Thursday 31 January 2013

WILLIAM HANYA "BANGKAI" YANG DUHURUNGI SI HERING - NIZAR !!! BAHALOL YB PAS NI !!!


Terkesima aku baca ayat si Nizar sial ni.

Kalau dulu dipajaknya tanah di Perak ni sampai 999 tahun.

Lepas tu dalam dewan DUN Perak penuh bangga mengatakan tak ada dalam mana-mana manifesto PAS yang nak menubuhkan negara Islam.

Sekarang ni mulut celuparnya disambung dengan jari pengko si babi ni mengatakan adik William yang hilang dan kemudian ditemui mati adalah "BANGKAI" !!!

Apa punya bahalol la YB ADUN Pasir Panjang ni !!!


Di dalam beberapa ahli keluarga dan rakyat Malaysia yang bersedih dan simpati dengan kejadian yang menimpa adik William. 

Bekas MB Perak si CELAKA tak bertamadun haramjadah sengaja mahu membangkitkan kemarahan rakyat dengan mempolitikkan isu kematian adik William dengan sumbangan simpati dari BN. 

Malah dengan nada kurang ajar dalam tweeternya, Nizar Celaka Tahik Babi ni turut menggelar mendiang adik William sebagai CARCASS, 'bangkai mereput' dan ahli BN yang memberi sumbangan sebagai penghurung bangkai mereput. 

Untuk pengetahuan Nizar Haramjadah, yang lu sebut BANGKAI tu MASUK SYURGA DAHULU daripada LU bodoh. 

Selanjutnya... BACA SINI la sendiri...


BAKAL PERMAISURI BARU BRUNEI BEKAS ISTERI VVIP MALAYSIA ?!!


Deru angin yang baru reda, kembali bertiup kencang membadai lagi keheningan istana Brunei. 

Bermulanya ceritera bakal tuan permaisuri terus disajikan kemewahan demi kemewahan walaupun belum pasti adakah sang Raja akan menyuntingnya sebagai penyeri.

Duka nestapa bekas isteri lama masih terasa. 

Tambah pedih tatkala mendapat tahu rakan karib bakal mengisi kekosongan yang ada. 

Bumi mana tak ditimpa hujan, lautan mana yang tak bergelora, begitu juga dirinya yang tak lekang dari salah dan dosa. 

Akur dengan kesilapan yang dilakukan malah hukuman telah pun diterima. 

Namun darah yang mengalir di tubuh anak-anaknya juga adalah darahnya. 

Mengapa hukuman tak pernah padam. 

Mengapa harus dijauhkan hubungan kasih seorang ibu dengan anaknya dengan cara yang halus.


Foto : Azrinaz Mazhar bekas isteri Sultan Brunei

Ketika hati bekas isteri terus berkecamuk, sang Raja lena dibuai cinta lama yang kini makin berbunga-bunga di jiwa. 

Perkhabaran yang dibisikkan ditelinga, bakal permaisuri bersama-sama sang Raja bersantap mewah dan penuh romantik di kota metropolitan, London. 

Kembang kuncup, kembang kuncup hidung bakal permaisuri menerima penghormatan sedemikian rupa. 

Penghormatan yang tak pernah diterimanya selama menjadi isteri tercinta seorang aristokrat ternama. 

Bukan hanya bersantap kosong, disajikan pula dengan hadiah yang tak ternilai membuatkan bakal permaisuri terkedu dan meronta-ronta meminta agar disunting dengan kadar segera.

Benarlah keluhan yang didengar dari pihak bekas suami bakal permaisuri, beliau memang gilakan harta. 

Perkahwinan pertamanya bukanlah dengan orang sebarangan, bak kata orang apa yang kita mimpi esoknya boleh di realitikan. 

Bahagia bukan matlamat mendirikan gerbang hidup bersama, namun banyak mana harta yang boleh dikumpul selagi hayat dikandung badan.


Derhaka kepada suami tidaklah dosa. 

Maka tinggallah suami... tinggallah anak... tinggallah saudara demi gerbang mahligai yang lebih indah menanti di sana.

Wahai sang Raja yang bijaksana, jernihkanlah kekeruhan yang melanda. 

Patik, pacal yang kecil sekadar ingin penjelasan, apakah benar santapan mewah di kota London bersama bakal permaisuri, juga merupakan acara melamar gaya mat saleh ??? 

Apakah benar kasih ibu dan anaknya hendak dipisahkan ??? 

Moga penjelasan dari istana Brunei kelak menjawab teka-teki yang bermain selama ini. 

Lagi gambar dan story... Baca kat SINI...


WARTAWAN MEDIA PRIMA MENYAMUN DI SEREMBAN !!!


Perghhh... Giler...!!!

Sekarang ni, sedang circulated info pasal mamat dalam foto diatas ni.

Syarikat Media Prima guna pass/kad media berwarna putih ke ???

Setahu I4TT lah, kad media untuk syarikat adalah berwarna biru manakala kad media  bagi petugas media jabatan kerajaan pula berwarna hijau.

Sorrylah, I4TT tak boleh nak letak contoh kat sini, nanti lagi banyak kad palsu yang keluar.

Anyway, berbalik semula kisah mamat ni la, mamat ni sedang dicari untuk dihantar ke balai polis kerana menyamar untuk menyamun.

Dikhabarkan mamat ni memang aktif gila buat kerja penipuan dan penyamaran dengan menyamar sebagai wartawan/petugas media di syarikat Media Prima (TV3, TV9, NTV7).

I4TT diberitahu oleh sumber, mamat ni sedang giat memperdayakan ramai remaja yang berumur antara 17 hingga 25 tahun. 

Juga dikatakan dia menggunakan ilmu hitam atau orang selalu sebut 'ilmu pukau' untuk memperdayakan mangsa.

'Modus Operandi' Mamat ni adalah dengan menyamar sebagai wartawan dan mendekati mangsa dengan alasan kononnya untuk menjalankan interview dan diwawancara sebagai bahan berita.

