SEPERTI yang umum ketahui, kawasan FELDA Sahabat di Lahad Datu adalah antara kawasan utama insiden pencerobohan pengganas Kiram.
Malah, sebahagian besar penghuni dewan penempatan sementara mangsa pencerobohan adalah warga FELDA Sahabat.
Penduduk warga FELDA ini, hidup dalam ketakutan dan kehuru-haraan, namun kecekapan pasukan keselamatan kita yang terdiri dari PDRM dan 3 sayap ATM melegakan penduduk.
Rumah-rumah penduduk ranap dalam serangan pengganas Kiram ini, tanaman sawit musnah, harta benda terabai demi mengutamakan keselamatan.
Selain itu, insiden berdarah ini turut menyaksikan terkorbannya 10 orang anggota keselamatan kita, gugur syahid demi pertahankan kedaulatan bumi Sabah.
Kita juga dapat melihat keprihatinan rakyat Malaysia dengan banyaknya anjuran tabung wira Lahad Datu ini dari pelbagai pihak.
Majoriti rakyat Malaysia memberikan sumbangan mereka termasuklah warga FELDA dari kawasan lain yang menganjurkan kutipan tabung untuk meringankan beban ahli keluarga yang kehilangan suami, ayah dan anak ini.
Tidak dilupakan juga, tertubuhnya tabung untuk membantu warga FELDA Sahabat yang hidup dalam keporak-perandaan.
Namun, sehingga ke hari ini, dimana Mazlan Aliman dan pertubuhan ANAKnya ?
Kita sedia maklum bahawa kem pembangkang cukup membenci pasukan keselamatan terutamanya PDRM.
Malah, didalam ceramah berapi pemimpin pembangkang sepanjang peristiwa berdarah Lahad Datu ini juga menyaksikan bagaimana pemimpin pembangkang seperti Tian Chua dan Nurul Izzah menghina anggota keselamatan yang gugur.
Jadi, penulis tidaklah mengharapkan puak pembangkang ini membuat kutipan untuk Tabung Wira Lahad Datu, atau pemimpin mereka sendiri untuk menyumbang kepada keluarga wira-wira Lahad Datu yang gugur berkenaan.
Tetapi, sekurang-kurangnya teringinlah juga penulis melihat Mazlan dan pertubuhan ANAKnya mengumpul dana bagi membantu para peneroka dan penduduk di FELDA Sahabat.
Bukankah mereka melaungkan bahawa hanya merekalah pejuang bagi warga FELDA ?
Tetapi, menghampakan…
Hanya Tan Sri Isa Samad dan FELDA serta rangkaiannya yang membela nasib warga peneroka FELDA Sahabat yang ditimpa musibah ini.
Malah Isa telah pun mengumumkan akan memberikan pembelaan wajar kepada semua warga FELDA Sahabat yang terjejas akibat dari pencerobohan pengganas Kiram ini.
Ketika ini, Mazlan dan ANAK umpama lenyap ditelan bumi !
Dimana suara-suara lantang mereka ?
Pada peneroka FELDA keseluruhannya, mereka menganggap kehilangan misteri Mazlan Aliman dan ANAK itu umpama berkubur tanpa liang.
Tiada tak berkurang dan adanya tidak menambah.
Begitulah pendapat majoriti warga FELDA terhadap kehilangan Mazlan.
Hilangnya Mazlan dan ANAK seolah hilang dibedil mortar pasukan keselamatan, hilang tanpa jejak !
Jika tidak, merekalah yang rajin masuk ke kawasan FELDA untuk menghasut para peneroka membenci Kerajaan dan FELDA, mereka laungkan bahawa warga FELDA perlu dibela nasibnya.
Apa yang nak dibela tu tak tahulah penulis, kerana dari awal lagi generasi pertama yang membuka FELDA ini telah banyak dibantu Kerajaan dan FELDA sendiri.
Sehingga kini ‘nasib’ warga peneroka FELDA ini semakin bertambah baik, sehingga dicemburui dunia besar yang mahu mengikut jejak langkah Malaysia melaksanakan FELDA.
Tetapi, ada juga warga peneroka yang tak kenang dek untung, bukan tiada.
Cuma bilangannya terlalu kecil.
Tidak tahukah Mazlan bahawa warga FELDA Sahabat hari ini memerlukan pembelaan ‘nasib’ mereka ?
Dimanakah perjuangan ‘nasib’ warga peneroka FELDA hari ini ketika amat memerlukan ?
Apakah Mazlan hanya akan muncul semula di kawasan FELDA terutama FELDA Sahabat hanya selepas kehidupan mereka pulih kembali atas usaha Kerajaan dan FELDA ?
Datangnya hanya untuk mengambil kesempatan sahaja !
[ SUMBER ]
No comments:
Post a Comment