Saturday, 12 January 2013

LAGI !!! AHLI TEGAR PAS KELUAR PARTI SOKONG BN !!!



Kira-kira 200 penyokong tegar PAS di Kampung Pauh Dua, Kubang Kerian di sini mengisytiharkan keluar dari parti itu hari ini kerana menyifatkan ia telah lari dari matlamat asalnya.

Kumpulan itu yang diketuai Shafiei Peli, 46, mengumumkan menyertai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP) dan menyerahkan borang keanggotaan mereka kepada Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.

Shafei yang sebelum ini merupakan Anggota Jawatankuasa PAS cawangan kampung berkenaan berkata PAS selama ini telah menipu para penyokongnya menerusi slogan parti Islam.

"Selama ini kami ingat PAS boleh menegakkan Islam dan membantu bangsa Melayu. Rupa-rupanya kami silap kerana parti yang kami sokong selama ini memperdaya kami.

"Akhirnya kami membuat keputusan hanya kerajaan BN sahaja yang boleh membantu bangsa Melayu dan Islam," katanya yang telah 10 tahun menyertai PAS.

Beliau berkata walaupun menyertai PPP, mereka yakin mampu membantu BN untuk menang di Kelantan pada pilihan raya umum nanti.

Nik Sapeia yang juga Pengerusi PPP Kelantan dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan berkata tindakan keluar parti itu mencerminkan kegagalan PAS untuk mendaulatkan Islam dan memartabatkan Melayu terutama di Kelantan.

"PAS sudah rosak kerana bergabung dengan PKR dan DAP yang sanggup menjadi kuda tunggangan pihak lain yang meremukkan hati bangsa Melayu dan Islam," katanya sambil menambah beliau menjangkakan lebih ramai penyokong PAS akan keluar parti dan menyertai parti komponen BN di Kelantan. - Bernama


No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??