Setakat ini, 8 telefon bimbit dan sebuah kamera DSLR Nikon berjaya disamun.

Mamat ni aktif menjalankan kerja-kerja haram ni di area Seremban, Negeri Sembilan.

Mangsa-mangsanya juga 'terkena' di Terminal One.

I4TT difahamkan laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis Seremban 2.

So, kalau korang ada ternampak mamat ni, jangan kasi lepas.

Pakat-pakat lah hantar mamat ni ke balai polis berdekatan ok.

Jangan lupa share info ni pada kawan-kawan dan saudara-mara, dengan ini dapat mengelakkan mereka jadi mangsa pukau dan samun macam ni.


VIDEO FILEM PENDEK SERAM !!! SEORANG PELAKONNYA USTAZ KAUNSELING 3 PAGI !!!


Cerita seram, ganas... Tapi entah kenapa aku asyik tergelak.

Mungkin sebab pelakonnya kot... Hahahaha....



VIDEO : LAWAK SENGAL NUAR GREASE STYLE !!! BUKAN GANGNAM YE !!!





PAS HANYA PENUH HASAD DENGKI !!! SESAT !!!



Kunjungan Perdana Menteri ke Palestine baru-baru ini mendapat reaksi positif rakyat Malaysia.   

Ia juga mengukuhkan lagi pandangan luar terhadap Malaysia sebagai negara yang benar-benar serius dan tidak hanya beretorik dalam memperjuangkan keamanan dunia.   

Biarpun kunjungan tersebut disambut sinis oleh pihak pembangkang, iaitu kononnya sebagai publisiti atau modal politik pilihanraya, tetapi yang penting, satu usaha ke arah keamanan telah pun berjaya dimulakan.   

Mengambilkira penderitaan penduduk Palestin dan hakikat keganasan Israel yang berlarutan sehingga berdekad-dekad, menuduh kunjungan Perdana Menteri sebagai mencari publisiti murah membuktikan yang pihak pembangkang langsung tidak prihatin, malah lemas dalam politiking merebut kuasa.  

Ini kerana kunjungan tersebut merupakan satu langkah berani di pihak Perdana Menteri dan isteri, yang nekad berkunjung ke ‘medan perang’, mengambil risiko ke atas keselamatan diri dan nyawa, demi menerima jemputan pihak Palestine yang bersungguh-sungguh meminta bantuan Malaysia untuk mencari titik kefahaman antara Hamas dan Fatah.   

Hanya dengan perdamaian kedua pihak ini maka kekuatan akan dapat dicapai bagi mempertahankan negara dan rakyat Palestine dari keganasan dan pencerobohan rejim Israel.   

Oleh itu, komitmen Dato’ Seri Najib untuk membantu saudara seagama, tidak wajar dilihat dari sudut politik semata-mata.   

Ia seharusnya dilihat sebagai isu umat Islam sejagat, isu global dan isu agama oleh semua umat Islam tanpa mengira negara atau bangsa dan jauh sekali parti politik.  

Walaubagaimanapun, pandangan sinis pembangkang ke atas usaha menyatukan parti politik di Palestine sebenarnya tidaklah menghairankan.  

Ini kerana PAS, iaitu salah satu parti di dalam Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuangkan Islam, cukup sinonim dengan perpecahan.  

Bukan kita tidak tahu bahawa antara ‘kepantangan’ di dalam PAS ialah penyatuan ummah.   

Kita juga tahu ada penyokong PAS yang rela mati memerangi saudara seagama atas apa saja alasan demi untuk melihat partinya bertakhta di Putrajaya.   

Oleh yang demikian, kita tidak hairan apabila PAS langsung tidak berkongsi harapan dan kebanggaan yang dirasai oleh rakyat Malaysia yang lainnya, atas usaha Perdana Menteri untuk menyatukan umat Islam di Palestine.  

Sikap PAS yang amat memusuhi ‘penyatuan ummah’ ini terserlah dengan pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama yang diumumkan sejurus selepas beliau pulang dari Palestine mengiringi Perdana Menteri.    

Terbuktilah sudah buat kesekian kalinya, bahawa bagi PAS, segala-galanya adalah politik, dan tiada yang lain selain politik dan politik semata-mata - termasuk nasib umat Islam Palestine.   

Justeru, tindakan Ustaz Nasha mengiringi Perdana Menteri ke Gaza, dianggap PAS sebagai tindakan membelot kepada parti.   

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Hadi Awang dalam Amanatnya yang melarang memisahkan agama dan politik iaitu; menyuruh umat Islam agar merangkumkan agama ke dalam politik sehingga politiklah yang menjadi panduan kepada agama, dan bukan sebaliknya.  

Atas pegangan inilah maka kita melihat ketika umat Islam di Palestine diserang, dan umat Islam di seluruh dunia mendoakan keselamatan mereka, PAS pula berdoa agar UMNO K.O.  

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa bukan Perdana Menteri, tetapi PASlah yang menjadikan Palestine sebagai alat politik untuk mencari publisiti semata-mata dengan menggembar-gemburkan kisah kononnya mereka turut membantu serta menyebarkan gambar-gambar bendera parti mereka yang berkibar di sana.    

Namun, tiada pemimpin PAS yang berani ataupun mampu berbuat apa-apa untuk membantu Palestine secara bersungguh-sungguh.  

Manakala, apabila ada pemimpin mereka yang berpeluang bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk berbuat demikian, seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa pula, dianggap sebagai membelot.  

Apapun, kita bangga menjadi umat Islam warga Malaysia yang mana kerajaannya cukup kukuh untuk bersuara lantang dan negaranya cukup makmur untuk menghulurkan bantuan bagi memperjuangkan keamanan, terutama di negara Islam.   

Lebih dari itu, kita juga bangga mempunyai pemimpin yang berani, bijak dan ikhlas yang tetap berjaya membawa Malaysia ke tahap ini walaupun masyarakat diancam perpecahan akibat ada di antara kita yang termakan hasutan syaitan.  


