Monday 6 August 2012

SURAT TERBUKA BEKAS STUDENT UNISEL !!! MAMPOS KHALID !!!


Sejak akhir-akhir ni banyak cerita yang tak enak di dengar pasal UNISEL.. 
Well, aku sebagai Uniselian memang rasa agak tak tenteram bila terdengar berita yang buruk tentang UNISEL..

Semuanya gara-gara politik, nama baik UNISEL agak tercemar.. Bermula dari PTPTN, sehinggalah banyak khabar angin yang mengatakan UNISEL bakal tutup kerana bankrap.. Usahkan mulut orang luar dan media massa yang menyebarkan khabar angin, malah pelajar UNISEL juga turut menyumpah seranah atas pentadbiran UNISEL yang sering dikatakan makan duit pelajar tanpa memikirkan masalah para pelajar.. Sepanjang aku belajar di UNISEL selama 2 tahun ni, memang masalah utama yg selalu timbul adalah tentang yuran.. Memang aku sebagai pelajar mengaku, sistem pengurusan untuk yuran di UNISEL memang membuatkan pelajar jadi bingung.. Tak terkecuali aku sendiri pon mengalaminya..

Masalah yang terbaru menimpa UNISEL ketika ini adalah mengenai asramanya.. Sepatutnya ofis Jana Niaga (syarikat utk asrama UNISEL) bukak 1-3 Ogos.. Tetapi, tanpa khabar berita yang penuh, ofis terpaksa ditutup pada hari ini (3 Ogos) dan menyebabkan pelajar-pelajar yang ingin mengambil kunci asrama pada hari ini berasa sangat marah.. Sehingga kini, aku sendiri tak tahu apa punca ofis Jana Niaga ditutup.. Kesian pada para pelajar yang datang dari jauh utk mengambil kunci dan terus stay di asrama.. Apa-apa pun, nasib baik aku dah ambek kunci semalam walaupun terpaksa pinjam duit BF utk bayar deposit asrama sebanyak RM200 sebelum ambil kunci..okey disini aku berasa UNISEL sangat kejam kepada student sebab sebelum ni, tanpa bayar deposit pelajar masih boleh ambil kunci.. haiyaaaa!

Selain dari masalah kewangan, sebenarnya UNISEL sangat terbaik dari segi pembelajarannya.. Disamping menyediakan tempat yang kondusif dan kemudahan yang sangat baik, UNISEL juga menyediakan tempat penginapan yang selesa dan juga mempunyai pemandangan yang cantik dan menenangkan (walaupun suhu selalu panas..huhu)

Apa-apapun, aku tetap sayang UNISEL walaupun aku selalu mengeluh dengan sistem pentadbirannya..:P

Laporan sebelum ini menyebut:

Dianggarkan lebih 3,000 pelajar Universiti Selangor (Unisel) bakal berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing bermula esok.

Masalah itu berlaku kerana Unisel tidak melunaskan kos pengurusan kolej kediaman kepada pihak syarikat konsesi sejak 15 bulan bagi pembayaran kampus induk dan tujuh bulan pengurusan asrama.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh pihak pengurusan Unisel setelah mereka berhasrat untuk mengkaji semula perjanjian pakej konsesi Bina, Kendali, Pindah (BOT) kerana ia tidak memihak kepada universiti itu.

''Kajian semula yang ingin dilaksanakan Unisel terhadap konsesi BOT itu difahamkan antaranya termasuk pengurangan kadar yuran asrama.

''Namun, dikatakan pihak pengurusan kolej-kolej kediaman tidak bersetuju dengan cadangan tersebut atas alasan mereka turut menanggung kos yang tinggi dalam mengendalikan tempat itu termasuklah dari segi penyelenggaraan," kata sumber tersebut kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor (Unisel), Mohd. Jefri Abu Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai masalah tersebut pada pagi ini.

Katanya, pihaknya mendapat maklumat ada para pelajar yang baru berdaftar mengadu tidak dapat masuk ke kolej kediaman kerana pejabat pengurusan kolej ditutup.

"Setakat ini, kita belum menerima penjelasan rasmi daripada pentadbiran Unisel.

"Namun, buat masa ini kita sedang bekerjasama dengan pihak pengurusan universiti untuk mencari penempatan alternatif para pelajar terlibat di kawasan sekitar kampus," ujarnya yang menyatakan masalah tersebut hanya berlaku di Unisel Kampus Bestari Jaya sahaja.

Dalam pada itu, sumber berkenaan menambah, tindakan pihak pengurusan kolej-kolej kediaman enggan membenarkan para pelajar masuk ke tempat tinggal masing-masing turut akan menimbulkan kesukaran kepada pelajar yang mula berdaftar untuk sesi baru Unisel nanti.

Difahamkan para pekerja konsesi kolej kediaman tersebut sudah tidak datang bekerja kerana syarikat masih belum membayar gaji berpunca daripada kegagalan pihak Unisel membuat pembayaran berkaitan.

Ekoran masalah itu, para pekerja berkenaan kini berhadapan masalah kewangan dan lebih menyedihkan apabila sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.

Naib Canselor Unisel, Profesor Dr. Anuar Ahmad gagal dihubungi untuk mengesahkan perkara tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kedudukan terperinci kewangan Unisel.

Menurut Noh, pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian.

Selain dakwaan mengalami kerugian, Unisel turut dilaporkan bakal menjadi projek gajah putih ekoran terlalu banyak campur tangan politik setelah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengambil alih pentadbiran universiti itu.

Keadaan itu dikatakan bakal berikutan tindakan Abdul Khalid melantik individu yang terlibat dalam politik sebagai Lembaga Pengarah Unisel, sekali gus dilihat banyak mempengaruhi tindakan dan keputusan universiti itu.

Sumber : KGC


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??