Saturday 7 April 2012

PANAS PUNGKOQ KHALID RUPANYA MASIH BERHUTANG RM24 JUTA DENGAN ALAM FLORA !!! BILA NAK BAYAR WEH ?!!




Alam Flora Sdn Bhd berharap kerajaan Selangor pimpinan PKR akan menyertai semula skim penswastaan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam kerana ia jelas meningkatkan kualiti perkhidmatan. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Zain Hassan berkata skim itu mampu mewujudkan keseragaman dalam kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri ini.

"Dengan menyertai skim ini, barulah ada keselarasan dalam kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di bandar mahupun luar bandar yang dapat mewujudkan suasana persekitaran bersih,"

Kerajaan Selangor mengambil keputusan untuk tidak menyertai penswastaan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam menerusi Alam Flora bermula Oktober tahun lepas.

Mohd Zain berkata beliau ada menerima aduan daripada sebilangan penduduk di Selangor baru-baru ini melalui pelbagai saluran berhubung masalah kutipan sampah domestik dan pembersihan longkang.

"Ada penduduk merungut sampah hanya dikutip di kawasan perumahan mereka sekali dalam seminggu berbanding tiga kali sebelum ini," katanya.

Mohd Zain turut mendakwa kerajaan Selangor masih berhutang sebanyak RM24 juta kepada Alam Flora sejak menamatkan operasi syarikat itu. 

Beliau juga berkata Alam Flora dalam proses memberikan lebih 380,000 tong sampah beroda secara percuma kepada penduduk yang tinggal di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kuantan dan Pekan.

Mengenai majlis hari ini, Mohd Zain berkata 92 syarikat kontraktor tempatan memeterai perjanjian kontrak perkhidmatan dengan Alam Flora bagi menjalankan kerja-kerja kutipan sisa domestik dan pembersihan awam di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang. 

Syarikat-syarikat dilantik menjalankan kerja-kerja kutipan sisa domestik menandatangani perjanjian selama tujuh tahun bersama Alam Flora bermula 1 Sept 2011 hingga 31 Ogos 2018.

Manakala, perjanjian selama dua tahun ditandatangani oleh syarikat-syarikat 0yang menjalankan pembersihan awam bermula 1 September 2011 hingga 31 Ogos 2013, katanya.

Nota KGC- Bandingkan apa yang telah dan akan Alam Flora lakukan untuk kesejahteraann rakyat dan fikirkan apa yang telah kerajaan Selangor lakukan untuk masalah sampah selain daripada menghabiskan duit rakyat dengan membeli 50 biji kompaktor anggaran bernilai 250 ribu sebuah. Berbaloi ke? Fikirkan Bersama



Sumber : KGC 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??