Thursday, 2 August 2012

MESEJ PENTING UNTUK WARGA O.K.U. !!!



Kepada yang masih belum memperbaharui kad OKU, saya kongsikan penjelasan daripada Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat terhadap beberapa kekeliruan yang timbul.

Berikut adalah penjelasan kepada beberapa perkara yang sering dikemukakan :-

i. Proses untuk mendapatkan Kad OKU baru bukanlah proses pendaftaran semula tetapi proses memperbaharui kad (renewal). Namun Borang Permohonan Pendaftaran OKU masih perlu diisi dengan butiran asas untuk dimasukkan ke dalam sistem.


ii. Pada awalnya pihak JPOKU menetapkan 31 Julai 2012 sebagai tarikh akhir bagi memperbaharui Kad OKU sedia ada. Namun tarikh berkenaan dilanjutkan sehingga pengumuman akan datang kerana masih ada OKU yang tidak dapat memperbaharui Kad OKU mereka. Objektif utama JPOKU adalah untuk memastikan semua OKU memperbaharui Kad OKU mereka untuk menikmati kemudahan yang disediakan.

iii. Pemeriksaan perubatan (medical examination) semula hanya kepada yang mengalami perubahan kategori. Misalnya seseorang yang memegang Kad OKU Penglihatan sekiranya, kini mengalami ketidakupayaan fizikal, maka pemeriksaan perubatan diperlukan kerana beliau akan dikategori sebagai OKU Tidak Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities). Bagi kes lain yang telah berdaftar sebelum ini tidak perlu pemeriksaan perubatan.

iv. OKU Masalah Pembelajaran, yang pada awalnya diperlukan pemeriksaan perubatan semula apabila mencapai umur 18 tahun, dibenarkan memperbaharui kad OKU tanpa pemeriksaan perubatan semula kecuali bagi kes-kes khas yang dikenalpasti oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah. Ini untuk memudahkan proses memperbaharui Kad OKU.

Pihak JPOKU berharap penjelasan ini akan membantu menyelesaikan beberapa isu berkaitan proses memperbaharui Kad OKU. 

Terima kasih.

Pathmanathan Nalasamy
Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya
Tel : 03 83232483
Email : pathmanathan@jkm.gov.my

2 comments:

  1. Asalamualaikum...(Salam sejahtera)
    Tuan/ Puan.
    Saya ada 1 persoalan sekiranya Bin/Binti dalam kad oku salah tulis angkara JKM adakah boleh dibetulkan. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... sila rujuk ke pejabat JKM yang berdekatan. Terima kasih.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??