Monday 14 January 2013

AMUKAN SEKOLAH PONDOK KELANTAN !!! NIK AZIZ TALI BARUT DAP KECUT PERUT !!!



Gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya kalimah Allah dibenarkan digunakan dalam kitab Injil versi bahasa Melayu dan sokongan pemimpin pembangkang terhadap gesaan itu terus mendapat tentangan keras umat Islam negara ini.

Terbaharu kira-kira 100 guru agama dari beberapa buah sekolah pondok di Kelantan yang menganggotai badan bukan kerajaan (NGO), Minda Pondok membuat laporan di Balai Polis Binjai di sini bagi menentang gesaan tersebut.

Anggota Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas ke atas Guan Eng serta pemimpin Islam yang menyokong cadangan penggunaan Kalimah Allah dalam Injil versi bahasa Melayu tersebut.

“Isu ini mengguris perasaan umat Islam dan tidak sepatutnya berbangkit selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah dan Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Disember 1981 juga mengambil tindakan sama,”katanya di sini.

Mohd. Syamsul berkata, Minda Pondok bimbang sekiranya isu itu tidak ditangani dengan baik boleh menimbulkan ketegangan dan huru-hara di negara ini berikutan rakyatnya yang berbilang kaum dan menganuti pelbagai agama. - mynewshub


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??