Thursday 17 January 2013

MAKLUMAT DALAMAN PAS DEDAHKAN KENAPA WALI SELIPAR BUAT U-TURN !!!



Keputusan Majlis Syura PAS yang tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu dipercayai diambil selepas beberapa anggota majlis itu memberi tekanan termasuk untuk keluar parti. 

Pada mesyuaratnya di ibu pejabat PAS, Ahad lalu, beberapa anggota Majlis Syura didakwa memberi kata dua kepada pucuk kepemimpinan jika terus membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain. 

"Kedua-dua pemimpin ini lebih mengutamakan kehendak dan kepentingan DAP berbanding suara Majlis Syura, sekali gus menggambarkan mereka mengamalkan politik hipokrit yang bertopengkan Islam," Prof Md Noor Deris, Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan PAS Pusat

Maklumat dalaman

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan PAS Pusat, Prof Md Noor Deris, berkata beliau menerima maklumat dalaman bahawa Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat terpaksa menukar pendirian kerana desakan itu.

'Amal politik hipokrit bertopengkan Islam'

Md Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama, Majlis Ulama Veteran UMNO Kelantan berkata, tindakan Nik Aziz dan Presiden PAS, Hadi Awang yang sebelum ini membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain didorong nafsu untuk mendapat pangkat dan kemenangan pilihan raya. 

Beliau berkata, tindakan itu jelas kepada masyarakat khususnya pengikut PAS untuk mengenali ciri-ciri was-was dalam perjuangan parti yang kini semakin terumbang ambing, sama ada mahu terus menurut kehendak DAP atau kembali ke pangkal jalan.

“Kedua-dua pemimpin ini lebih mengutamakan kehendak dan kepentingan DAP berbanding suara Majlis Syura, sekali gus menggambarkan mereka mengamalkan politik hipokrit yang bertopengkan Islam,” katanya.

Isu kalimah Allah ini dibangkitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam ucapannya sempena Krismas lalu yang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng mendapat bantahan pelbagai pihak, termasuk pihak Istana Selangor, namun pemimpin parti sekutu pembangkang termasuk Hadi, Mohamad Sabu dan Nik Aziz serta Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyetujuinya. 

Bagaimanapun, pendirian Nik Aziz berputar 360 darjah apabila bukan hanya tidak bersetuju dengan kenyataan Guan Eng, malah berkata, kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain adalah mengarut.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata tindakan Nik Aziz dan Hadi yang awalnya membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain disebabkan mengikut telunjuk Anwar.

Katanya, mereka meletakkan Majlis Syura lebih rendah daripada pakatan pembangkang apabila tidak menjadikan majlis itu sebagai rujukan dalam membuat keputusan khususnya berkaitan tahaluf siyasi pakatan.

“PAS dalam keadaan kelam kabut dari segi pemikiran dan hala tuju. Sepatutnya sebelum Nik Aziz dan Hadi mengeluarkan kenyataan, Majlis Syura perlu bermesyuarat,” katanya.

Ketua Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahya berkata, PAS perlu mendisiplinkan ahli dan pemimpinnya supaya menghormati keputusan kepemimpinan ulama. - Berita Harian


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??