Thursday, 2 February 2012

SELEPAS 42 TAHUN : YAYASAN SELANGOR BAKAL PUPUS !!!


Bermula hari ini kami akan melakukan pendedahan demi pendedahan berhubung rompakan yang begitu hebat yang telah, sedang dan bakal berlaku dalam Yayasan Selangor. Kami kena ambil tanggungjawab ini untuk memastikan rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya tahu dan sedar tentang kelicikkan regim PAS, PKR dan DAP menyamun harta yang dikhususkan untuk anak-anak menimba ilmu.

Atas kesedaran betapa pentingnya pendidikan dikalangan rakyat Selangor khususnya di luar bandar untuk sama-sama menikmati erti kemajuan pendidikan dan kemudahan pendidikan sepertimana yang dinikmati oleh masyarakat bandar maka tertubuhlah Yayasan Selangor pada 5.Nov.1970, dimana objektif penubuhan yang terkandung di dalam memorandum penubuhan seperti berikut.

  • Menubuhkan, mengendalikan dan mengurus pelajar-pelajar di dalam negeri Selangor untuk ditempatkan di asrama-asrama dan diberikan kemudahan penginapan dan pembelajaran sepertimana diperlukan oleh setiap pelajar.
  • Mewujudkan dan menyediakan keperluan-keperluan pendidikan di peringkat di peringkat persekolahan
  • Melaksanakan pemilihan pelajar untuk ditempatkan di sekolah-sekolah ternama berdasarkan kepada pencapaian prestasi akademik.
  • Mendidik, membangunkan dan mempertingkatkan taraf pendidikan khusus didalam bidang sains

Selama 42 tahun sejak terbina Yayasan Selangor telah berjaya dibangunkan dengan begitu baik sekali, berjaya menghasilkan ratusan pelajar, berjaya memiliki aset-aset yang cukup bernilai dan berbagai kejayaan lain lagi.

Hasil usaha gigih selama 42 tahun kini sedang menuju ke jalan kehancuran akibat kerja PAS, PKR dan DAP dalam masa empat tahun sahaja.

Yayasan Selangor kini semakin menghadapi saat kemusnahan. Hanya membilang hari sahaja lagi.

Tunggu pendedahan kami selanjutnya dalam siri akan datang.


Sumber : sel13




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??