjejas dalam kemelut pencerobohan ini dan sentiasa memberikan kerjasama dengan PDRM dan ATM demi keselamatan para peneroka di FELDA Sahabat.

Dengan beroperasi semula pengkalan kapal di FELDA Sahabat, ini cukup membuktikan bahawa keadaan Lahad Datu semakin pulih dan keselamatan ditahap yang baik.

Gambar (diatas) yang dipaparkan dirakamkan pada lewat petang semalam semasa sumber FeldaVoice melakukan tinjauan di kawasan sekitar FELDA Sahabat dan pengkalan kapalnya.

Bilamana kapal dagang luar negara juga telah turut melabuhkan kapal di Jeti 16 FELDA Sahabat untuk mengangkut minyak, ini merupakan satu petanda bahawa negara luar juga telah yakin akan keselamatan berurusan di pengkalan kapal ini.

Bukan sahaja penduduk tempatan yakin akan jaminan keselamatan yang ditawarkan oleh pasukan keselamatan negara, malah negara luar juga turut memperakui kredibiliti pasukan keselamatan kita.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga kerana kita mempunyai pasukan keselamatan yang cekap dan hebat.

Maklumat terbaru yang diterima, pengganas mahu berperang habis-habisan dan menarik gencatan senjata.

Pastinya, pasukan keselamatan kita juga akan berhabisan mempertahankan kedaulatan bumi Sabah dan menjaga keselamatan penduduknya.

Biarlah apa pun yang ingin pihak pembangkang katakan dan hina, namun seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah tidak pernah berhenti mendoakan perlindungan buat pasukan keselamatan kita.

Keyakinan yang tinggi terhadap kredibiliti pasukan keselamatan kita bukan sahaja diletakkan oleh penduduk tempatan, malah pelabur asing juga.

Sehubungan dengan itu, amat tidak masuk akal dakwaan yang menyatakan bahawa Lahad Datu tidak selamat dan “Sabah Nak Hilang” !

Artikel penuh... BACA SINI lah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??