Saturday 6 April 2013

#PRU13 - ANAK NIK AJIZ TAK ADA "EGG" PUN SALAH UMNO DAN BN ?!!



Bila aku katakan puak pakatan haram ni parti yang mengamalkan 'nepotisme' maka, mulalah pencacai pengangkut najis mereka berteriak !!!


Malah mereka-mereka yang kufur nikmat ini sebaliknya menyalahkan pula BN dan UMNO.

Apa kejadahnya menyalahkan BN dan UMNO bila parti pembangkang yang mengamalkan 'nepotisme' atau 'kronisme' !!!

Bodoh tak boleh diajar malah pandai yang tak boleh diikut.

Dari maklumat dalaman yang aku perolehi, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan Haram di Rantau Panjang. 

Ahli Parlimen PAS sekarang pula, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah PAS, telah dipindahkan ke Jeli. 

Tetapi dengarnya Zailah menolak pencalonannya di jeli dan ini menimbulkan masalah dalam PAS sekarang.

Di pihak PKR pula akan mencalonkan Anwar Ibrahim, isterinya Wan Azizah dan anak-anaknya Nurul Izzah dan Nurul Nuha.

DAP pula dikhabarkan akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew.  

Selain itu, Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh turut dicalonkan juga.


Dimanakah perjuangan yang Pakatan Haram laung-laungkan kononnya anti 'kronisme' dan 'nepotisme' ???

Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat dalam perkiraan Nik Aziz sehingga mengenepikan Ahli Parlimen sedia ada demi untuk mengekalkan kuasa anak beranak. 

Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat sekian lama dihantar ke kawasan “hitam” PAS iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. 

Inikah makna rakyat biasa diutamakan ???

Aku diberitahu bahawa wujud pergolakan dalaman PAS Kelantan sekarang kerana pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang timbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof.

Apa tujuan Nik Aziz berbuat demikian ?!!

PAS dan Nik Aziz meletakkan calon wanita separuh hati sekadar untuk mengelabui mata orang ramai.  

Sebab itu calon wanita diberi kawasan yang PAS jangka akan kalah teruk. 

Giler ke Zailah nak bertanding lawan Tok Pa ?!!

Nampak sangat PAS ingin menyingkirkan Zailah secara 'profesional' !!!

Kalau anak Nik Aziz jantan dan 'bertelor' mengapa tidak bertanding di Jeli lawan Tok Pa ?!!

Apa punya parti lah PAS ni, kawasan ada peluang menang hantar anak beranak, kawasan yang dah 'confirm' kalah mereka hantar calon wanita !!! 

Dengar ceritanya, Zailah enggan bertanding di Jeli kerana dia cukup tahu bahawa dia tidak akan menang melawan Tok Pa.

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal ???

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. 

Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang  dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya ke ???

Pakatan Rakyat memang parti anak beranak dan wajib ditolak !!! 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??