Monday, 9 April 2012

PAS BULLSHIT - BUKAN AKU KATA !!! NAK TAU, BACA SENDIRI !!!



Baru baru ini Veteran PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad menyifatkan kerjasama PAS dengan DAP dalam gabungan pembangkang bercanggah amalan politik Islam yang diajar Rasulullah SAW.

Agak menarik sekali apabila seorang veteran PAS mempertikaikan tindakan partinya terutamanya tindakan Nik Aziz dan Hj Hadi yang keterlaluan menyokong DAP.

Katanya banyak tindakan PAS sekarang ini tidak melambangkan apa yang diperjuangkan oleh Rasullulah SAW. 

Rasulullah SAW tidak pernah bekerjasama dengan kaum bukan Musyrikin Madinah seperti dilakukan PAS ketika ini sebaliknya hanya mengikat kata sepakat melalui Perjanjian Hudaibiyah.

Apa yang menarik kenyataan beliau memperlekehkan tindakan Hj Hadi dan Nik Aziz yang menggunakan alasan yang meremehkan minda penyokong dan ahli PAS kerana kerjasama antara PAS dan DAP kerana ia tidak sama dengan pendekatan diambil Rasulullah SAW.

“Dasar politik PAS sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah SAW bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah,” katanya.

Shahnon turut membidas Dewan Ulama PAS yang semakin hilang taringnya dalam menyuarakan dakwah politik Islam kerana hendak menjaga hubungan dengan DAP.

Katanya, hampir semua ulama PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat gagal memainkan peranan mempertahankan Islam dan pengaruh mereka mula dibayangi golongan profesional PAS. 

“Malah, saya sendiri sebenarnya tidak berapa faham dengan perjuangan dan latar belakang golongan profesional PAS ini.

Ahli PAS sendiri pun dah tak faham dengan perjuangan parti mereka, apatah lagi rakyat yang berada diluar sana. 

Masakan tidak PAS sekarang ini tak lebih kepada pemudah cara buat DAP untuk melaksanakan agenda mereka.

Ironinya Shahnon yang pernah buku "Shit" sekarang sudah membulshitkan perjuangan parti beliau sendiri.

Sumber : KGC



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??