Wednesday, 25 April 2012

GEMPAR !!! AMBABIGA MENGAMUK !!! USTAZ NASHARUDIN DIPECAT ?!!


Ustaz Nasharudin bakal dipecat oleh PAS apabila mengeluarkan kenyataan membantah LGBT. 

Berdasarkan asas kebebasan dan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh pakatan, kenyataan Ustaz Nasha sudah pasti akan menjejaskan hubungan diantara PAS dan Pakatan.

Pihak pakatan sudah sedia maklum mengenai LGBT, Ambiga dan Anwar sudah sepakat LGBT berteraskan hak asasi manusia yang mempertahankan hak kecenderongan gender.

Sama ada gay ataupun lesbian, Mak Nyah atau pun tomboy kesemua ini harus mengatasi kepentingan akidah dan ajaran agama.

Semua agama didunia ini tidak mengiktiraf LGBT, tetapi fahaman yang dibawa oleh pakatan mereka mahukan pengiktirafan terhadap golongan yang rosak moralnya. 

Bertepatan dengan kehendak Anwar yang polarisasi gender beliau yang biseksual.

Ikuti ucapan Ustaz Nasha yang mencetuskan kontroversi didalam pakatan.

Demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa.

"Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat," kata Nasharudin.

Bekas timbalan presiden PAS itu becakap kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada "Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT" di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata golongan itu bagaikan satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah di dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.

Katanya semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.

Nasharudin berkata wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.

"Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik," katanya.

Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.

Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan, katanya.

Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia bertujuan menyedarkan peserta tentang perlunya menolak golongan ini yang bagaikan virus berbahaya di dalam masyarakat.

Sumber : KGC


Psssttt... sabar lah Nasa... sat gi nasib ko akan sama macam Hassan Ali.. bleh la join Hassan Ali dalam road tour beliau...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??