Monday 7 January 2013

HAMPIR 6 RIBU PELAJAR UNISEL DALAM MASALAH KERANA PAKATAN DAN KHALID GAGAP !!! IBUBAPA PELAJAR MENYESAL UNDI PAKATAN !!!



Universiti Selangor (UNISEL) untuk entah kali ke berapa terus menarik perhatian umum dan mengundang kontroversi yang tak sudah-sudah semenjak IPT itu di urus tadbir oleh Kerajaan PKR Selangor.

Sebelum ini UNISEL diselubungi  masalah timbunan hutang berjuta ringgit gara-gara kegagalan urus tadbir dan masalah kewangan yang menyebabkannya gagal melangsaikan bayaran perkhidmatan pengurusan asrama.

Tumpuan kali ini pula berkisar pada permasalahan yang dihadapi sekitar 5,000 hingga 6,000 orang pelajarnya di Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor apabila terpaksa tinggal di luar penempatan asrama berikutan masalah mendapan tanah dan keretakan bangunan selain turut menjejaskan sistem pendawaian elektrik.

Sejak Kampus UNISEL di Bestari Jaya ini siap dibina dan mula beroperasi pada 2005, masalah sistem utiliti pendawaian elektrik, mendapan tanah atau keretakan bangunan tidak pernah berlaku sama sekali.

Namun apabila Kerajaan Negeri mula diambil alih oleh pakatan pembangkang yang bersekongkol di bawah gabungan PR, masalah mula timbul berikutan tindakan Kerajaan PKR Negeri melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan kontraktor yang dilantik semakin menggiatkan aktiviti perlombongan pasir di sekitar kawasan berdekatan.

Keadaan ini bertambah buruk lagi apabila permit kebenaran melombong pasir disalah guna sehinggakan wujud pula aktiviti mengorek pasir secara haram yang kian berleluasa melewati sempadan yang telah ditetapkan termasuklah berhampiran kediaman penduduk dan Kampus UNISEL berdekatan.

Sekitar tahun 2010 dulu para penduduk di kawasan ini merangkumi Bestari Jaya, Kampung Susu dan Kampung Berjuntai Bestari pernah beberapa kali meminta jasa baik Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri pimpinannya segera menghentikan kegiatan perlombongan pasir di sekitar kawasan berkenaan.

Tuntutan mereka itu berasas demi menjaga keselamatan penduduk setempat dan para pelajar di Kampus UNISEL Bestari Jaya, namun seperti mana biasa MB Selangor terus dengan sikap keras kepalanya mengabaikan aduan kebimbangan penduduk.

Pada 29 Julai 2010, Mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo melalui blog beliau pernah menyuarakan kebimbangannya tentang kemungkinan risiko aktiviti perlombongan pasir yang dilakukan tanpa kawalan termasuklah kerap menggorek jauh ke dalam bumi bakal menjejaskan alam sekitar kawasan tersebut.

Tika itu ramai pimpinan Kerajaan PKR Selangor memandang mudah kebimbangan yang disuarakan oleh Mantan MB Selangor dan penduduk sekitarnya, tapi hari ini ia menjadi kenyataan.

Gara-gara kegagalan urus tadbir Kerajaan PKR Selangor dan kelemahan bertindak Menteri Besarnya yang paling bebal dan keras kepala di atas muka bumi ini, akhirnya sekitar 6,000 orang pelajar UNISEL terjejas teruk, manakala penduduk di kawasan berdekatan terpaksa berdepan dengan keadaan yang tidak menentu.

Inilah masalahnya apabila urus tadbir Kerajaan Negeri diberikan pada kelompok yang hanya pandai berjanji dan bercakap besar, akibatnya rakyat yang terpaksa menanggung bebannya. 

Menyesal ??? 

Tak beguna jika mentaliti kita masih percaya pada poli'tikus' baiki labu macam pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan PAS.

Seeloknya semasa PRU 13 nanti kalau-kalau berasa masih yakin dengan kebolehan sikap cakna rakyat yang kononnya dimiliki oleh para pemimpin PR, eloklah sama-sama kita terus mengundi PKR, DAP dan PAS untuk kebaikan bersama. 

Manalah tahu kot kalau mati dihempap bangunan atau tertimbus tanah mendap, alang-alang janji pendidikan percuma hanyalah janji dicapati oleh PR, setidak-tidaknya dapatlah juga rezeki tanah kubur percuma untuk anak-anak kita dan orang kampung sekitarnya. 

Tak gitu ???


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??