Saturday 12 January 2013

RAPAT KEMUNCAK DI KG BARU GAGAL !!! HIMPUNAN ESOK DIBATALKAN ?!!

Mat Sabu Panik

Rapat Kemuncak Mengira Detik #KL112 yang dianjurkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu ternyata gagal.

Himpunan yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.15 malam masih lagi tidak berlangsung seperti yang dijadualkan.

Ini kerana, jumlah pengikut yang hadir pada himpunan pada malam ini tidak mencapai jumlah 500 orang seperti yang disasarkan oleh Pengerusi Penyelaras Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Hingga kini, jumlah pengikut yang hadir dianggarkan tidak melebihi 200 orang.

Padang Kelab Sultan Sulaiman masih lagi lengang dan tidak diisi oleh pengikut-pengikut yang hadir.

Ketika ini, penganjur Festival Rakyat memaklumkan himpunan malam ini bermula jam 9.00 malam.

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard terpaksa meminta orang ramai yang berada dan berjalan di luar kelab untuk masuk ke padang memeriahkan himpunan Festival Rakyat.

Festival Rakyat diadakan malam ini sebagai upacara mengira detik #KL112 iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada hari esok yang bertempat di Stadium Merdeka.

Ceramah dalam festival sepatutnya berlangsung jam 8.15 malam.

Seramai 47 orang penceramah dijemput untuk memberikan ceramah kepada pengikut-pengikut HKR.

Antaranya seperti, Teng Chua, Cikgu Normala, Profesor Bala Subramaniam, Abby Abadi, Hairi Othman dan ramai lagi.

photo 2 (2)

photo 4

DSC_9945

DSC_9957

Dipetik dari AAKJ


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??