Wednesday 16 January 2013

PAS DAN U-TURN TAK DAPAT DIPISAHKAN !!! APA KATA MAJLIS SYURA BERKAITAN AMANAT SESAT HADI ?!!



Isu Kalimah Allah akhirnya selesai dengan semua pihak sependapat iaitu, ia tidak boleh sama sekali digunakan dalam kitab dan risalah agama lain.  

Walaupun sebelum ini PAS mengambil pendirian bertentangan, tetapi kembali rasional setelah Majlis Syura bersidang dan memutuskan bahawa Kalimah Allah adalah ekslusif dan tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan agama lain.  

Seperti biasa, PAS menegaskan konon mereka sentiasa konsisten dan tidak pernah membuat U-turn walaupun kenyataan-kenyataan rasmi pemimpin PAS beberapa tahun kebelakangan sejak isu ini mula timbul, membuktikan pendirian flip-flop PAS.   

Alasan kononnya PAS hanya bersetuju sebelum ini dengan syarat Kalimah tersebut tidak disalahguna, adalah alasan dangkal untuk menutup malu.  

Tidak mungkin selama ini PAS menyangka yang puak Kristian ingin menggunakan Kalimah Allah untuk merujuk kepada Allah SWT yang Maha Esa, pencipta sekalian alam.   

Tidak mungkin PAS menyangka yang Kristian percaya pada Allah SWT dan tidak akan menyalahgunakan nama ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.    

Apa yang berlaku menunjukkan kegagalan PAS menangani isu agama di mana ketika PAS menyokong penggunaan Kalimah tersebut oleh agama lain, pemimpin PAS tidak pula terlebih dahulu merujuk kepada Majlis Syura tetapi hanya terus membuat kenyataan mengikut sesedap rasa.   

Keputusan Majlis Syura PAS menunjukkan yang masih ada harapan bagi PAS untuk kembali ke pangkal jalan.  

Sesungguhnya, PAS telah tersasar jauh kerana memberi kuasa mutlak kepada pemimpin tertinggi membuat apa jua keputusan dan kenyataan dalam isu agama.   

Bagaikan seorang Pope Kristian, pemimpin tertinggi PAS diangkat mengatasi manusia biasa, Majlis Syura, Jawatankuasa Fatwa dan mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, mengatasi Sheikhul Azhar juga.   

Tindakan inilah yang menjadikan mereka riak dan takbur serta tersesat jauh dalam mempertahankan ego masing-masing.  

Ego pemimpin-pemimpin PAS telah banyak merosakkan ummah selama ini.   

Oleh itu, walaupun isu Kalimah Allah selesai tetapi Majlis Syura PAS tidak wajar untuk merasa lega.  

Ini kerana masih terdapat isu lain yang sama berat dengannya yang masih belum selesai hanya kerana ego pemimpin PAS yang terlalu tinggi.  

Isunya tidak lain tidak bukan adalah isu Amanat Haji Hadi.  

Hari ini, nampaknya Hadi cuba membayangkan seolah-olah beliau tidak pernah menuduh UMNO kafir.  

Tetapi, dalam Muktamar PAS yang baru lalu, pemimpin PAS terus bermain kata-kata dan memberi gambaran seolah-olah UMNO itu murtad yakni kafir.   

Walaupun tidak secara langsung, tetapi ia membawa kepada pemahaman yang sama.  

Walaupun PAS cuba mengelak dengan alasan isu ini telah basi dan terkubur bersama pejuang Memali di tahun 1980-an, namun itu hanyalah cakap-cakap Hadi untuk memujuk perasaan bersalah di dalam dirinya.   

Tidak apa jika isu ini hanya melibatkan Hadi seorang.  

Malangnya, ia tidak semudah itu, kerana ia melibatkan begitu ramai umat Islam dari beberapa generasi selama lebih 2 dekad.  

Sehingga ke hari ini,  masih ada yang enggan bersolat berimamkan orang UMNO.   

Jika melihat dari segi positif, tidak apalah kerana mereka mungkin masih punya peluang menyedari kesilapan dan bertaubat sebelum mati.  

Tetapi, bagaimana yang telah meninggal dunia dalam keadaan mengkafirkan atau dikafirkan ibu bapa sendiri ???  

Bagaimana yang telah meninggal dunia dalam keadaan tidak dimandikan konon ‘syahid’ sebab menentang kerajaan Islam UMNO yang hakikatnya tidak pernah menentang Islam pun ???  

Jika Hadi berkata beliau tidak pernah mengkafirkan UMNO, kenapakah tragedi ini semua terjadi ???   

Salah siapa ???   

Apakah salah mereka sendiri kerana tersalah faham amanatnya ???  

Memandangkan Hadi enggan bertanggungjawab, maka Majlis Syura PAS wajar memikul tanggungjawab ini bagi menghapuskan kekeliruan dan mengembalikan pemahaman penyokong mereka yang terbabit, ke landasan yang betul.   

Tiada siapa lagi yang dapat menghentikan kegilaan mengkafirkan sesama Islam ini selain Majlis Syura PAS kerana jelas Hadi tidak punya kekuatan yang cukup untuk mengorbankan egonya.   

Ulama UMNO atau mana-mana Ulama luar tidak mampu membantu kerana suara mereka tidak laku dalam komuniti PAS.  

Hanya Majlis Syura sahaja harapan kita untuk meletakkan noktah kepada kegilaan yang ditimbulkan oleh Amanat Haji Hadi.   

Masalah mereka yang meninggal dunia tanpa dimandikan atau meninggal dalam keadaan dikafirkan sanak saudara dan keluarga sendiri pula, bolehlah diuruskan selepas Majlis Syura membuat keputusan.  

Apakah Majlis Syura juga tidak punya cukup kekuatan untuk bersemuka dengan ego Hadi ???  

Apakah air muka Hadi lebih penting dari ummah dan akidah ???  

Apakah politik lebih penting dari agama ???




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??