Monday 14 January 2013

SI TOKONG PULAU PINANG NI DAH NAK MELINGKUP !!!



Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak boleh diharapkan untuk terus mentadbir negeri ini kerana tidak mempunyai perancangan untuk masa depan negeri ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow.

Beliau berkata perkara itu dapat dilihat apabila kerajaan negeri merancang sesuatu program pembangunan itu hanya selepas kerajaan BN mengumumkan sesuatu program atau rancangan pembangunan untuk rakyat Pulau Pinang.

“Kebelakangan ini banyak projek diumumkan kerajaan negeri susulan dari apa yang BN rancang. Bila kita rancang nak bina 20,000 unit rumah mampu milik, mereka (kerajaan negeri) tiba-tiba umum akan bina rumah mampu milik di Jalan Sungai.

“Masa kita umum akan bina sekolah Tamil di Bagan, Butterworth baru-baru ini, mereka pun ikut tawarkan tanah untuk bina sekolah Tamil. Sama juga masa kita hendak bina jambatan kedua dahulu, mereka buat pengumuman mahu buat terowong bawah laut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Rakyat anjuran Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut di sini, Ahad.

Teng berkata perkara itu jelas membuktikan kerajaan negeri pimpinan DAP tidak boleh diharap untuk terus mentadbir Pulau Pinang kerana mereka tiada perancangan masa depan.

Beliau berkata jika kerajaan negeri mempunyai kesedaran dan ikhlas dalam membela kepentingan rakyat mereka tidak seharusnya mengambil sikap menunggu dan mengalihkan tanggungjawab kepada pihak lain.

“Kita tak perlulah dilaga-lagakan untuk buat semua itu (projek pembangunan rakyat).

“Kerajaan negeri ada unit perancang pembangunan sendiri, mereka tidak boleh terus bertindak sedemikian,” katanya.

Terdahulu, Teng menyampaikan bantuan beg sekolah dan set alat tulis kepada 250 murid melibatkan tujuh sekolah kebangsaan sekitar Bayan Lepas. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??