Saturday 6 April 2013

TUN M SOKONG IBRAHIM ALI !!! DUA-DUA PEGANG RAHSIA BESAR PAKATAN HARAM !!! #PRU13



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya membantu kempen Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas sekiranya beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.


Beliau berharap, BN akan membuka laluan kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas yang telah banyak berjasa kepada BN melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

"Dia tubuh Perkasa bukan untuk bertanding tapi sokong BN, Perkasa juga berjaya mengumpul 400,000 keahlian sehingga kini yang mungkin lebih banyak daripada Pas.

"Pada saya, dia tidak buat sesuatu untuk kepentingan diri... kalau ada banyak orang macam Ibrahim, pasti Malaysia akan selamat. Saya harap BN akan bagi tempat pada Ibrahim," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di sini hari ini.

Untuk rekod pada pilihan raya umum lalu, Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas menang kerusi Parlimen Pasir Mas menewaskan calon BN, Ahmad Rosdi Mahamad dengan majoriti 8,991. - UTUSAN


1 comment:

  1. awang brp korscer12 April 2013 at 17:50

    salam tun mahathir--saya rasa tun sudah out of date dalam hal pilihanraya terkini.berilah peluang pada ds najib utk menyusun bala tenteranya dgn menteri-menteri bn sahaja.ds najib pun bukan calang-calang pemimpin.langkahnya lebih baik dr tun sendiri-ibrahim ali biarlah dia dgn labunya sendiri.permainan tun dgn menggunakan isu perkauman bleh membawa kpda perpecahan kaum yg besar.ianya mungkin berlaku dgn kata -kata tun yg penuh dgn maksud disebaliknya.rasanya tun cuba mengalihkan perhatian tentang kes membawa masuk pendatang sulu ke malaysia secara haram.pikir-pikirlah sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??