DAP CUBA BERMAIN API !!! KRISTIAN SELURUH DUNIA CERCA DAP !!!



Sebelum ini aku pernah tulis tentang hak LGBT yang mempersoalkan mengapa Islam dipandang sebagai kolot kerana membantah hak LGBT tetapi Kristian tidak diberikan tanggapan yang sama walaupun sama-sama membantah, telah 'terkena' kepada pihak yang terlibat, puak Kristian Malaysia. 

Nampaknya, Kristian Malaysia tidak mengambil pendekatan yang sama seperti Kristian di seluruh dunia, terutamanya terhadap isu seperti penggunaan Kalimah Allah bagi Bible dan juga hak LGBT.

Dan kini, persoalan yang sama masih lagi timbul di mana beratus-ratus ribu orang membuat demonstrasi di Perancis membantah hak golongan LGBT, dan terdapat tiga organisasi Kristian di Amerika Utara telah meletakkan petisyen awam untuk menghentikan Wycliffe Bible Translators, Summer Institute of Linguistics (SIL) dan Frontiers dari menghasilkan Bible yang mengandungi nama Tuhan Kristian (Father and Son) yang mempunyai terjemahan yang salah (Lord dan Messiah atau Guardian dan Proxy). 

Terdapat juga terjemahan Arab yang mengubah perkataan 'Father' kepada Allah yang dilihat oleh penganut Kristian sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia mungkin akan menyinggung umat Islam, dan juga boleh mengelirukan mereka yang baru menganut agama Islam atau Kristian.

Mengapa puak Kristian Malaysia tidak berkongsi pendapat yang sama ???

Isu penggunaan nama Allah telah lama timbul di Malaysia. 

Puak Kristian Malaysia adalah antara yang paling lantang dalam isu ini, termasuk menerima pertolongan dari DAP. 

Lim Guan Eng juga pernah menyatakan perkara ini sebagai sebahagian daripada perjuangan parti tersebut, yang kemudiannya mengundang permasalahan kepada PAS.

Hanya kerana sifat mereka yang gila kuasa, parti tersebut telah membuatkan puak Kristian percaya bahawa pluralisme adalah satu perkara yang boleh diterima, sebahagian daripada ajaran Kristian itu sendiri. 

Ini adalah masa buat semua agama di Malaysia untuk mula membezakan antara agama dan politik. 

Apabila umat Islam mempertahankan nama Allah daripada dipergunakan, ia menunjukkan bahawa mereka memperjuangkan agama, bukannya politik. 

Jadi, jika anda bencikan kerajaan Melayu-Islam, anda tidak perlu melanggar agama Kristian anda sendiri hanya untuk memberikan sokongan kepada sesiapa yang menentang pihak kerajaan.

Perkara ini tidak langsung ada kena mengena dengan hak. 

Perbuatan ini adalah salah kerana akan mengakibatkan kekeliruan. 

Mungkin ini adalah masa bagi penganut Kristian seluruh dunia untuk menggalakkan Kristian Malaysia supaya melihat kembali apa yang dituntut oleh Bible, agar kita tidak keliru dengan agama masing-masing.

Bacalah, supaya kita tidak mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak yang inginkan perpecahan antara rakyat.


NASHA MANGSA PAS YANG JUMUD ATAU NAJIB YANG PRIHATIN ?!!


Akhirnya Pas mengambil tindakan terhadap bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa dengan menggugurkan beliau daripada keanggotaan Majlis Syura Ulama parti itu.

Keputusan itu sememangnya sudah dijangka dan tidak mengejutkan hanya persoalan mengapa Pas mengambil masa begitu lama untuk bertindak ke atas Ahli Parlimen Bachok itu.

Sejak Nasharuddin kalah kepada Mohamad Sabu untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan semasa Muktamar Tahunan Pas ke 57 pada tahun 2011 dan sejak itu beliau telah banyak bermuhasabah diri mengenai isu perpaduan umat Melayu di negara ini.

Sikap Nasharuddin yang lunak dalam isu perpaduan dengan UMNO menjengkelkan malah menaikkan bulu kening pemimpin-pemimpin Pas terutamanya Murshidul Am, Nik Aziz Nik Mat.

Kepada Nik Aziz dan geng Anwarinas, Nasharruddin dilabel sebagai pengkhianat kerana berkawan dengan UMNO.

Malah heboh pada tahun 2009 isu kerajaan perpaduan yang dipelopori oleh kumpulan UG atau Unity Government yang mahukan kerjasama politik dengan UMNO demi kesatuan dan mengukuhkan posisi politik orang Melayu di Malaysia.

Nasharuddin adalah antara tokoh utama UG disamping Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tetapi malangnya Nik Aziz telah berjaya mempengaruhi pimpinan parti untuk menolak inisiatif UG.

Sejak itu Nasharuddin menggangap dirinya seperti melukut di tepi gantang, disisih oleh partinya sendiri.

Malah beliau sendiri sebagai Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Pas dikatakan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat yang diadakan.

Beliau sebaliknya menumpukan perhatian mengetuai sebuah badan swadaya yang dipanggil Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia.

Atas kapasiti itu Nasharuddin sering kelihatan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ini telah menaikkan darah Nik Aziz dan sekutu-sekutunya yang pro-Anwar atau Anwarinas.

Gambar beliau bersama Perdana Menteri di Mekah bertemu dengan ulama-ulama di kota suci itu telah menjadi heboh di kalangan ahli Pas.

Nik Aziz lebih sakit hati apabila melihat Nasharuddin menemani Datuk Seri Najib semasa lawatan sehari ke Semenanjung Gaza baru-baru ini.

Mungkin itu menjadi 'the straw that breaks the camel's back' atau penyudah kepada perbuatan 'khianat' Nasharuddin terhadap partinya, lantas beliau dikeluarkan daripada badan tertinggi penentu dasar dan halatuju parti itu.

