Friday 13 April 2012

LARIAN BENDANG MENARA CONDONG !!! BELIA MEMANG HEBAT !!! JOM KE HIMPUNAN JUTAAN BELIA !!!


Kerajaan negeri Perak telah menganjurkan acara unik, Larian Bendang Menara Condong bermula di Padang Speedy B, di Teluk Intan pada 8 April yang lalu.

Seramai lebih 1,000 peserta menyertai larian itu yang bertujuan mempromosikan destinasi pelancongan negeri di Daerah Hilir Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, berkata acara itu merupakan salah satu acara Tahun Melawat Perak 2012 yang diadakan di daerah berkenaan.

Acara ini bertujuan mempromosikan destinasi pelancongan menarik daerah termasuklah keindahan alam semulajadi iaitu sawah padi dan warisan sejarah seperti Menara Condong Teluk Intan, Jambatan Keretapi Sungai Bidor serta bangunan sekolah terawal seperti SK Horley Methodist, SK Sultan Idris Shah 11 dan SRJK (C) San Min 1.

Larian Bendang Menara Condong, Teluk Intan ini terbuka kepada peserta antarabangsa dan tempatan mengikut katogeri umur dan pelajar sekolah.

Pertandingan itu dibahagikan kepada beberapa katogeri seperti sekolah rendah (umur 10-12 tahun) dan katogeri sekolah menengah (umur 13-hingga 19 tahun) dan terbuka (atas 19 tahun) yang
 dibezakan dengan jarak larian.

Pelepasan peserta akan disempurnakan secara berperingkat-peringkat bermula jam 7 pagi oleh Yang Berhormat Dato' Zainol Fadzi.




Pemimpin setempat bersama YB Zainol Fadzi



Peserta-peserta Larian Bendang Menara Condong






Peserta peringkat antarabangsa juga ada !


YB Zainol dalam ucapan penutup


Antara hadiah-hadiah kepada pemenang








Menanti kepulangan peserta di trek penamat



Agak mencuit hati bila terpandang peserta berkain pelikat



Petugas kecemasan dalam keadaan bersedia


Menanti peserta untuk tamatkan larian


Antara perkara unik yang anda tak kan jumpa dimana-mana program larian !!!

Belia HEBAT !!!

Jom ke Himpunan Jutaan Belia !!!

Mei ini !!!


Psssttt... tunggu... Ada lagi aktiviti hebat belia-belia sebelum menjelang Himpunan Jutaan Belia Mei ini !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??