Thursday, 5 April 2012

ALAHAI BERUK MAK YEH !!! ADA BERUK DALAM KALANGAN PEMBANGKANG !!!


Memalukan !

Itulah reaksi pertama yang dapat aku gambarkan terhadap peristiwa semalam yang berlaku di dalam Parlimen.

Aku tak tahulah berapa umur puak-puak ni yang jadi Ahli Parlimen dan berada dalam institusi paling tinggi sekali di Malaysia ni. 

Yang nyata, level mentaliti dan pemikiran mereka ini tidak ubah seperti kanak-kanak down syndrom malah rasanya lebih baik lagi kot kanak-kanak down syndrom ini jika dibandingkan dengan mereka ni.

Jom la kita saksikan sedutan dari Parlimen semalam...


Sungguh-sungguh memalukan !!!

Apakah rakyat telah benar-benar membuat pilihan yang tepat pada PRU-12 yang lepas ???

Pada pandangan aku... TIDAK !

Kekecohan ala-ala beruk mak yeh ni, adalah berpunca dari pihak pembangkang yang tidak berpuas hati terhadap 4 daripada 22 laporan PSC ini.


Pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili kesal dengan tindakan pembangkang yang didakwanya cuba mempolitikkan laporan PSC.
Katanya, perkara yang ditimbulkan pembangkang pernah dibangkitkan dan dibincangkan dalam jawatankuasa dan sudah pun mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan sewajarnya.
Pembangkang menafikan dakwaan ahli jawatankuasa PSC tidak memberi ruang untuk memuatkan laporan minoriti berhubung perkara asas pilihan raya, Maximus berkata perkara itu sudah diputuskan melalui undi belah bahagi.
Isu yang dibangkitkan adalah 42,000 pengundi ragu yang tidak mempunyai kad pengenalan dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pendedahan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) yang mengesan 80,000 pengundi berkongsi alamat sama.
Menurutnya lagi jawatankuasa PSC pernah memberikan ruang kepada Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mengemukakan cadangan alternatif tersebut dalam setiap isu yang ditimbulkan.
Kenapa dah sampai peringkat akhir tiba-tiba kata PSC gagal tunai tanggungjawab? 18 daripada 22 tuntutan itu kita penuhi, maknanya 82 peratus kata sepakat dicapai, adakah ini yang anda kata kita gagal?"
"Saya sedih jika isu ini digunakan untuk kepentingan politik sedangkan dah peruntukkan banyak masa untuk tubuhkan PSC. Kita mesti berfikiran wajar. Tolonglah jangan timbulkan isu ini hanya atas sebab kepentingan politik. Cadangan itu tidak mampu diselesaikan dalam sekelip mata, perlukan masa.," katanya kepada pemberita dilobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian susulan kekecohan pada Pembentangan PSC yang dibacakan beliau petang tadi. Barisan Ahli Parlimen Pembangkang didakwa tidak berpuas hati dengan 4 daripada 22 laporan yang dibangkitkan menerusi PSC dan beberapa Ahli Parlimen termasuklah Azmin Ali (PKR - Gombak) bangun mahu satu laporan manoriti disertakan. - KL Pos

Jom dengar pula ulasan dari YB P. Kamalanathan..


Ape sekalipun, kita ni dalam negara demokrasi. Setiap sesuatu diambil berdasarkan keputusan majoriti.

Dimanakah akal pembangkang ???

Aku malu betul nak mengaku, puak-puak pembangkang ni Ahli Parlimen di Malaysia. Sikap macam ni, bukan sahaja memalukan tetapi menjijikkan !

Sekali lagi aku nak korang fikirkan, apakah betul pilihan yang korang pilih untuk berada di Parlimen ni ??? Adakah anda nak meneruskan pilihan ini ???

Kalau begini perangai puak pembangkang, sampai bila-bila lah Malaysia ni tak akan maju ! Mentaliti mereka ni pun boleh dikategorikan MUNDUR !

Aku harap pengundi tak akan simpan manusia murahan yang rendah tahap pemikiran dan mentaliti ni pada PRU-13 yang bakal menjelang !


Sumber : KGC



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??