Saturday, 21 April 2012

ZAHIDA ISTERI SAFIE AFDAL ?!! MAK LAMPIR ZURAIDAH DAN MAMAT DRIVER TU EHEM EHEM ?!! PART 3


Aku memang tak suka tulis cerita pasal artis.. Tapi aku tengok pic Zahida ni sweet ler... 


Dalam banyak-banyak pic dia, yang ni paling aku suka...


Betul ke Zahida ni kawin dengan Dato' Sri Shafie Afdal ??


Kalau betul, bagus la... Tapi pelik gak, orang kepercayaan.. Kononnya la... Tak kan tak tahu...


5 tahun tu kerja beb... Tak kan tak tahu boss dah kawin kan....


Tapi pelik jugak... Apsal mamat driver tu bersama Zuraidah Mak Lampir ni pulak...


Fishy giler arh beb... Something ni... kan...???


Pe-pe pun, aku nak petik pulak article dari Suara Pakatan Rakyat yang menobatkan Anwar pemimpin paling suci...


Yeakkk... geli dowh anak tekak aku, rasa nak muntah !!!


Sambung balik kisah Zahida ni... ini petikan dari article tu;



PENAMPILAN bekas pemandu pelakon Zahida Rafik, Noor Azman Azemi bersama-sama dengan Ketua Wanita PKR, YB Zuraida Kamarudin di Parlimen kelmarin dilihat bakal membongkar satu lagi salah laku membabitkan pemimpin tertinggi UMNO iaitu Naib Presidennya sendiri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal.

Dakwaan bahawa Shafie mempunyai skandal dengan artis cantik molek kacukan Melayu-Pakistan ini memang menarik untuk diperkatakan. Apatah lagi bila ia juga membabitkan sejumlah wang yang besar yang didakwa Azman dibayar oleh Shafie kepada Zahida setiap bulan.

Tapi dalam masa yang sama penulis tidak boleh menolak dari berasa curiga dengan niat Azman menggunakan pemimpin Pakatan Rakyat untuk membuat pendedahan ini, kerana kelihatannya Azman cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Zuraida.

Berdasarkan maklumat penulis, Shafie dengan Zahida dikatakan telah bernikah di London tidak beberapa lama dahulu. Antara punca kenapa Zahida menghilangkan diri dari dunia artis secara tiba-tiba juga dikaitkan dengan pernikahan tersebut.

Penikahan ini dirahsiakan demi menjaga hati isteri pertama Shafie, Datin Seri Shuryani binti Shuaib dan 6 orang anak mereka. Dalam erti kata lain, Zahida adalah isteri kedua Shafie.

Justeru, penulis curiga kenapa Azman yang mengaku sebagai orang kepercayaan Shafie, tidak boleh menghidu berita pernikahan kedua mereka ini? Takkanlah selama 5 tahun bertugas sebagai pemandu Zahida, tidak terbit sekalipun gerak geri dan perkataan yang menjurus kepada pernikahan keduanya?

Apatah lagi bila Azman mendakwa dia adalah orang kepercayaan Shafie sehingga Shafie sanggup menyerahkan beratus ribu ringgit wang kepadanya untuk dimasukkan ke dalam akaun bank Zahida. Pelik juga penulis, orang kepercayaan yang bersama ke hulu ke hilir, tidak tahu yang keduanya sudah menikah?


Soal ini penting kerana jika benar keduanya sudah menikah, maka soal skandal yang cuba dibangkitkan Azman itu tidak timbul lagi dah.

Penulis sangat pasti yang Azman sudah mengetahui bahawa kedua mereka ini telah bernikah dan dengan itu tuduhan yang mengatakan bahawa Shafie mempunyai skandal dengan Zahida itu adalah tuduhan yang direka-reka oleh Azman sendiri untuk mendapat perhatian Zuraida.

Di samping cuba mendapatkan khidmat guaman terbaik dari Pakatan Rakyat dalam melindungi dirinya dari tuduhan menggelapkan wang Zahida sebanyak RM 200,000, yang boleh dirujuk disini. Azman mungkin belajar dari nasib yang menimpa Datuk Shamsulbaharin Ismail dalam isu NFC.

Semua ini memerlukan kajian dan siasatan segera kerana penulis tidak mahu, diakhirnya nanti Zuraida sekadar dipergunakan oleh Azman untuk kepentingannya sendiri.

Tapi dalam masa yang sama, penulis menggesa polis menjalankan siasatan ke atas dakwaan Azman tentang jumlah wang yang banyak dibayar setiap bulan oleh Shafie kepada Zahida sebagai nafkah, walaupun dalam masa yang sama kita tahu Shafie sendiri adalah seorang peniaga berjaya di Sabah sebelum menyertai politik pada 1995.

Di samping Zahida sendiri yang datang dari latar belakang keluarga yang berada dan mempunyai perniagaan sendiri.


Eh eh... web ni pun ada akai... hehehe...

Nampaknya.. jumpa episode seterusnya... hahahaha



1 comment:

  1. sedihnye ngn u yg terang2 myokong org yg bsalah, tyata akai u msih dekat kapala lutut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??