Nik Aziz juga berang dengan Nasharuddin yang sebelum ini menggesa Pas mengkaji semula kerjasama parti itu dengan PKR dan Dap dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga berlaga angin pendirian Pakatan Rakyat dan Pengerusi Dap Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.

Tindakan ke atas Nasharuddin didakwa berlawanan dengan semangat 'jemaah' tetapi hakikatnya Pas adalah sebuah parti yang jumud dengan aliran pemikiran yang beku dan kaku.

Parti itu berlagak seperti hero Islam malah nama agama dipakai pada nama parti tetapi sebenarnya kepentingan politik Nik Aziz yang diperjuangan, bukan parti, ahli mahupun umat Islam.

Pas iri hati dan cemburu apabila melihat pemimpinnya seperti Nasharuddin bersikap bebas dan tidak terikat dengan budaya parti yang menjadikan UMNO sebagai musuh tradisi untuk selama-lamanya.

Inilah pemikiran yang dibawa oleh Nik Aziz dan dipaksa ke atas PAS menjadikan parti iaitu sebuah organisasi siyasah yang statik dan progresif.

Nasharuddin seorang pemimpin Pas yang berfikiran terbuka serta mempunyai pandangan jauh berkaitan perpaduan Islam.

Bagi beliau perbezaan pendekatan politik yang diambil oleh UMNO dan Pas tidak bermakna perpaduan tidak boleh dicapai melalui kaedah lain.

Inilah yang dilakukan olehnya apabila sanggup bersama-sama Perdana Menteri demi agenda memartabatkan kepentingan Islam.

Jika Nik Aziz berfikiran terbuka dan berlapang dada, apa salahnya Nasharuddin berganding bahu bersama pemimpin kerajaan Barisan Nasional demi perjuangan rakyat Palestin ???

Juga apa salahnya Nasharuddin menjadi perantara bagi Perdana Menteri dalam pertemuannya dengan ulama-ulama tersohor Mekah ???

Tetapi bagi Nik Aziz dan kuncu-kuncunya menganggap perbuatan Nasharuddin adalah antara dosa paling besar, malah kalau berdasarkan Amanat Haji Hadi, sudah tentu beliau boleh dijatuhkan hukum kafir !!!


ANAK RAJA MANA YANG SUDI TURUN PANGKAT IKUT TELUNJUK DAP ?!!



Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu.  

Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja.  

Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang ‘berbau’ Melayu.  

Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu.  

Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam.  

Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti.   

Alasan kononnya atas faktor ketelusan.   

Namun, tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu.  

Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja.  

Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap.  

Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya.    

Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid.   

Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU.   

Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa.  

Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya.  

Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata.  

Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti.  

Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia.  

Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP.   

Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya.  

Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total.  

Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan kepada negara.  

Sebelum memahami semua ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini.  

Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP ???

Selanjutnya... BACA SINI...

*** JIKA NAK MEROSAKKAN TANAMAN, RACUNILAH AKARNYA... JIKA NAK MEROSAKKAN BANGSA, RACUNILAH SEJARAH MEREKA ***


PAS... TAHALUF SIYASI KE BAHALUL SEJATI ???



Dalam arena politik negara ini, istilah Tahaluf Siyasi diguna pakai oleh PAS untuk bekerjasama dan bersekongkol dengan DAP bagi menumbang dan memusnahkan UMNO yang mereka jadikan musuh politik.

Tapi pada saya, kerjasama PAS dan DAP bukanlah boleh dikatakan sebagai berTahaluf Siyasi sebaliknya kerana PAS itu Bahalul Sejati.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, secara ringkas Tahaluf Siyasi boleh diterjemahkan dengan maksud kerjasama politik antara Islam dan bukan Islam.

Ada dua pendapat serta pandangan para ulamak berkaitan Tahaluf Siyasi. 

Pertama, kebanyakan ulamak mengharamkan tahaluf secara mutlak.

Manakala yang kedua, sebahagian lagi ulamak mengatakan Tahaluf Siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan dan termasuk dalam urusan pemerintah dengan syarat yang paling utama, pihak Islam hendaklah dominan dalam Tahaluf Siyasi itu.

Pandangan dan pendapat yang kedua itulah yang diguna pakai PAS dalam menghalalkan hubungan kerjasama mereka dengan DAP.

Tapi persolannya, dominan dan berkuasakah PAS keatas DAP ??? 

Bolehkah PAS dianggap berTahaluf Siyasi dengan DAP jika perkara paling utama dalam pandangan kedua yang mensyaratkan pihak Islam perlu menjadi dominan tidak mampu dilaksana dan dipenuhi oleh PAS ???

Bukan sekali dua PAS menggigil ketakutan apabila disergah DAP... tapi berkali-kali.

Bukan sekali dua juga PAS senyap menikus bila ada kalangan pemimpin DAP yang melakukan perbuatan dan membuat kenyataan yang terang-terang mengguris perasaan umat Islam.

Bahkan hingga sampai kesatu tahap PAS sanggup menghumbankan perjuangan puluhan tahun mereka yang mahu mewujudkan negara Islam kedalam lubang jamban semata-mata kerana mahu menjaga hati DAP yang amat sensitif dengan apa-apa perkara yang berkaitan Islam.

Begitu juga dengan nasib hukum hudud. 

Hudud yang telah sekian lama diperjuangkan oleh PAS dan sering pula dijadikan senjata untuk menghentam UMNO kini hanya menunggu masa untuk turut sama dihumban kedalam lubang jamban kerana DAP dari dulu hingga kini tetap konsisten menolaknya dengan keras.

Tanda-tandanya sudah pun boleh kita lihat apabila Setiausaha Agung PAS pernah mengatakan walaupun PAS mendapat suara mutlak untuk memerintah negara, undang-undang hudud bukan agenda utama yang akan dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.

Adakah membuang perjuangan untuk mewujudkan negara Islamn bukan satu kerugian pada PAS ???

Banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan PAS amat takut kepada DAP... tapi dengan muka tak tahu malu, pemimpin-pemimpin PAS masih tetap mengatakan mereka berTahaluf Siyasi dengan DAP dan DAP juga kononnya tunduk patuh kepada mereka.

Pencacai tegar mereka boleh lah pemimpin PAS kelentong dan bodoh-bodohkan kerana kita tahu tahap pandir pencacai tegar PAS bukan calang-calang. 

Mereka akan mengiyakan sahaja semua kata-kata pemimpin mereka hinggakan kalau Nik Aziz mengatakan butir-butir tahi kambing yang bewarna hitam itu elok dimakan untuk membersih hati nescaya tahi kambing amat sukar untuk ditemui dinegara kita kerana habis kesemuanya ditelan pandir-pandir didalam PAS.

Tapi umat Islam lain yang yang celik akal dan tahu menilai mana yang salah dan mana yang benar takkan boleh mereka bodoh-bodohkan.

Sekilas pandang mereka sudah tahu bahawa selama ini PAS bukan berTahaluf Siayasi dengan DAP... tapi kerjasama itu terjalin semata-mata kerana PAS sebenarnya Bahalul Sejati.

Dan hanya Bahalul Sejati sahaja lah yang tergamak untuk melelong agamanya demi sedikit keuntungan politik didunia.

Apa pun... itulah Tahaluf Siyasi gaya alagaPAS...


POK NIK BUAT GILA AIH !!! PENIAGA MELAYU DIHALAU KERAJAAN ISLE PAS !!!


Notis itu dipercayai dibuat sebagai mengambil kesempatan di atas pengumuman Husam beberapa hari lalu berhubung penemuan minyak di atas daratan di beberapa buah lokasi di bandar Kota Bharu dan Tumpat.

Notis itu berbunyi "peniaga dan penjaja Pasar Siti Khadijah dan kawasan sekitarnya hendaklah mengosongkan kawasan ini di dalam tempoh 60 hari. Arahan ini bagi membolehkan bangunan ini dirobohkan supaya aktiviti mencarigali minyak dapat berjalan lancar. Arahan Yang Dipertua Kota Bharu Bandar Raya Islam " didapati telah dilekatkan di beberapa lokasi di Pasar Siti Khadijah.

Lagi... sambung baca kat SINI...


HELLO PAS... #LISTEN TO ME - ANWAR !!!



PAS is now playing second fiddle in the opposition’s alliance as the party heeded the call to have former deputy president and member of the Syura council Nasharudin Mat Isa expelled.

Nasharuddin could not have been expelled at a better time since he was beside Prime Minister Najib Tun Razak during the premier’s visit to Gaza and participation at WEF in Davos, so the excuse is there… Nasharuddin has fallen out of line of the party leadership.

However, the truth of the matter is everybody’s knowledge – the party Syura Council and Ulamak chief Nik Aziz Nik Mat – had to tow the line of Pakatan Rakyat that Nasharuddin is a torn in the flesh as the three parties strategise to take over Putrajaya.

Nasharuddin, whose aim is to see the Malays who are Muslims united although possessing different political ideologies, has been marked by PKR de facto chief Anwar Ibrahim since he was deputy president of PAS for being closely associated with Umno and BN.

Nasharuddin and former PAS vice-president Dr Hassan Ali had been the obstacles to Anwar’s dream of controlling the party from outside, the only Malay-based party he could put his hands on.

Nasharuddin had survived expulsion when he lost to Anwar’s man Mohamad Sabu or Mat Sabu in 2009 party election when Anwar managed to get most of his men in the party leadership line-up that included Husam Musa.

But at that time, Anwar could not do much to rid PAS of the fundamentalists hold as president Abdul Hadi Awang and secretary-general Mustapha Ali are still ‘fundamentalists die-hards' and the Syura Council members especially Dr Harun Taib and Dr Harun Din were all fundamentalists, holding on to the party’s mission since the 50s.

However, this time around, they seem to be bending down to pressure from DAP and Anwar personally as the action they took against Nasharuddin, although expected, is so swift or fast.

Despite Nasharuddin ‘overstaying his welcome’ in the party, the action is read as PAS allowing itself to be ‘dictated’ by DAP and PKR despite it (PAS) being the strongest party in the opposition pact.

The party has been trying hard, that is the veteran fundamentalists, not to allow Anwar to control it but given the latest leadership’s decision, the party seems to have mellowed or ‘under threat’.

In short, despite all the upheavals and issues that are against Islam and Muslims, PAS seems to have no choice but to tow the line of the opposition pact, which inevitably erodes its influence among die-hard fundamentalists members and supporters.

Even now, die-hard fundamentalist are demonstrating against DAP and calling for the party to break away from the opposition pact on issues concerning the use of word ALLAH.

PAS is now in a ‘Catch 22’ position – if the party does not tow the line it will be left alone in the coming general election and if it follows every tune the opposition pact dance, it would lose its support.

Given the situation, PAS is expected to play the balancing act as it does not want to lose the opportunity to have its president Abdul Hadi as Prime Minster, the post it will have to ‘fight it out’ with Anwar, if the opposition wins the general election.


DOSA RAKYAT DAN PEMIMPIN HAMAS TERHADAP ANWAR IBRAHIM !!!


Kesediaan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya mengambil risiko besar dengan melawat Semenanjung Gaza, Palestin minggu lalu sehingga kini masih dipertikaikan dan diperlekehkan oleh pakatan pembangkang.

Dalam lawatan itu, PM dan rombongan termasuklah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur serta Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin dan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin telah meluangkan masa beberapa jam untuk melihat sendiri kesan keganasan oleh rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Di masa yang sama PM juga mengikrarkan kesediaan Malaysia untuk menjadi orang tengah dalam usaha meneruskan penyatuan Hamas dan Fatah demi kebaikan Palestin itu sendiri, disamping meneruskan bantuan kemanusiaan.

