Thursday, 17 January 2013

BUDAK 17 TAHUN DAH PANDAI MENCABUL DAN KINI DITAHAN !!!


Seorang remaja lelaki ditahan polis selepas dipercayai mencabul kehormatan beberapa pelajar di atas jejantas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Pending (Kuching) di sini sejak Oktober tahun lalu.

Suspek berusia 17 tahun ditahan ketika berada di atas jejantas sama oleh pengawal keselamatan sekolah tersebut bersama beberapa anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) kira-kira pukul 7 pagi ini.

Difahamkan, suspek sebelum ini telah beberapa kali mencabul kehormatan pelajar perempuan dengan cara memeluk dan menanggalkan seluar mangsa.

Mangsa kemudian melaporkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan sekolah namun usaha menangkapnya gagal kerana suspek bijak menyembunyikan diri.

Kegiatan tidak bermoral suspek dikatakan berterusan sehingga tengah hari semalam apabila seorang lagi pelajar perempuan mendakwa dicabul di lokasi sama. - Utusan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??