Monday, 9 April 2012

SKANDAL RM445 JUTA KBB-HLFB ANWAR DAH TERTELAN "EGG" !!!


Anwar dan kroninya memang cukup terkenal dengan kaedah menyamun disiang hari. 

Dahulunya semasa Anwar menjadi menteri kewangan, teknik Anwar mencuri dan menyamun wang rakyat dilakukan bagai silap mata. 

Didepan orang ramai atau pun secara terang terangan.

Adalah tidak mengejutkan sehingga sekarang kroni kroni Anwar memegang kepentingan di syarikat senaraian awam. 

Zaman pink form pada ketika itu menyebabkan ahli keluarga Anwar dan kroninya menjadi kaya raya dalam sekelip mata.

Kes dibawah ini menjadi salah satu bukti bagaimana Anwar dan kroninya menjadi kaya raya.

Jika difikirkan Anwar cukup mahir dalam mengelakkan diri daripada tindakan mahkamah.

Tidak pernah didalam sejarah negara tertuduh berjaya menangguhkan berpuluh kali pendakwaan dimahkamah.

Kes penyelewengan ini juga membuktikan berani kerana benar, takut kerana salah. 

Anwar jika difikirikan tidak terbabit apa perlunya untuk takut berdepan menjadi saksi didalam kes ini. - KGC

Tindakan Pengerusi Hong Leong Finance Bhd. (Hong Leong Finance), Tan Sri Quek Leng Chan dan institusi kewangan itu mengetepikan sapina terhadap beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai usaha menyekat kebenaran daripada didedahkan.

Ini kerana, bekas Menteri Kewangan itu dan Leng Chan adalah saksi penting kes saman Hong Leong Finance terhadap ahli perniagaan, Low Thiam Hoe membabitkan perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta, kira-kira 14 tahun lalu.

Perkara itu disentuh dalam hujah peguam D. Paramalingam yang mewakili Thiam Hoe ketika membalas hujahan peguam Andrew Chiew di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Dalam prosiding itu, Andrew yang mewakili Hong Leong Finance mengemukakan permohonan agar sapina ke atas Anwar dan Leng Chan supaya hadir sebagai saksi, diketepikan dan dibatalkan kerana mereka bukan saksi penting dalam kes saman itu.

Turut berbuat demikian ialah peguam Datuk Dr. Cyrus V. Das yang mewakili Leng Chan.

Dalam hujahnya, Paramalingam menyatakan, sapina terhadap Leng Chan tidak akan menyebabkan prejudis terhadap beliau mahupun Anwar kerana ia untuk mengetahui sejauh mana penglibatan mereka dalam perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket itu.

Tambahan pula menurut peguam itu, dalam prosiding pada 1 April lalu, peguam Latheefa Koya yang juga Pengarah Biro Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu kenyataan akhbar menasihati peguam yang mewakili defendan supaya menghubungi firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

Ia bertujuan menetapkan temu janji dalam usaha menyerahkan sapina kepada Penasihat PKR itu selain menyatakan yang Anwar tiada sebarang bantahan untuk menerimanya.

Menurut Paramalingam, Latheefa juga mengatakan, kesediaan Anwar untuk hadir ke mahkamah sekiranya relevan, perlu dan jika ia bukan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Selain itu, beliau menangkis hujahan Andrew yang menganggap telah berlaku kelewatan pada pihak defendan sebelum mengemukakan sapina tersebut.

Ini kerana menurut Paramalingam, pihaknya beranggapan bahawa Hong Leong Finance tidak berminat lagi untuk memanjangkan perkara tersebut.

Sebaliknya, ujar beliau, tiadanya sebarang tindakan di pihak plaintif telah menyebabkan kelewatan beliau meminda pernyataan pembelaan Thiam Hoe bagi memasukkan penglibatan Anwar dan Leng Chan sehingga menyebabkan permohonan itu ditolak oleh mahkamah pada 19 Mac lalu.

Paramalingam turut memohon supaya permohonan Leng Chan dan Anwar ditolak kerana kes tersebut membabitkan transaksi yang besar dan ia perlu dibuktikan dalam perbicaraan.

Hakim Hadhariah Syed Ismail bagaimanapun memutuskan menolak permohonan Thiam Hoe dengan kos RM5,000 setelah mendapati ia tidak dikemukakan secara bona fide (suci hati) sebaliknya dibuat dengan mala fide (niat jahat). - Utusan



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??