Thursday, 26 April 2012

OWH NOES !!! GARA-GARA SAMAN @zahida_rafik DAN MAK LAMPIR TARIK RAMBUT ?!! PART 6


Saya gelihati semalam apabila “Mak Lampir” a.k.a Zuraida Kamaruddin yang gelabah setelah menerima notis tuntutan saman dari artis, Zahida Rafik, yang sebelum ini difitnahnya menerima RM1.5 juta dari Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal.

Punyalah teruk dia menggelabah sehingga status peguam yang diupah Zahida pun dipersoalkan “Mak Lampir gila glamor” itu!

Setelah menerima notis saman berkenaan, saya difahamkan bahawa Zuraida dilihat berada di dalam keadaan tidak tentu arah. Sudahlah dia sendiri pun sebelum ini serabut, lepas terima surat saman maka bertambah serabutlah Ketua Wanita PKR itu…

Lantas cepat-cepat dia menghubungi pihak media untuk memberikan kenyataan mengenai notis tersebut. Kononnya, dia tak takut dengan surat saman Zahida dan dia menjangkakan surat saman itu datangnya dari Shafie Afdal.

Katanya, dia mempunyai “bukti kukuh” atas dakwaannya itu. Tapi, bila ditanya media mengenai “bukti kukuh” tersebut, dia enggan pula menceritakan mengenainya.

Benarkah “Mak Lampir” itu memiliki “bukti kukuh”? Kalau setakat bukti yang hanya merupakan laporan polis yang dibuat oleg bekas pemandu Zahida, apakah dia fikir bukti tersebut “cukup kukuh” untuk memfitnah?

Lagipun, sejak dia mengemukakan fitnah tersebut di lobi Parlimen tempohari, dia hanya mencanangkan salinan laporan polis Noor Azman Azemi saja tanpa sebarang bukti lain. Laporan polis boleh jadi betul, boleh jadi palsu. Itu pun Zuraida anggap sebagai “kukuh”?

Pada saya, dia hanya dengar “hear say” sahaja. Lagipun, Noor Azman sebelum ini dikatakan telah “lesap buat seketika” dengan wang berjumlah RM200,000 milik perniagaan keluarga Zahida.

Menurut kenyataan Zahida kepada media sebelum ini, dia berkunjung ke rumah bekas pemandunya itu dan bertanya tentang Noor Azman. Tapi keluarganya memberitahu bahawa bekas pemandunya itu tidak pulang ke rumah dan tidak tahu lokasinya berada.

Lagipun, Zahida memang percaya pada Noor Azman memandangkan dia telah bekerja sebagai pemandunya lebih dari 4 tahun. Namun, memandangkan duit perniagaan keluarganya yang lesap begitu saja dengan pemandunya, dia terpaksa membuat laporan polis dengan berat hati.

Begitulah yang saya baca dari media sebelum Noor Azman muncul dengan laporan polis menuduh Zahida menerima wang yang banyak dari Shafie Afdal.

Persoalannya, siapa “Mak Lampir” untuk turut campur kes di dalam siasatan polis tersebut? Dia “mak tiri” Noor Azman, kah? Atau dia bermotif politik? Belum tentu kesahihan laporan polis Noor Azman pun boleh jadi modal untuk burukkan pemimpin UMNO juga? Terdesak sangat, kah?

Kalau benarpun terdesak nak memburukkan UMNO, tak payahlah persoalkan peguam yang dilantik Zahida. Sama ada Datuk Shafee itu peguam UMNO atau tidak, apa kena mengena dengan “Mak Lampir?

Apakah Zuraida mahu Zahida melantik Ambiga, Surendran, Latifah Koya atau Fadiah Hanim sebagai peguam yang mewakilinya? Gila ke apa? Kalau Zahida lantik mereka, sudah tentu dia akan kalah kes ini..!!!

Siapa kata Datuk Seri Shafee Abdullah peguam UMNO? Dari mana “Mak Lampir” dapat fakta itu? Dari “peliwat tegar”, kah?

Datuk Seri Shafee pemilik syarikat guaman dan merupakan peguam yang hebat, lebih hebat dari Karpal Singh. Apakah kerana beliau selalu menguruskan kes membabitkan pemimpin kerajaan maka dia dicop sebagai “peguam UMNO”?

Jika beliau peguam UMNO pun, “Mak Lampir” peduli apa? Apakah peguam UMNO tak boleh dan diharamkan untuk dilantik mewakili artis atau orang awam yang lain? “Mak Lampir” pakai undang-undang mana? Undang-Undang “keluarga Hantu Lampir”, kah?

Kalau takut sangat dengan peguam UMNO, pergilah cari peguam PKR, DAP atau PAS..!

Sudahlah Zuraida. Jangan cakap banyak. UMNO tak ada kena mengena dalam “filem seram” ini. Pandai buat fitnah sana sini, maka pandai-pandailah jawab dalam mahkamah nanti. Kalau “Mak Lampir” menang, maka legalah. Tapi kalau kalah, maka bayarlah! Habis cerita…


Sumber : MyKMU.net





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??