Friday, 3 August 2012

PAS HANYA TULANG SOTONG DAP !!!






Dalam kenyataan terbaru Setiausaha Agung PAS dua hari lepas kepada media, sekali lagi khalayak umum 'dikejutkan' dengan hasrat PAS untuk menjadi tulang belakang kepada gerombolan PR.

"Pas tetap akan jadi tulang belakang bagi PR", demikian tegas dan yakin sekali bunyinya kenyataan Mustafa Ali.

Entah mimpi apa yang mengganggu Mustafa malam sebelumnya sehingga memaksa dirinya untuk mengulangi kenyataan tersebut untuk entah ke berapa kali.

Dalam jangka waktu sebulan dua ini kerap betul pemimpin PAS bermimpi nak jadi tulang belakang. 


Sebelum ini pun, Presiden PAS, Hadi Awang juga pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bernada sama.

Tinggi sungguh angan-angan pemimpin PAS mahu menaiktaraf parti mereka supaya dilihat dan diiktiraf oleh khalayak sebagai tulang belakang kepada Pakatan Rakyat (PR). 

Elok-elok dilahirkan sebagai orang, tiba-tiba nak jadi tulang belakang, mimpi kot.

Sebetulnya, PAS sekarang berada dalam keadaan agak tertekan. 

Bukan sahaja tertekan dengan pelbagai isu kepimpinan dalaman parti yang sehingga menjerumuskan PAS kepada masalah kecelaruan prinsip, malah turut terbelit dengan masalah terlebih-lebih menjadi balaci.

Sejak PKR, DAP dan PAS bersekedudukan dan berkomplot mencipta pakatan pembangkang, umumnya masyarakat melihat komplot pakatan tersebut diketuai oleh PKR dengan bantuan dukungan kuasa disebalik tabir yang diterajui oleh DAP.

Sementara PAS pula kekal tarafnya sejak dulu hingga sekarang sebagai balaci merangkap barua paling setia kepada DAP dan PKR.

Pentingnya peranan PAS dalam gerombolan komplot pakatan tersebut boleh digambarkan seperti berikut, "tanpa PAS di sisi, bermakna sukarlah dicari ganti para barua yang setia mengikut kehendak ketua dan pendukungnya".

Itu identiti PAS semenjak berkomplot bersama DAP dan PKR yang sudah sebati dihayati oleh pemimpin dan penyokongnya. 

Setia dan sanggup menurut apa saja kemahuan ketuanya hatta kalau disuruh untuk meniarap atas jalanraya pun sanggup dilakukannya.

Namun kini PAS menyedari statusnya sebagai balaci dan barua bukannya membawa kebaikan melainkan lebih menjahanamkan lagi identitinya sebagai sebuah parti politik yang sepatutnya memiliki jati diri sendiri, maka PAS cuba merubah persepsi umum.

Disebabkan itulah beberapa bulan kebelakangan ini, pemimpin PAS banyak bercakap perihal tulang belakang dan cuba menunjuk kekuatan melalui kerahan perhimpunan dan segalanya dilakukan untuk mengikis identitinya sebagai balaci dan barua DAP.

Selepas kalimah Allah s.w.t digadai, stelah prinsip negara Islam dicampak ke longkang, setelah ranap akidah berpuluh muslim dan selepas jahanam anak bangsa dek kerana penangan LGBT, baru PAS cuba keluar dari tugasan sebagai balaci DAP ???

Masalahnya, sama ada persepsi umum mahupun identiti hakiki PAS, sudah termaktub sukar untuk dikikis selagi para pimpinan PAS cuma berani seketika untuk tunjuk lagak kemudian terus menikus tunduk mengikut kehendak DAP setelah dihentam dan di brainwash dalam mesyuarat tertinggi.

Mahu tidak mahu, PAS perlu terima hakikat yang tersurat, tidak kira berapa banyak tulang belakang sotong mahu ditukar ganti oleh pemimpin PAS, realiti tetap realiti, PAS tetap balaci dan barua DAP.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??