Nyata sekali keprihatinan PM tidak disenangi oleh juak-juak bawahan mahupun pucuk pimpinan PR, masing-masing cuba memberi perspesktif negatif sekalipun menyedari saat ini rakyat Palestin khususnya di Gaza terlalu mendambakan sokongan umat Islam untuk terus cekal menghadapi kezaliman Israel.

Tidak terkecuali sebuah blog pro PR yang sering menimbulkan isu kontroversi iaitu suarapakatanrakyat.com turut sama mengulasnya secara negatif semata-mata untuk meremehkan lawatan bersejarah pemimpin utama negara ke Palestin.

Blog itu yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dan cukup mengagumi karisma kepimpinan Ketua Umum PKR itu, dalam salah satu artikelnya tanpa berselindung menyifatkan lawatan Najib ke Gaza adalah satu tindakan yang memalukan negara.

Dikaitkannya kejatuhan sementara pasaran BSKL kononnya berpunca dari lawatan tersebut sekalipun hakikatnya kejatuhan tersebut hanyalah proses biasa pasaran saham yang ada tikanya naik dan turun. 

Tapi disebabkan busuk hati punya pasal maka dijadikanlah lawatan PM sebagai penyebabnya.

Lebih menjelikkan lagi bila mana blog tersebut juga mempertikaikan usaha Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk menyatukan Hamas dan Fatah sebagai usaha yang sia-sia dan tidak layak pun dilaksanakan oleh Dato' Seri Najib.

Mungkin blog itu tidak mengetahui sejarah penglibatan negara ini dalam pelbagai urusan antarabangsa yang terbukti keberkesanannya termasuklah yang terbaru mencipta sejarah penting dalam membantu menyelesaikan konflik di Filipina membabitkan MILF dengan Kerajaan Filipina. 

Selain itu, tindakan penulis blog suarapakatanrakyat melabelkan Hamas sebagai pihak pengganas malah mencela tindakan Dato' Seri Najib menerima penghormatan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Al-Aqsa, Gaza yang digelarnya sebagai universiti yang membiakkan aktiviti keganasan.

Hamas yang istiqamah berjuang melawan kezaliman Israel demi memerdekakan tanahair Palestin digelar pengganas dan Universiti yang menjadi tempat anak-anak Palestin menimba ilmu demi membangunkan negara dipanggil universiti pengganas.

Ini jelas satu penghinaan bukan sahaja terhadap Hamas yang telah sekian banyak menabur jasa menentang kekejaman Israel malah menghina seluruh rakyat Palestin.

Tapi bila difikirkan semula, sebenarnya tiada apa mahu dihairankan dengan penghinaan yang dilemparkan oleh blog itu. 

Pendirian yang dinukilkan itu jelas seiring dengan ikrar yang dilafazkan oleh idolanya, Anwar Ibrahim yang pernah berjanji untuk menjaga dan mempertahankan keselamatan negara Israel. 

Bapak borek anak rintik.


KALIMAH "ALLAH" DITEMUI PADA LAMPIN PAKAI BUANG BAYI !!!


Salam to all...

Aku dapat email minta aku sebarkan pasal gambar (seperti diatas) ni.

Ok, first aku cerita dulu pasal gambar ni ye.

Gambar ni adalah gambar lampin pakai buang jenama Chicco.

Dan kalau lampin pakai buang atau kita panggil pampers tu, bahagian atas tu kan jarang (transparent) sikit dan imej atau tulisan tu pun boleh kita nampak dari belakang.

So, dikatakan terbentuk perkataan Kalimah 'ALLAH' dalam bahasa jawi dari bentuk grafik 'icco', sebahagian dari nama Chicco tu.

Perkataan tu juga boleh kita tengok dari imbasan refleks cermin.

Pengirim gambar ni minta disebarkan kepada semua umat Islam.

Ok, itu cerita gambar ni.

Sekarang aku nak cerita pula tentang penemuan aku.

Al-maklumlah, aku bukannya ada baby dan tak ada sebab kalau aku nak ke department baby atau kanak-kanak di shopping kompleks.

Hehehehe....

So, aku pun buat lah sikit carian dengan bantuan 'proffesor google', 'proffesor yahoo', 'proffesor avgsearch' dan apa sahaja yang seangkatan dengannya.

Dari apa yang aku jumpa lepas muzakarah dengan semua professor berkaitan ni lah, aku tak jumpa pula pasaran lampin pakai buang jenama Chicco ni yang dipasarkan dalam Malaysia.

Yang aku jumpa jenama Chicco yang masuk dalam Malaysia cuma barangan seperti baby-chair, high-chair, baby carseat, baby walker, stroller baby, baby buggy dan lain-lain barangan yang bersifat peralatan bantu-gerak atau support aide untuk bayi dan kanak-kanak sahaja.

Selain jualan store, Chicco pun ada buat jualan atas talian (online).

Cumanya, diorang ni tak ada store (cawangan/branch) khas dalam Malaysia.

So, kalau siapa-siapa ada maklumat lampin pakai buang berjenama Chicco ni dipasarkan di Malaysia, boleh la komen sikit kat bawah atau kalau malu and segan email je la kat aku.

Mungkin kalau ada pun, yang membuat tempahan melalui belian atas talian atau mungkin juga lampin jenama ni ada dipasarkan di Malaysia cuma aku yang tak tahu sebab tak ada baby.

Hahahaha....

Ok, sekarang aku nak sembang pula kesimpulannya.

Insiden ini mungkin benar, syarikat Chicco ini sengaja mereka-bentuk design logo jenama mereka berbentuk tulisan grafik yang jika diterbalikkan akan membentuk perkataan 'ALLAH' dengan niat menghina agama Islam.

Atau... Ini mungkin sekadar satu kebetulan yang tidak mereka sedari.

Walauapapun, jika kita sebagai umat Islam telah pun dapat tahu perkara macam ni, eloklah kita berhenti guna lampin pakai buang ni untuk baby kita dan bertukarlah kepada jenama lain.

Boikot sajer !!!

