Wednesday, 2 January 2013

MANA SAYA DAPAT DUIT BELI TANAH ITU BUKAN URUSAN RAKYAT - NGEH NGOK NGEK !!!



Skandal tanah yang melibatkan kerajaan Kelantan pimpinan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat serta pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham kini terbongkar seluas-luasnya sehingga tidak dapat ditutup, dinafikan mahupun didolak-dalihkan lagi. 

Kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut kini perlu berhadapan bukan sahaja dengan rakyat dan pihak berkuasa tetapi juga dengan rakan-rakan dari parti mereka sendiri yang mula ‘mengangkat kening’ terhadap mereka seolah-olah berkata, ‘apahal mintak tolong kitorang?’.  

Tiada yang tidak jelas, selain yang jelas-jelas belaka bahawa Ngeh Koo Ham merupakan pemilik syarikat Upaya Padu Sdn Bhd secara langsung dan juga secara tidak langsung iaitu melalui pemilikan syarikat lain, yang turut memiliki  syarikat tersebut.  

Secara teknikalnya, Upaya Padu adalah hampir 100% milik Ngeh Koo Ham.  

Dan tiada yang tidak jelas, selain yang jelas-jelas juga bahawa syarikat Upaya Padu Sdn Bhd bertanggungjawab membeli tanah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK), di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang seluas 4,260 hektar atau 10,526 ekar, dengan 9,500 ekar daripadanya adalah kawasan pembalakan.   

Tanah tersebut juga sesuai untuk tanaman getah kerana bentuk mukabuminya yang rata.  

Pemilikan adalah melalui pajakan 70 tahun dari Mei 2006 hingga 3 Mei 2092 dan harga ke atas tanah tersebut adalah RM3500 seekar atau RM36.8 juta keseluruhannya.

Tindakan kerajaan Nik Aziz melepaskan pegangan ke atas tanah yang sebegitu luas dan bernilai komersial yang tinggi kepada pemimpin politik bukan bumiputera dari luar Kelantan pula, amatlah memeranjatkan serta menyedihkan.   

Sedangkan kerajaan Kelantan seharusnya lebih bertanggungjawab untuk mencari jalan lain untuk membangunkan tanah tersebut bagi menjana kewangan negeri tanpa melepaskan pegangan ke atasnya.  

Apatah lagi dengan keadaan Kelantan yang begitu daif dan terdesak memerlukan sumber pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup rakyatnya. 

Oleh itu, tiada siapa yang dapat memahami rasional di sebalik urusniaga ini, yang mana menyebabkan dakwaan bahawa tindakan tersebut adalah bagi membolehkan Nizar menjadi Menteri Besar Perak, begitu mudah untuk dihadamkan.  

Selain persoalan ‘motif’ kerajaan Nik Aziz dalam penjualan ini, terdapat juga persoalan yang lebih besar iaitu dari mana datangnya wang Ngeh untuk mengambil-alih pemilikan tanah tersebut ???  

Persoalan ini, nampaknya bukan sahaja datang dari luar tetapi juga lebih hebat dari dalam DAP sendiri yang tidak berpuas hati.  

Mana tidaknya, jika benar motifnya adalah untuk memberikan ruang kepada PAS untuk menjadi MB di Perak, maka ia seharusnya ditangani sebagai urusan antara parti dan bukannya secara perseorangan seolah-olah Ngeh merupakan pemilik tunggal DAP pula.  

Urusan tawar menawar jawatan MB sepatutnya melibatkan pemimpin atasan DAP, apatah lagi apabila ia melibatkan ‘habuan’ yang lumayan.  

Memandangkan pembangkang sering mempersoalkan pemilikan harta pemimpin kerajaan, maka jawapan Ngeh mengenai perkara ini kepada wartawan New Straits Times Jumaat lepas, iaitu ‘bukan urusan rakyat untuk tahu dari mana dia dapat wang beli tanah’, amatlah dikesalkan.   

Nampaknya, apabila persoalan yang sama terkena tepat di muka mereka, DAP pantas mengambil sikap ‘buat-buat bodoh’.  

Jawapan Ngeh ini, menyerlahkan lagi sikap dwistandard dan cakap tidak serupa bikin DAP untuk kesekian kalinya.  

Dengan jawapan Ngeh ini, adalah wajib bagi kita untuk membakulsampahkan saja segala ketelusan yang dilaungkan DAP.  

DAP mahupun PR tiada apa-apa hak atau kredibiliti lagi untuk melaungkan apa-apa nilai murni sebuah pentadbiran kerajaan yang baik.   

Sudah terang lagi bersuluh bahawa keseluruhan Pakatan Rakyat itu tidaklah setelus atau sebersih mana.  

Malah, jauh lebih kotor dan tidak telus lagi berbanding BN.  

Korupsi yang diamalkan PR menyaksikan kesanggupan mereka menggadaikan hak rakyat dan juga maruah agama, bangsa dan negara.  

Jawatan MB dijadikan satu perniagaan, hak milik rakyat boleh dijual beli sesuka hati, malah sumber alam juga disifatkan bagai hak mutlak mereka untuk diperlakukan apa saja.  

Akhirnya terbukti sudah bahawa Mursyidul Am, mahupun kafir harbi tiada bezanya lagi apabila mereka bergelumang dan bersatu dalam sebuah parti.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??