Tuesday, 9 April 2013

SAHIH !!! HARAM UNDI PEMBANGKANG !!!



Sejak dulu lagi bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila ada sesetengah ulama, cendekiawan Islam dan tok guru pondok menyuarakan sokongan masing-masing dan turut berkempen untuk parti politik tertentu.



Biasanya PAS yang sering menjadi pilihan mereka disebabkan tarikan perjuangan Islam yang kononnya diperjuangkan oleh parti berlabel Islam itu.

Tapi suasana sudah berubah, apabila golongan ini yang pernah dekat dengan PAS dulu, kini berubah arah apabila buat pertama kalinya bersatu suara dan senada pandangannya dalam gerakan besar-besaran bagi menghalang pakatan DAP, PKR dan PAS.

Gerakan ini dapat dilihat jelas apabila Persidangan Ulama-Ulama Bersama Kepimpinan Pondok-Pondok / Sekolah Agama Rakyat / Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama tiga hari berakhir 8 April 2013, telah membuat satu deklarasi bahawa adalah haram mengundi PKR, PAS dan DAP.

Persidangan yang di adakan di Gurun, Kedah itu dihadiri seramai 150 orang tokoh ulama dan tok guru pondok dari seluruh negara itu sependapat bahawa ketiga-tiga parti dalam PR itu telah dengan sengaja menyokong pluralisme agama dengan menyekutukan Allah S.W.T.

Mereka juga mengecam kenyataan pemimpin-pemimpin PR yang terus menerus menyokong penggunaan kalimah suci Allah S.W.T oleh agama lain khususnya untuk dinukilkan dalam kitab Bible, yang dianggap umpama satu perbuatan jenayah yang paling besar ke atas agama Islam.

Membenarkan kalimah Allah S.W.T diguna pakai dalam kitab Bible samalah seperti menyamatarafkan Keesaan Allah S.W.T dengan konsep triniti Kristian dan ia seolah-olah meletakkan agama lain juga tidak ada bezanya dengan kesucian agama Islam. 

Perjuangan PKR, PAS dan DAP ternyata bukan sahaja telah menyalahi nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar malahan bertentangan dengan ajaran Islam serta sesat lagi menyesatkan. 

Bersandarkan hujah-hujah tersebut, para ulama dan tok guru pondok seluruh negara sepakat dan berkongsi pandangan bahawa adalah haram bagi umat Islam bersekongkol atau menyokong mana-mana parti dalam gabungan PR.

Dengan wujudnya deklarasi bersejarah ini bermakna buat pertama kalinya PAS selaku sebahagian dari PR secara rasminya hilang satu lagi akar kekuatannya apabila golongan ulama, cendekiawan Islam dan tok guru pondok semakin menjauhkan diri dari PAS.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??