Banyak lagi jenama lampin pakai buang yang ada dalam pasaran di Malaysia ni.

Kalau dah tahu tapi masih menggunakannya, tak tahulah aku nak kata apa kan...

Sendiri mau ingatlah bai...


Wednesday 30 January 2013

ADUN DAP IKUT JEJAK RAINBOW.. EHH TOKONG !!! SKANDAL SEKS DIDEDAH !!!


Berdasarkan salinan surat di atas, ADUN DAP Aulong, YB Yew Tian Hoe atau lebih dikenali sebagai YB Capik dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya sehingga dikatakan pembantu peribadinya yang hanya dinamakan sebagai Puan Lilian telah menjadi perempuan simpanannya.

Surat seperti di atas telah diedarkan secara meluas kepada penduduk-penduduk di Taiping secara pos terutama kepada kaum Cina. 

Setakat rencana ini ditulis, tiada laporan polis dibuat dan YB Yew masih lagi belum mengakui atau menafikan kebenaran surat berkenaan. 

Jangan selepas ini UMNO pula dipersalahkan seperti biasa sebagai pihak yang mengedarkan surat berkenaan.

Lagi.. BACA SINI


ANWAR WANT TO GO TO GAZA BECAUSE OF HIS JEALOUSY TOWARDS OUR PRIME MINISTER WHO BECOMING HERO !!!


Coming home to a hero’s welcome with no less than 10,000 Malaysians at KLIA, Prime Minister Najib Tun  Razak has succeeded in putting Malaysia in the world’s map as a moderate country that loves peace and a country with plentiful opportunities for businesses.

Hitting two birds with one stone – the visit to Gaza and the WEF in Davos – Najib has shown to the world that Malaysia is a country that is accommodating and tolerant while same time vibrant in its economic development.

Najib’s visit to Gaza was to see by himself the situation there where the Palestinians have been under ‘inhuman onslaught’ of the Israelis and living in fear every day and night.

His success in his visit has created uneasiness among the oppositions back home particularly Anwar Ibrahim who is a ‘buddy’ to Israel and same time trying to curb or prevent investments to Malaysia.

Anwar has been painting a ‘black Malaysia’ to every country in the world, hoping he could ‘cruise’ his way to Putrajaya, the position he has been dreaming and having nightmares.

Najib’s visit to Gaza 'to see with his own eyes' the state of being of the besieged Palestinians, and had wanted to visit both Gaza and the West Bank but was unable to do so due to the volatile political situations there.


"The Israeli gave an indication that we have to recognise the state for a visit to the West Bank, but the price is too high. And Abu Mazen understood this. Our visit was purely humanitarian, nothing more nothing less," he had said.

But Anwar was quick to lie that Najib's visit had incurred the wrath of Abu Mazen, another name for the Fatah's leader Mahmoud Abas, an attempt to create anger among thinking Malaysians on Najib’s visit.

Anwar cannot do like what Najib did because he is a ‘buddy’ of Israel and a word from him supporting Palestine will incur the wrath of his Israel master, and condemning Malaysia in the eyes of the world has apparently backfired, if viewed at the success of Najib’s performance in Davos where the world’s business circle had shown much interest in Malaysia.

Anwar’s ‘jealousy and hatred’ got worse when American media played up Najib’s visit to Gaza and the overwhelming reception Najib received in Davos, contrary to Anwar’s expectation as he has all along thought Najib and Malaysia would get the ‘cold shoulder treatment from the world community’ following his (Anwar) campaign against the Prime Minister and Malaysia.

And with no less than 10,000 Malaysians welcomed Najib’s return at the airport, Anwar’s feeling went down, hopes for brighter days ahead dashed as he saw Najib surrounded and cheered by the crowd.

Given the success of Najib’s visit, Anwar and the oppositions are further pushed to the corner as the general election draws nearer as Malaysians, thinking Malaysians who are voters are fast abandoning the ‘purported idealism’ propagated by the oppositions.


SIRI 2 : JIJAH TERHARU AZIZ RANTISI SUDI KELUAR KUBUR UNTUK BERTEMU !!!

KALAU TAK MENIPU TU... 
BUKANLAH PAKATAN HARAM JADAH DAN PARTI KENCING RAKYAT NAMANYA !!!

First, aku story ikut kronologi ok.... 

Kalau nak tahu cerita pembuka, boleh lah baca kat SINI.


Atas ni printscreen tengahari tadi aku jumpa kat FB sebelum schedule blog aku.


Atas ni dari blog pakatan haram masih tak berubah setakat sekarang jam 5 petang (aku schedule post ni untuk jam 6 petang).


Sama juga dari blog setakat jam 5 petang.


Dari portal juga setakat jam 5 petang.


Ini juga dari blog setakat jam 5 petang tadi.


Jeng... Jeng... Jeng...

Ini pula dari Keldaian Daily pada jam 5 petang tadi !!!

Dah berubah untuk coverline penipuan mereka.

Korang semua fikirlah sendiri ye...!!!!!!!!

KALAU TAK MENIPU TU... 
BUKANLAH PAKATAN HARAM JADAH DAN PARTI KENCING RAKYAT NAMANYA !!!


DR AZIZ RANTISI AKAN BANGKIT DARI KUBUR TEMUI KAK JIJAH !!!


Gila natang puak-puak ni !!!

Oklah... Kita faham betapa stressnya puak pembangkang ni bila Najib ke Palestine.

Umat Islam satu dunia doa kesejahteraan Malaysia dan YAB PM DS Najib Razak !!!

So, PHD la jawabnya Nuar dan pasangan redhanya Jijah.

Korang buka lah Keldaian Daily tu sebelum diorang termalu and delete post atas yang macam printscreen tu.

But, aku nak bagitau korang la kan... 

Nama yang si Jijah meroyan sebut nak datang Malaysia tu seorang As-syahid, Dr Azizi Rantisi.

Maknanya, sudah pun syahid pada 17 April 2004, dibawah cerita mengenai Allahyarham.


Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. 
Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. 
Pada 17 April ini genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. 
Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.
Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya’, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” 
Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. 
Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid.
“Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” 
Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi.
Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. 
“Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”
Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. 
Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds.
Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. 
Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka.
Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. 
Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. 
Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 orang pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan ‘Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel’. 
Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebingungan. 
Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000?
Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. 
Bagaimana mengiktiraf sebuah Negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas Negara orang lain yang dirampok dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. 
Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar “Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”
As-syahid Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa) dan syahid pada 17 April 2004.
Sumber : Baca SINI sebab panjang sangat, yang atas ni dah edit sikit (buang yang tak berkaitan)

So... soalan aku buat si Jijah lah kan... apsal jadi PENIPU ???

Dan... siapa yang nak tolong As-syahid Abdul Aziz Rantisi merangkak keluar dari kubur untuk datang Malaysia ????????????

Bodoh bangang punya presiden PKR !!!

**** UPDATE SETAKAT JAM 5 PETANG : TUNGGU SAMBUNGAN JAM 6 PETANG NANTI !!!

**** UPDATE JAM 12 TENGAH MALAM : SILA IKUTI KESINAMBUNGAN EPISODE PEMBONGKARAN DI SIRI KEDUA DI SINI.



VIDEO : AMANAT HADI AWANG TERBARU 2013 !!!


Dulu... Hadi Awang kata;


Hak orang yang bukan Islam dalam negeri orang Islam tak diizinkan jadi pemerintah tetapi mereka layak menjadi rakyat didalam negeri orang Islam. 

Sekarang... Hadi Awang buktikan;


DAP yang bukan Islam dan kafir harbi layak jadi pemerintah dalam parti Islam PAS dan Ulama PAS yang Islam macam Ustaz Nasha tu tak layak jadi pemerintah dalam parti Islam PAS cuma layak dibuang keluar dari PAS !!!



AN ATHEIS TALKS ABOUT ISLAM DURING "HOLY BOOK READING" SESSION !!! WHAT THE FUC* !!!



On 27th January 2013, a session called ‘Holy Book Reading’ has been held at Dataran Pidato, Padang Kota Lama, Pulau Pinang by a so-called ‘independent’ group led by a man only known as Kevin.  

The objective was to promote understanding of each others’ religions, which is good, even ‘virtuous’, if was organized properly.

But what ‘understanding’ is they talking about if none of those involved are qualified to talk about his/her own religion ???  

Take one person in the group, named Mislina Mustaffa, for example, a controversial D-class actress who once admitted openly that she doesn’t know what Islam really is –  imagine how would she make others understand something that even she doesn’t even know about ???


Is this just one of the continuous attempts to enrage the Muslims, to promote prejudice and eventually a religious conflict and chaos ???
  
As we noticed, a few of those involved are known to have participated in some other demonstrations before and are very close to SUARAM, an organization known to be linked to foreign agencies involved in regime change missions around the globe.  

Therefore, it is not impossible that this ‘little’ session may not be so little, if fact, it is a huge, organized mission of changing the government, and the world. 


One may ask why the Muslims are so paranoid, and may not understand why is an open discussion on Islam or religions can be so wrong ???
    
Well, for those with faith, I mean with true faith in his/her religion would understand that a wrong interpretation of the holy books would mean a serious misunderstanding of the religion that could lead to a devastating effect of an absolute opposite of what is taught by the religion.  

Al-Quran does not bear the words of man, but words of Allah SWT, the one and the only, the  Almighty, the Creator of the Universe.  

This is evident in the words in Al-Quran about the babies in the wombs, the moon and the stars and the universe and etc., that were told even before the scientists discovered these secrets.  

The Al-Quran even reminded the Muslims about the Jews and their lasting hostility towards the religion of Allah SWT and the Muslims, which is evident in what we see till this day - in Palestine and everywhere else. 

Unlike the holy books of other religions, Al-Quran is not a book that tells the story about the past, but tells us about the future from the moment it was passed down, to be used as a guide in living our lives till the end of time.   
   
Therefore, Al-Quran must be handled with respect and care whereby, when touching Al-Quran, one must first be clean, properly dressed and gone through a partial ablution or ‘wudhu'’ which is the same washing procedure prior to perform prayers.

   
And obviously, Mislina, didn’t know anything about this, judging from the way she dressed at the session.  

So, what Islam or religion was she talking about ???

There is a serious lack of intelligence of the people who taught that all religions are the same when they don’t even understand their own, what more each and every other religions.   

Islam acknowledges the existence of other religions and the Al-Quran specifically tells the Muslims to respect other religions and never ridicule or insult them.  

But that doesn’t mean Islam is the same as other religions because that would mean that Allah SWT. and other religions’ Gods are the same - which is the greatest unforgiveable sin of all.

People like Mislina and her ‘tiny’ group must have failed to understand the facts that all religions call for the same good values and morality as well as good behaviors and intentions, does not mean that Allah, Jesus, The Hindu Gods and Goddess or the Buddhist Gods must be the same.  

Allah SWT is the one and only.  

Jesus is three in one.  

Hindu Gods and Goddess come in numbers.  

They can never be the same and can never be one even if all of these Gods and Allah SWT call for the same good values, morality and intentions.  

What even more mind boggling is that, none of these religions give a green light or an ‘okay’ to LGBT, but the reading session group seems to be forcing the idea to themselves and others.   

So, who is this group kidding to ???  

Other people ??? 

Themselves ???  

God ???  

The reading session wasn’t at all about understanding religions but it’s about leading people to misunderstand and to disregard religions.   

For their information, Pluralism is not a religion, it’s about living without religion.   

But maybe this is just too complicated for the group to understand.  

Therefore, I strongly suggest the Islamic bodies to help those in the group who called themselves Muslims, to understand Islam in its true sense.  

Please don’t let these people drift away believing that their ignorance is a ‘form’ of intelligence. 

More report and photo on the day of incident : CLICK HERE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??