Wednesday, 11 April 2012

AMARAN TSUNAMI DAH KELUAR !!! BERHATI-HATI SEMUA !!! MOGA DILINDUNGI YA ALLAH !!!


Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat, pada magnitud 8.9, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh sebentar tadi, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk tempatan.

Gegaran sekitar jam 4.30 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.

Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.

Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.

Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.



Pusat Amaran Tsunami Pasifik telah mengeluarkan amaran Tsunami kepada negara-negara berikut, bagaimanapun ia terpulang kepada pengumuman rasmi dari pihak berkuasa negara masing-masing:-

INDONESIA / INDIA / SRI LANKA / AUSTRALIA / MYANMAR /THAILAND / MALDIVES / UNITED KINGDOM / MALAYSIA / MAURITIUS / REUNION / SEYCHELLES / PAKISTAN / SOMALIA / OMAN /MADAGASCAR / IRAN / UAE / YEMEN / COMORES / BANGLADESH /TANZANIA / MOZAMBIQUE / KENYA / CROZET ISLANDS / KERGUELEN ISLANDS / SOUTH AFRICA / SINGAPORE.

Entri berkaitan gegaran sebentar tadi : KLIK SINI

Ya Allah.. mohon dijauhkan dari Tsunami !!!!







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??