Friday 5 April 2013

JATUHNYA KEDAH KEMBALI KEPADA BN SAMA SEPERTI JATUHNYA AZIZAN TERGOLEK NAK BUBAR DUN !!!



Kes Azizan yang jatuh tergolek aku dah cerita semalam DISINI, hari ni aku ingin kongsi cerita tentang satu hasil kaji selidik.


Hasil kaji selidik yang dilakukan oleh Merdeka Centre ‘For Opinion Research’ baru-baru, ini menunjukkan kerajaan negeri Kedah berkemungkinan besar akan dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang akan datang. 

Ia ekoran dari kembalinya sokongan pengundi Melayu dan Cina sebanyak 6 peratus kepada BN.

Walaupun ramai yang berpendapat ia mungkin disebabkan oleh perpecahan yang sedang melanda kepimpinan Pas negeri, namun secara hakikatnya ia adalah disebabkan oleh kelemahan pentadbiran Pas Kedah dalam mengurus tadbir negeri jelapang padi itu. 

Maka atas faktor itu, telah mengembalikan semula keyakinan rayat untuk menyerahkan kembali tampuk pemerintahan kerajaan negeri kepada BN. 

Malah Pas Kedah di bawah, Menteri Besar, Azizan Razak dilihat seolah-olah telah tahu akan kelemahan sendiri apabila melihat gelombang kebangkitan rakyat yang telah mula menunjukkan semula sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seorang pemimpin PAS Kedah dilaporkan berkata, kemungkinan punca kemerosotan sokongan Cina itu disebabkan kedudukan kesihatan Azizan yang menurutnya menambah tanggapan masyarakat bahawa kerajaan negeri tidak stabil.

Malah dia turut mengatakan, sokongan pengundi Melayu terhadap pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum 2008 juga tidak berapa kukuh. 

Ia berdasarkan kepada kemenangan tipis parti komponen seperti Pas, DAP dan PKR semasa pilihan raya lepas.

“Sebagai contoh, di kerusi negeri Tanjung Dawai, kami hanya menang seratus undi,” kata pemimpin Pas itu yang enggan namanya disiarkan.

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian menggariskan tiga faktor yang mungkin menyebabkan kekalahan kerajaan PR Kedah. 

Iaitu pembayaran tunai RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, terdapatnya isu dalaman dalam kerajaan negeri, seperti penyampaian perkhidmatan. 

Seterusnya pendekatan yang diguna pakai oleh Datuk Seri Najib untuk menurunkan calon baru dilihat mula menarik balik kepercayaan pengundi.

Walaupun gendang pilihan raya telah dipalu, kerajaan negeri pimpinan Azizan dilihat begitu lembap dan menyusun kembali jentera di peringkat akar umbi, malah sehingga kini, Pas Kedah masih gagal mengeluarkan manifesto.

“Kalau takdak manifesto, pasaipa pulak kami nak undi hangpa lagi?” menurut salah seorang warga Kedah penduduk yang ditemui.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mengatakan Azizan telah terlalu tua dan uzur untuk terus mengetuai kerajaan negeri, malah ekoran masalah kesihatan dia juga dikatakan selalu sakit sehingga dilihat gagal memberikan sepenuh tumpuan untuk memajukan Kedah.

Lebih membanggakan, BN Kedah pula ketika ini dlihat berada di tahap persediaan tertinggi dalam misi untuk merampas kembali negeri tersebut. 

Unsur masalah dalaman dan sabotaj seperti yang berlaku dalam pilihan raya lalu dilihat telah berjaya diselesaikan.

Satu fakta yang harus difahami ialah pembangkang tidaklah sekuat mana di Kedah dan senario 2008 tidak lagi menghantui BN sehingga memungkinkan rakyat akan terus menolak parti itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??