Wednesday, 11 April 2012

GILA PUNYA BUDAK - UGUT IBU DENGAN PISAU !!! BELIA HEBAT JANGAN JADI ANAK DERHAKA !!!


Seorang anak dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah mengugut ibunya dengan pisau selepas permintaannya mendapatkan wang tidak dipenuhi pada 22 April tahun lalu.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Ahmad Sahli Ali, 21, dari Kampung Paloh, di sini, selepas dia mengaku bersalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Sahli didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam mendatangkan kecederaan kepada Teh Salleh, 56, dengan niat menyebabkan ibunya berasa cemas di dapur rumah mereka di Kampung Paloh kira-kira jam 2.40 petang.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi, manakala tertuduh yang berpakaian lokap warna ungu tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, pada jam 2.40 petang hari kejadian, ibu tertuduh berada di dapur rumah, sebelum tertuduh yang dalam keadaan marah sambil memegang sebilah pisau mengugut mangsa.

Dalam masa sama, tertuduh memecahkan barangan dalam rumah itu dan meminta wang tunai RM100, tetapi enggan dituruti mangsa yang bekerja sebagai guru menyebabkan tertuduh mengamuk. - Berita Harian


Psssttt... giler !!! Macam ni punya orang pun ada ke !!! Harap Belia yang berwawasan tidak punya perangai mental macam ni !!! Jom kita jadi belia berwawasan dengan aktiviti hebat untuk belia hebat seperti kita di Himpunan Jutaan Belia pada Mei ini !!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??