Monday, 9 April 2012

1MALAYSIA SELARAS DENGAN PRINSIP ISLAM !!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berusaha mencari penyelesaian berhubung isu pembantu rumah Indonesia.

"Sedang mencari penyelesaian segera terhadap isu pembantu rumah domestik. Saya telah membincangkannya dengan Presiden Susilo Rabu lepas," katanya di laman Twitter @najibrazak Jumaat malam.

Beliau memberi perhatian kepada rakyat Malaysia yang ingin mengambil pembantu rumah Indonesia dalam pertemuan beliau dengan Presiden Indonesia baru-baru ini pada Sidang Kemuncak Asean ke 20 di Phnom Penh.

Dilaporkan sebelum ini bahawa pembantu rumah dari Indonesia akan tiba pada awal bulan Mac tetapi telah ditangguhkan ke bulan lain.

Najib juga menulis pada halaman Facebook (www.facebook.com/najibrazak), memperincikan beberapa pencapaian beliau sebagai Perdana Menteri dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

"Tiga tahun telah berlalu sejak saya telah diberi mandat untuk mentadbir dan berkhidmat sebagai Perdana Menteri anda. Tetapi pada masa yang sama, saya amat berbangga dengan beberapa perkara yang telah dilakukan setakat ini.
Tambahan RM3 bilion dalam bentuk bantuan langsung bagi meringankan kos sara hidup disalurkan kembali kepada rakyat.

Jenayah jalanan menurun sebanyak 39 peratus manakala kadar jenayah secara umum telah menurun sebanyak 11 peratus.

Pendidikan Rendah dan Menengah yang dibuat benar-benar percuma untuk kali pertama dalam sejarah.

Pendapatan Per Kapita meningkat kepada RM29,726 (AS$9,700) daripada RM20,532(AS$ 6,700).

"Pelaburan Langsung Asing meningkat sebanyak 12.3 peratus kepada RM32.9 bilion pada tahun 2011 berbanding dengan RM29.3 bilion pada tahun 2010, menunjukkan keyakinan global yang lebih kukuh di Malaysia."

Langkah-langkah yang digariskan dalam ETP dijangka mewujudkan sebanyak 313,000 pekerjaan baru.

"Kemajuan dan progres ini adalah patut kita banggakan. Sekiranya anda bersetuju, sila kongsikan ini dengan kawan anda supaya mereka boleh melihat sendiri, "katanya.

Awal Jumaat, Najib berkata konsep 1Malaysia yang menekankan inklusiviti adalah selaras dengan prinsip Islam.

"Konsep ini telah membolehkan kita untuk hidup dalam suasana harmoni. Dengan pendekatan yang sederhana, kita adalah contoh terbaik sebuah negara Islam yang berbilang kaum dan berbilang agama," katanya pada satu perhimpunan khas dengan kira-kira 5,000 pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sumber : KGC



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??