Tuesday, 12 March 2013

TERKINI: BLOGGER AAKJ BUAT SIDANG MEDIA DI LAHAD DATU !!!


Sepertimana yang aku pernah bagitahu dalam entri sebelum ini, blogger AAKJ kini berada di Lahad Datu bagi menyampaikan segala perkembangan terkini berkaitan Lahad Datu.


Alhamdulillah, dengan adanya blogger AAKJ yang aku panggil Uncle, berada di Lahad Datu maka maklumat dapat sampai dengan segera dan sebarang khabar angin dapat disahkan dengan segera.

Dari sebelum berangkat hinggalah awal pagi tadi, aku dan Uncle AAKJ sentiasa berhubung melalui Whatsapp dan bilamana line internet down disana maka kami menjadi perantara untuk menyampaikan sebarang berita dengan segera.

Tajuk aku kat atas tu cuma gempak sure heboh je, Uncle AAKJ tidak membuat sebarang sidang media, Uncle berada disana tiap kali adanya sidang media dan sebarang perkembangan maka akan diupdate dengan segera.



Untuk pengetahuan semua, Uncle AAKJ telah pergi melawat ke kawasan penempatan sementara penduduk Lahad Datu yang mana terbabit didalam kawasan zon merah (area bahaya tempat pengganas berkubu).

Gambar diatas dirakam petang semalam di Dewan Fajar Harapan, Felda Sahabat, Lahad Datu. 

Disini merupakan penempatan sementara penduduk yang mana terjejas dikawasan zon merah, Barisan Nasional telah menyumbangkan segala keperluan penduduk yang ditempatkan di penempatan sementara ini. 

Ternyata penduduk amat menghargai pengorbanan dan bantuan yang mereka terima biarpun mereka sangat susah hati dengan nasib yang menimpa mereka.

Malah mereka juga melahirkan rasa sedih bilamana ada pihak yang menganggap nasib mereka ini hanyalah sandiwara.

Terpaksa meninggalkan rumah dianggap oleh puak-puak berjiwa binatang ini hanyalah sekadar lakonan.

Penduduk Lahad Datu turut melahirkan rasa simpati dan sedih atas kehilangan wira-wira negara kita yang bertungkus lumus memastikan semua penduduk di Lahad Datu selamat dari ancaman bahaya pengganas.

Gugurnya mereka demi mempertahankan penduduk Lahad Datu, Sabah dan gugurnya mereka demi kedaulatan negeri Sabah.

Terima kasih kepada semua pejuang-pejuang dan pahlawan negara yang masih bertungkus lumus demi keamanan di bumi Sabah. 

Sabah itu sebahagian dari Malaysia, hilang Sabah maka cacatlah bintang di Jalur Gemilang Malaysia...!!!

Terima kasih BN dan kerajaan Malaysia yang membantu penduduk Sabah. 

Inilah kasih sayang kerajaan kepada penduduknya yang ditimpa musibah. 

Tidak kira dimana... 

Terima kasih Uncle AAKJ untuk maklumat pantas yang disalurkan dari sana. 

Semoga Allah sentiasa melindungi semua penduduk Sabah dari sebarang kecelakaan. 

Semoga semua petugas media dan anggota keselamatan kita yang bertugas dilindungi Ilahi.

Amin.. Amin.. Ya Rabbal Al Amin...


1 comment:

  1. tima kasih pd smua blogger yg menyalur maklumat terkini tp yg penitng sahih. walau hampir menggadai nyawa. take good care pd smua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??